Terkini

Pengalaman Baiki Ruangan Simkad Asus Zenfone 2 (Z008D)

Sebelum ini pernah menggunakan produk keluaran ASUS model zenfone 5 dan ketika itu juga peranti mula menunjukkan kerosakkan pada bahagian charger port sekaligus tidak boleh melakukan pengecasan. Kebanyakkan telefon bimbit yang berada di pasaran rata-rata dikeluarkan dari kilang di China begitu juga dengan komponen dalamannya, maka setiap komponen dalaman pula pasti ada gantian kecuali model yang anda cari terlalu lama.



Kes pada peranti ASUS Zenfone 2 (Z008D) adalah mempunyai masalah tidak dapat kesan sebarang simkad pada slot pertama, manakala dalam buku panduan pula mengatakan hanya slot pertama sahaja yang menyokong penggunaan Data Internet.


Tak kan pula nak buang telefon hanya disebabkan kerosakkan pada ruangan slot simkad? Jadi aku pun usaha mencari sumber alat gantian di website popular setakat ini adalah ali express , lazada, shopee, taobao. Tapi disini kita ada pilihan iaitu pentingkan masa atau pentingkan harga kerana jika kita tempah alat gantian dari pengedar di China ia mungkin memerlukan masa sekitar 15 hari iaitu setengah bulan murah tapi lama manakala jika pentingkan masa lebih baik cari pengedar elektronik tempatan kerana dalam seminggu sudah boleh dapat komponen gantian dengan kos harga yang sedikit mahal.



Sedikit mahal tidak apa yang penting kita melakukan pemasangan sendiri kerana jika di kedai baiki telefon mereka akan mengenakan kadar upah yang tinggi kepada pelangan. Maklumlah nak tanggung sewa kedai, gaji pekerja, gaji bos dan macam-macam lagi (fikir positif). Artikel ini juga memberitahu setiap komponen pasti ada di pasaran cuma mahal atau tidak sahaja, seterusnya terserah kepada keyakinan kita untuk melakukan pertukaran komponen maklumlah jika tersalah mungkin bakal merosakkan keseluruhan permukaan dalaman peranti.


Macam pengalaman aku ketika cubaan membuka casing bahagian belakang mempunyai pelbagai rintangan yang harus dihadapi kerana dalamannya mempunyai lapisan gam mudah tertanggal tetapi sungguh melekat sehingga memerlukan kesabaran yang tinggi jika tidak mungkin akan retak dan juga kena pastikan skru yang tersembunyi telah dibuka jika mendapati casing masih melekat dan sukar di tanggalkan.



Kes diatas pula komponen slot simkad itu memang melekat pada permukaan bateri jadi apa yang kita kena buat adalah gunakan kekasaran sedikit untuk cabut ia keluar tanpa memberi kesan buruk kepada komponen lain. Setelah berjaya keluarkan komponen slot simkad itu maka teruskan gantikan dengan alat gantian dengan mencabut lapisan gam di bahagian bawah supaya ia melekat pada permukaan bateri sebelum itu usaha lekatkan betul-betul pada bahagian pin jika tidak anda mungkin tidak berjaya memasukkan pin disebabkan ia sudah melekat sepenuhnya pada bateri.


Setelah siap kesemuanya pastikan tutup dan skru semua bahagian sebelum melakukan sesi percubaan jika tidak mungkin ada komponen yang bakal tidak berfungsi sebagai contoh butang volume lokasi yang paling sensitif kerana terlalu dekat dengan kamera dan lampu.



Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)