Terkini

Laman Web 'Drama Fever' Telah Ditutup

Drama Fever kesukaan kaum wanita terutama di Malaysia sudah meninggalkan peminatnya.



Hidupkan TV tersiar pula drama korea yang boleh dikatakan layan jugalah tapi yang tak seronoknya terpaksa buang masa untuk menonton beberapa episod iklan dari pihak penyiaran.


Tiada masalah jika iklan itu dimainkan sikit, cumanya yang jadi masalah boleh dikatakan kau sempat masuk tandas keluar tandas pun masih sesi pengiklanan TV.


Oit mana nak tahan kalau masa yang ada dibuang begitu sahaja, tapi beginilah situasi ketika zaman menonton filem dari syarikat penyiaran TV di Malaysia.


Apakah Alternatif Yang Terbaik Buat Masa Ini?


Nak dibandingkan kemudahan sekarang dengan dahulu memang jauh ketinggalan dimana telefon ketika dulu tidak secanggih sekarang kata orang siap boleh nonton filem berbayar seperti Viu bagi yang minat cerita korea.


Walaubagaimanapun masih wujud lagi laman web yang menyediakan kandungan tidak berbayar tapi korang akan terasa kembali ke zaman TV disebabkan kandungan laman web itu mempunyai sistem pengiklanan yang melampau.


Tapi jangan risau kerana ramai yang dah sedia maklum apabila mempunyai saluran menyediakan kandungan percuma pasti akan terselit iklan. Secara logiknya jika mereka menyediakan kandungan percuma tanpa meletakkan iklan maka siapa yang nak tanggung kos operasi?


Jadi pilihan aku setelah Drama Fever dan lain-lain saluran yang percuma bakal ditutup, maka ambil keputusan tutup mata langan sahaja Viu dengan harga RM10 sebulan. Apalah sangat jika nak dibandingan tiada gangguan iklan dan masa semasa menonton iklan tu dapat digunakan untuk episod yang seterusnya.


Pula tu jika siaran TV satu drama hanya dimainkan sehari sahaja manakala jika saluran berbayar dalam sehari tu korang nak nonton drama tu sampai habis pun tiada masalah.


Cumanya cadangan diatas itu sesuai untuk golongan yang gila drama korea, kalau yang suam-suam tu eloknya tak perlu langan sebab ia akan jadi satu pembaziran.



DramaFever sudah beroperasi selama 9 tahun dan ditutup pada 16 october, jadi imagine berapa lama dia cuba bertahan dalam arena penyiaran dalam internet itu belum kira keuntungan yang dibuat melalui subscribers mereka.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)