Baru mana pun tahap kenderaan anda lambat laun pasti mempunyai masalah bunyi yang kurang menyenangkan terutama ketika menghidupkan penghawa dingin dan sebagainya. Masalah ini memang tidak boleh elak malah jika dilayankan bunyi itu besar kemungkinan dompet koyak kerana perlu menukar ganti komponen lain. Manakala jika anda memiliki kenderaan baru semestinya masih mempunyai jaminan selama 5 tahun atau 7 tahun bergantung pada tawaran dari pengeluar kenderaan maka lebih elok serahkan sahaja permasalahan itu kepada pusat servis.
Kepada yang masih ada jaminan itu jika boleh sebelum sampai di pusat servis, disarankan mengambil masa sebanyak yang mungkin untuk mengenal pasti punca bunyi atau apa-apa permasalahan yang sedang dihadapi supaya bila tiba di kaunter nanti tak perlu lagi nak nak tergagap untuk menceritakan permasalahan yang dihadapi pada kenderaan anda.
Sedikit perkongsian cara aku sebelum tiba di pusat servis adalah ambil masa untuk mengumpulkan permasalahan yang lain sebagai contoh kita nak uruskan masalah bunyi penghawa dingin tapi secara tidak langsung terus senaraikan kesemuanya seperti break, pintu, tayar dan lain-lain. Maka advisor pusat servis kenderaan tu mudahlah menyusun kata-kata untuk dihantar kepda pasukan teknikal di belakang.
Tapi apa yang aku boleh katakan adakala permasalahan yang dihadapi oleh kenderaan itu tidaklah dapat diselesaikan seratus peratus oleh pusat servis cuma paling tidak pun abang pomen sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan maka terima je pengorbanan mereka. Manakala jika masih menghadapi permasalahan yang sama pendapat aku sila bawa kenderaan itu ke pusat servis yang lain disebabkan kepakaran ini adakalanya bukan memerlukan buku panduan tapi ia lebih kepada tahap kreativiti seseorang.
Kepada yang masih menggunakan kenderaan lebih dari 5 tahun pula sila sediakan duit lebihan untuk menghadapi sebarang pertukaraan komponen kenderaan. Jaminan kualiti barang pula seeloknya dari pusat servis manakala jika anda mempunyai kenalan bengkel diluar pun bagus juga tambahan lagi jika dapat kenal pomen yang jujur lagi berpengalaman maka kewangan pun dapatlah dijimatkan berbanding bengkel yang suka ketuk poket pelangan demi mengaut keuntungan.
Setelah sembang panjang di perengan atas maka aku kongsi pula apa penyelesaian terhadap permasalahan bunyi ketika menghidupkan penghawa dingin kenderaan. Yang pertama bunyi itu dikeluarkan oleh tali sawat aircond atas beberapa sebab iaitu :-
Tali sawat sampai hayat tapi jika mengikut buku manual setiap tali sawat boleh digunakan mencecah 80,000 K/M . Jika masih belum cecah bermakna tali sawat itu masih boleh digunakan seperti biasa, seterusnya ada berpendapat ia bunyi dari bearing.
Sememangnya bunyi bising itu berpunca dari bearing tapi ia masih belum cukup tepat kerana jikalau meter anda masih dibawah 80,000 K/M bermakna hayat komponen tersebut belum lagi tiba masanya untuk menukar ganti dan jalan penyelesaian dia adalah meminta pomen pusat servis mengetatkan sedikit tali sawat aircond itu supaya ia dapat berpusing secara rata walaubagaimanapun masih ada pomen mengatakan ia datang dari masalah kompresor, alternator, tali sawat dan lain-lain maka anda sebagai pengguna seeloknya perbanyakkan membaca buku manual berkaitan.
Bagi yang meter sudah melebihi 80,000 K/M anda masih boleh menggunakan andaian diatas cuma sebelum itu pastikan membuat label tarikh pertukaran pada setiap komponen yang pernah ditukar ganti supaya tidak tukar lebih dari 2 kali dalam masa yang terdekat.
Akhir sekali nasihat dari pomen yang bertugas di pusat servis berkata jika merasakan sesuatu tidak selesa pada kenderaan anda sila baiki secepat yang mungkin di pusat servis yang anda percayai sebelum masalah itu merebak ke komponen yang lain.
Catat Ulasan