Syarikat penyiaran tempatan Malaysia jika tidak tiru atau ikut rancangan luar memang tidak sah, nak dikatakan kita ini sebuah negara peniru tidaklah juga sebabnya kanak-kanak yang lahir tahun 80an - 90an semuanya kreatif mencari sumber permainan sendiri disediakan oleh ibubapa. Adakah syarikat penyiaran tempatan kini tidak mahu gajikan tukang fikir khusus untuk meningkatkan kadar penonton tanpa perlu membawa masuk rancangan luar untuk tontonan umum di negara sendiri?
Sebelum itu aku nak perkenalkan sedikit rancangan TV yang berkaitan nyanyian 'I Can See Your Voice' , atas hasil pencarian aku ia adalah rancangan tv dari korea selatan dimana meletakkan beberapa orang artis yang terkenal untuk meneka sama ada calon-calon yang dibawa oleh rancangan itu boleh menyanyi dengan merdu atau tidak.
Bagi calon pilihan terakhir atas kerana dikekalkan oleh tukang teka iaitu dari artis dan juga seorang penyanyi dari pelbagai lapisan level bermaksud dari yang baru nak TOP dan juga penyanyi yang veteran dalam dunia seni.
Tugasan artis jemputan ini adalah untuk memilih dan mengeluarkan calon-calon diatas pentas dengan hanya meneka adakah mereka ini boleh menyanyi atau pun tidak. Pada aku kepada yang tercongok depan kaca tv menonton rancangan ini mungkin jenis dari golongan yang tidak ada perkara nak buat dalam kehidupan harian.
Dari segi perbandingan artis tempatan malaysia dengan artis korea, pada aku memang jauh sekali kerana artis luar negara tidak mempunyai sikap over yang berlebihan berbanding dengan artis malaysia dimana kelihatan seperti membuat dosa kering iaitu sampai perlu membuat memek muka yang boleh dianggap seperti menyindir calon pilihan mereka yang tidak mempunyai sedap ketika berduet.
Akhir sekali jika kita lihat rancangan dari korea melalui youtube, cara artis mereka bergurau pun tidaklah sampai mengecilkan hati mana-mana peserta dan keluarganya yang berada di belakang menjadi penonton dalam studio.
Kesimpulannya budaya sindir menyindir ini tidak elok diterapkan didalam dunia seni atau dalam mana-mana rancangan kerana ia adalah satu senjata yang membuatkan generasi akan datang rosak dikeranakan ternonton rancangan tv dari artis-artis yang kononnya mempunyai nilai murni yang tinggi.
Sebelum ini ada juga artis yang baru nak up melakukan beberapa kesilapan dengan merampas mic dari peserta program sekaligus membuatkan netizen tidak setuju dengan tindakkan itu seolah-olah tidak memberikan peluang kepada peserta untuk memeriahkan lagi program kisah selanjut boleh didapati dari https://www.rotikaya.com/walaupun-suara-saya-sumbang-jangan-rampas-mic/.
Catat Ulasan