Dahulunya ia dipanggil sebagai MyTeksi tetapi kini sudah beralih nama kepada Grab dan telah menjadi salah satu syarikat e-hailing yang terkenal di Malaysia terutama di kawasan lembah klang dimana lokasi-lokasi itu telah mempunyai permintaan yang tinggi.
Dan boleh dikatakan setiap hari mempunyai pendaftaran driver baru bagi memenuhi jalan raya supaya dapat menyediakan perkhidmatan kepada para pelangan diseluruh lokasi.
Perkhidmatan e-hailing yang lain turut dalam usaha untuk bersaing cara sihat walaupun ramai driver yang tidak setuju terhadap harga yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat itu termasuk grab sendiri.
Dalam sibuk Grab menanggani isu TEKSI di Malaysia semalam dilaporkan terdapat gangguan sistem terhadap tambang harga di apps Driver dimana jarak dan harga dapati tidak bersesuaian bermula sejak jam 3.00pm sehingga 4.30pm. Sumber berkata lokasi jauh seperti dari Bandar Sunway kearah KLCC sistem harga Grab menawarkan tambang serendah RM5 sahaja kepada pelangan semenjak itu Driver grab ramai yang sudah mula Offline seketika untuk mengambil penumpang.
Merujuk gambaran itu sangatlah tidak patut untuk pemandu Grab kerana tambang kearah Genting hanya serendah RM5 sahaja malah dari sudut perniagaan inilah masanya pesaing e-hailing yang lain patut berusaha untuk menjadi pesaing yang hebat di jalan raya tapi jangan pula pusing-pusing pada kadar tambang sahaja.
Sebelum ini jika kita lihat kaum hawa memandu sebuah Bas atau Pesawat, dalam arena perkhidmatan e-hailing juga tidak terlepas pandang juga kerana ramai juga pemandu wanita yang mula berkecimpung dalam dunia e-hailing sebagai contoh lihat gambaran dibawah kongsian dari rakan kami.
Catat Ulasan