Google membuat pengumuman bahawa statistik penggunaan yang rendah tidak dapat mengekalkan produk itu.
Pada 2 April, kesemua data foto dan video pengguna di Google+ akan dipadam serta merta sementara itu sila pastikan ia sudah di backup kerana pihak Google+ tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pengguna.
Pengumuman dari Google+ telah dilakukan melalui penghantaran emel kepada setiap penggunanya, kelihatan seakan pihaknya telah gagal bersaing dengan rangkaian media lain yang semakin hari semakin baik kerana penggunanya terdiri dari artis dan ahli politik.
Google+ tidak setanding dengan jenama lain?
Cuba menggunakan Google+ semenjak kemunculannya tapi pada kami ia tetap mempunyai kekurangan berbanding dengan yang lain oleh kerana itu tidak boleh lawan dengan statistik pengguna media sosial yang lain.
Pengguna di Malaysia amat kurang menggunakan Google+ kecuali digunakan sebagai pendaftaran di mana-mana laman web yang menyokong Google+.
Manakala pengguna dari Indonesia turut ramai yang memanfaatkan Google+ cuma hasil komen tidak setanding seperti media sosial yang terkemuka sekarang.
Menurut sumber Google+ telah digodam sehingga menyebabkan ia terpaksa ditutup, tapi tidak pastilah sejauh mana kesahihan berita ini cuma kami harap pengguna media sosial disana berhati-hati semasa berkongsi sesuatu di Internet.
Akhir sekali nasihat kami, bersosial itu bagus yang tidak bagusnya jika terlebih sosial sehingga semua perkara nak diceritakan ke seluruh dunia. Perbuatan itu amatlah tidak baik untuk diri sendiri dan ahli keluarga serta rakan-rakan yang terdekat kerana seluruh dunia sedang memerhatikan kita didalam dunia Internet.
Catat Ulasan