Terkini

Kereta Baru Atau Kereta Terpakai Mana Pilihan Anda?

Baru atau Lama tetap sama kerana ia masih dapat pergi ke destinasi yang ingin dituju cuma yang menjadi isu dikalangan orang muda adalah faktor jenama dan bentuk sesebuah kenderaan.



Pemilik yang masih mempunyai hutang dengan bank sebahagian dari mereka pula memilih untuk memanfaatkan kenderaan selama 5 tahun sahaja atas beberapa faktor contohnya isu warranty dan nilai semasa. Ada juga yang bersifat gemar mengejar teknologi terkini yang direka oleh pengeluar kenderaan. Hobi tersebut memang tidak salah cuma yang penting pendapatan haruslah seperti jerung barulah pihak bank senang buat kerja dan anda tidak pening nak bayar ansuran dikemudian hari.


Bagi generasi yang baru masuk alam pekerjaan pula golongan ini boleh dikatakan dalam situasi yang mencabar dan merbahaya salah satu sebab dari segi ketahanan emosi apabila bekerja dengan majikan. 1 tahun 2 tahun lepas tu tak tahan cabut ? habis tu hutang lagi 7 tahun macam mana nak kira melainkan semasa keluar dari perut dah memang berada dalam keluarga yang senang dan ada tempat bergantung harap jika mengalami kesukaran.



Posting ini bukan suruh korang bergaduh untuk pilih Baru atau Terpakai cumanya ia ditulis mengikut ideologi sendiri dan ekonomi semasa. Sekadar pengetahuan bagi yang baru nak memiliki kereta haruslah berfikir sejenak sama ada ia satu keperluan atau saja-saja mengikut trend maklumlah 'rakan sebaya dah mula pegang stereng kita pun nak juga sebab pergi buat lesen sama-sama tak kan dia pula yang pakai kereta dahulu mana boleh jadi'.


Ceritanya bukan siapa yang pegang stereng dahulu tapi sebenarnya siapa yang dah bersedia untuk menanggung kos PENYELENGGARAAN kenderaan? tak kan nak minta bantuan dana dari orang tua atau saudara mara. Sini nak bagi sedikit perkongsian perkiraan dari rakan yang bekerja di bank berkaitan perkiraan kelayakkan seseorang yang ingin memiliki kereta secara ansuran.


Pihak bank akan meniliti transaksi keluar masuk akaun bank anda dahulu selama 3 bulan berturut maklumlah nak tahu korang buat apa dengan gaji bulanan manalah tahu guna buat belanja makwe ke pakwe kan. Seterusnya pihak akan tolong kira gaji bersih korang, maksud bersih ni gaji yang telah tolak EPF Socso IES serta komitmen korang macam topup juga duit untuk orang tua di kampung dan lain-lain.


Jadi baki dari segala potongan komitmen tu pula bank akan darab 12 bulan(setahun), katakan baki gaji korang (contoh) sekitar RM1000 sebulan manakala setahun baru ada RM12,000 maka harga kenderaan yang anda layak pakai adalah dibawah harga tersebut kecuali gatal ketiak nak juga pakai kereta harga lebih dari baki gaji bersih itu hak anda.


Kalau jatuh terduduk sila bangun sendiri sebab yang memilih adalah diri sendiri, dari segi faktor lain pula pihak bank tak peduli pun kereta yang kita pakai tu berteknologi tinggi atau tidak yang penting bagi mereka adalah kelayakkan pendapatan individu.


Yang sibuk tanya elok memiliki kereta baru atau lama sebenarnya itu semua bergantung pada kehendak dan kemampuan masing-masing asalkan baki gaji bersih anda itu mengikut kriteria yang disarankan oleh bank dan jangan hairan jika kita lihat ada pasangan yang berkhawin mampu memakai kenderaan yang diluar kemampuan kita kerana golongan yang berkhawin selalunya bank meminta mereka bergabung pendapatan jika kedua-dua bekerja.


Bagi isteri yang tidak bekerja pula maka teknik kiraan baki gaji bersih akan diguna oleh pihak bank kecuali anda ingin memohon pembiayaan kenderaan dari syarikat yang menawarkan Credit. Tak salah pun hutang bank atau hutang syarikat Credit yang penting kita mampu bayar ansuran bulanan sudah cukup memadai, jika tidak jeng jeng telefon anda akan sentiasa berdering tanda panggilan dari agensi pengutip hutang yang berkelakuan ala-ala samseng gitu.


Kepada golongan yang mempunyai perniagaan kecilan pula anda memang sangat layak jika akaun syarikat hari-hari ada duit masuk atau setengah bulan sekali. Jika hari ini duit masuk esok sudah keluar nampaknya susah juga pihak bank nak luluskan hutang kereta untuk CEO syarikat tersebut.

Oleh itu ada individu pendapatan pokok sebulan RM3,000 pun belum tentu dia layak memiliki kenderaan melainkan statement credit dia dapat memuaskan pihak bank iaitu memiliki baki gaji bersih yang mengikut kriteria.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)