Tabung haji telah mengumumkan nilai hibah peratus bagi tahun 2018 dan melibatkan agihan keuntungan sebanyak RM913 juta.
Mujahid Yusof Rawa turut mengumumkan kedudukan kewangan Tabung Haji kembali pulih dengan lebihan aset RM1 bilion berbanding nilai defesit RM4.1 bilion pada laporan kewangan tahun 2017.
Adakah bumiputra Islam terutamanya pelabur baru terlalu mengharap dengan keuntungan dari Tabung Haji ini? Jika ya, tahniah anda baru sahaja memasuki fasa kejatuhan dimana terpaksa merasai hasil kerja dari jemaah menteri kerajaan baru PH dimana asal usul mereka sebelum ini tidak henti-henti membangkang demi kuasa bukannya demi rakyat dan negara.
Sepatutnya kedua-dua pihak antara kerajaan dan pembangkang di malaysia haruslah mempunyai sikap saling berbincang demi memajukan negara dan kesenangan rakyat bawahan.
Tapi apa yang terjadi di Malaysia kita lihat bila dalam parlimen sering bergaduh macam monyet. Tahukah mereka kita sebagai pengundi bersusah payah beratur tanpa penghawa dingin demi memastikan calon yang dipilih dapat menyampaikan permasalahan rakyat di dalam parlimen dan barisan ahli jemaah kabinet.
Tapi apa yang kita nampak hari ini adalah masing-masing berubah menjadi monyet ketika dalam parlimen dan siap ada yang ponteng pun ada belum lagi yang jenis mudah tertidur.
Posting ini bukan bermakna penulis ingin berpolitik sama tapi ia lebih kepada suara sebagai seorang rakyat bawahan dimana terpaksa mengikat perut seperti mana yang disarankan oleh menteri kabinet baru ini.
Manakala jika sebelum ini kita dinasihatkan supaya melakukan lebih dari satu pekerjaan supaya ia dapat menambahkan pendapatan bagi melengkapkan keperluan harian. Maka dengan statement yang kita perolehi dari ahli menteri ini adakah dapat mengubah kehidupan kita yang serba tertekan dengan kos sara hidup kian meningkat di kawasan bandar.
Jika di kampung tu mungkin masih ada cara untuk memanfaatkan sungai, laut dan tanah demi meneruskan kehidupan berbanding di bandar apa sahaja dilakukan akan menggunakan wang walaupun ia percuma pada asalnya tapi bila sudah diambil alih oleh taikun dan beberapa organisasi yang sukar dikesan dari percuma terus jadi berbayar.
Perkara diatas ini adakah para jemaah menteri ambil kisah atau mereka juga sebahagian darinya dan sengaja buat tidak nampak akan kesusahan rakyat miskin bandar yang tertindas? Sekarang kita lihat yang banyak menjalankan kerja-kerja menteri dan pegawai yang sepatutnya adalah dari golongan NGO bukan badan kerajaan dimana mereka ini sering menaikkan isu-isu berkaitan kepada ahli menteri dan kerajaan yang memimpin.
Kalau nak bergantung kepada NGO dan ketua kampung maka apa gunanya rakyat penat beratur semasa musim mengundi pemimpin. Lebih baik kita mengundi NGO dan ketua kampung mana lebih layak dipilih untuk menaikkan isu berkaitan rakyat dan lain-lain.
Posting ini hanyalah berbicara secara minda terbuka, jika tidak berminat dan terasa anda lebih memahami bagaimana cara jemaah menteri bekerja dipersilakan henti membaca kerana anda mungkin seorang yang susah berfikiran terbuka.
Berbalik pada tajuk adakah anda masih ingin bergantung harap dengan pelaburan dibawah kerajaan atau sudah bersiap sedia mengeluarkan dana dan melabur ke platform yang lain seperti bursa Malaysia? Pada saya, semuanya terserah kepada anda kerana posting ini di tulis bukan ingin mengajak anda melakukan pelaburan atau menghasut cuma harap anda dapat membuat keputusan yang benar tanpa merugikan diri sendiri dan orang lain.
Tahukah anda mengapa zaman ibu bapa kita kita sekitar tahun 1994 hibahTabung Haji dapat cecah setinggi 9.5% dan beberapa pelaburan bumiputra yang lain seperti ASB turut dapat pulangan yang sangat membantu ekonomi rakyat bumiputra pada ketika itu.
Ia disebabkan bagaimana pemimpin pada ketika itu menjalankan amanah rakyat yang mengundi mereka untuk telus ketika mentadbir negara dan belum lagi tentang isu rasuah dan skandal projek dari kalangan ahli politik dimana perkara sedemikian yang bakal membuatkan negara musnah dan rakyat bawahan ditindas.
Apa pun kami harap tidak lama lagi biarlah para ulama yang memimpin negara Malaysia yang tercinta ini kerana Islam mengajar kita supaya berlaku adil sesama umat manusia di muka bumi dan saling bantu membantu demi mencapai kemakmuran dan kedamaian bukannya bertekak siapa benar siapa salah sedangkan kedua-dua pihak antara pembangkang dan kerajaan belum tentu betul.
Catat Ulasan