Pengalaman membeli belah atas talian melalui Shopee tidak seindah yang kita sangkakan kerana kita masih tidak tahu akan kondisi barangan yang bakal kita terima nanti begitu juga penyedia yang lain.
Yang selalu bermain di fikiran sudah semestinya bagaimana jika barangan yang kita terima itu mengalami kerosakkan atau salah? Adakah setiap pulangan yang dilakukan ditanggung sepenuhnya oleh Shopee atau pembeli.
Jadi oleh kerana Shopee memiliki FAQ yang berpanjang lela maka tidaklah sempat kami nak katam kesemuanya, namun berdasar pengalaman yang pernah kami lalui disebabkan malas membaca dan bertanya terus pada khidmat pelangan Shopee maka pernah juga kami menghantar semula barangan rosak tanpa klaim dari Shopee.
Sebelum itu dalam urusan tebus semula duit atau klaim bukanlah kerja yang mudah dan harus mengikut pelbagai polisi yang telah ditetapkan oleh pihak Shopee bagi kesenangan bersama.
Ada pelbagai jenis pembeli iaitu redha dengan setiap permasalahan tanpa berusaha untuk menghubungi pusat atau penjual, seterusnya malas dan tidak tahu akan setiap sistem SOP oleh pihak penyedia dan akhir sekali mempunyai ketelitian yang sungguh tinggi mengalahkan deria kucing.
Jadi pengalaman pertama kali adalah malas nak ambil tahu akan FAQ pihak penyedia, nak dijadikan pengalaman ketika itu kami ada membeli peralatan elektronik (pre-order). Sampainya barangan tersebut, tanpa berlengah diantara kami pun dengan senang hati menekan butang (Recieved) pada paparan app.
Selepas itu barulah buka bungkusan dan ujicuba, tapi malangnya barangan tersebut tidak berfungsi seperti yang kami harapkan lalu terus menghubungi pihak penjual dan terus komen di ruang halaman produk dia bagi menunjukkan kami kurang berpuashati dengan barangan tersebut.
Pihak penjual pun pada mulanya tidak ingin bertanggungjawab kerana dia memberi alasan bahawa kami telah pun bersetuju dengan menekan butang 'terima' pada app shopee. Paling menarik pihak Shopee juga tidak peduli akan permasalahan sebegini disebabkan kami tidak mengikut polisi yang telah ditetapkan.
Sedikit nasihat dari kami kepada pembeli atas talian Shopee yang baru nak berjinak, pastikan anda memeriksa dahulu barangan yang dihantar itu terdahulu sebelum membuat keputusan untuk menekan butang terima bagi memastikan hak sebagai pembeli masih ada.
Berbalik pada kes kami yang pertama itu ia diselesaikan menerusi ruang chat antara pembeli dan peniaga, kerana ketika itu pihak Shopee hanya jadi pemerhati dan ia berakhir apabila kami berdua membuat persetujuan dengan meminta pihak Shopee memadam komen yang telah kami buat lalu proses memulangkan semula barangan tersebut dilakukan menggunakan kos sendiri dan peniaga pula bersetuju untuk memasukkan semula sejumlah wang kedalam akaun bank kami.
Kesimpulannya kami telah pun rugi terhadap kos penghantaran semula dan baru-baru ini turut ada mengalami perkara yang sama. Tapi kali ini tidak begitu risau setelah mengamalkan pemeriksaan barangan dahulu sebelum menekan butang terima di shopee dan hasilnya peniaga itu tidak banyak cerita terus menerima permohonan pemulangan barang dari kami.
Oleh kerana kami tidak mahu menanggung kerugian akan kos penghantaran buat kali kedua ini, satu pesanan ringkas telah pun dihantar kepada khidmat pelangan shopee dengan soalan 'Adakah kos pemulangan boleh di klaim semula' jawapan mereka adalah 'YA' mengikut terma dan syarat.
Terma dan syarat yang paling utama adalah kita tidak menekan butang terima atau apa-apa yang boleh melanggar peraturan dan paling penting penjual harus menerima dahulu barangan yang kita hantar itu setelah itu baru urusan pulangan balik duit kepada pembeli diuruskan iaitu memerlukan 3 hari bekerja atau lebih.
Permohonan Pulangan Item
Pembeli hanya boleh memohon bayaran balik dan / atau penyata Item dalam keadaan berikut:
• Item belum diterima oleh Pembeli;
• Item itu rosak dan / atau rosak semasa penghantaran;
• Penjual telah menghantar Item yang tidak sepadan dengan spesifikasi yang dipersetujui (contohnya saiz, warna, dan sebagainya yang salah) kepada Pembeli;
• Item yang dihantar kepada Pembeli adalah berbeza dari keterangan yang diberikan oleh Penjual dalam penyenaraian Item; atau
• Dengan cara persetujuan peribadi dengan Penjual dan Penjual mesti menghantar pengesahannya kepada Pembeli yang mengesahkan perjanjian tersebut.
Permohonan pembeli mesti dikemukakan melalui aplikasi mudah alih Shopee.
**Mengenai klaim kos penghantaran dari Shopee tu nanti akan kami kemaskini sekiranya benar pihak mereka membayar.
[Kemaskini] Shopee Malaysia telah menyelesaikan pembayaran kos penghantaran barangan rosak mengikut terma dan syarat. Terima kasih Shopee diatas ketelusan polisi anda setakat ini.
Catat Ulasan