Terkini

Pengalaman Ganti Brake Pad Motosikal Yamaha LC135

Sekian lama tidak menggunakan motosikal dan terbiar begitu lama seperti tiada tuan apa kan lagi bab penyelenggaraan memang hancur, tapi oleh kerana mood hari ini baik maka pertukaran semua dibuat secara sendiri walaupun tiada pengalaman.


Setiap individu mempunyai kemahiran tersendiri cuma menonjol atau tidak sahaja, tapi kalau lihat ramai dari kita suka memberi alasan tidak pandai dan malas untuk belajar walaupun ia adalah bidang paling penting untuk menentukan kewangan poket kita.


Masalahnya jika selongkah bahagian motosikal seorang diri tanpa guru disebelah sudah semestinya banyak masa yang perlu kita luangkan, maklumlah kena buka pelbagai skru untuk ketahui cara mana untuk membuka sesuatu bahagian motosikal tapi itu semua bukan alasan kata orang belajar dari kesalahan lebih mahal nilainya.



Semasa nak turun ke padang peperangan walaupun hanya menukar brake pad, harus memastikan peralatan serba mencukupi untuk mengelak dari apa permasalahan seperti kerja separuh jalan.


Seterusnya pastikan alat ganti dibeli dari pembekal alat ganti motosikal kerana murah dan bukannya dari kedai motosikal yang ramai duk hantar baiki tu, dari korang beli di bengkel motosikal lebih baik terus hantar motosikal kepada diorang minta full servis.


Harga pun jangan peliklah jika separuh dari gaji korang hehe! . . Terus terang kita sama sekali tidak boleh marah pada tuan punya bengkel kerana diorang dalam situasi berniaga iaitu dari alat ganti hinggalah upah pasang semuanya sudah ada harga korang pula cuma sediakan wang kertas sahaja.


Oleh itu jika nak menjaga kewangan poket ada baiknya korang beli sikit-sikit alat pembuka sebabnya jika ia dijaga elok besar kemungkinan boleh dimanfaatkan selama bertahun.


Harga semasa brake pad motosikal yamaha LC 135 sekarang ini adalah sekitar RM 15 sudah semesti original dari Indonesia dan ketebalan pad dia pun puas hati dan sedikit info original adalah dari dalam kotak bukan plastik kosong macam tu je.


Begitu juga kalau barang itu adalah buatan dari Thailand atau Taiwan memang tak seronoklah pakai walaupun ia lebih murah dari yang original, macam mana nak tahu tiruan atau tidak tayar depan motosikal akan ada bunyi ketika menarik brake.


Bahagian ini agak susah sikit nak cerita, sebabnya masalah pada motosikal kita mungkin berbeza tapi jangan risau kerana caranya masih sama cuma bergantung bagaimana akal kita berfungsi untuk mencari penyelesaian.


Macam kami telah menghadapi masalah pump brake jemmm jadi ruang yang ada untuk letak brake cukup-cukup je tanpa meninggalkan sedikit pun ruang untuk memasukkan piring brake. Masalah sebegini telah memakan masa lebih dari 1 jam untuk mencari penyelesaian dan kekuatan tenaga untuk menekan pump brake tu kedalam.


Setelah lama berusaha baru kami tahu ada satu skru angin di pump brake itu yang berfungsi untuk mencekam piring brake, jadi jalan penyelesaian adalah dengan melonggarkan sedikit skru tu sambil tekan pump tu kedalam bagi memberi ruang kepada brake pad dan piring brake dan hasil dari skru angin itu akan termuntah sedikit minyak brake.


Selepas itu ketatkan semula skru angin tu dan barulah boleh memasukkan tayar serta piring brake dibahagian tengah-tengah pad, sebelum itu jangan lupa pasangkan semula dua pin yang korang cabut tadi.


Yang lain-lain tu korang buatlah sendiri tak kan tu pun nak cerita, gambaran dalam ini mungkin tidak nyata tapi sekurangnya korang tahu apa benda.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)