Siapa tidak tahu Roof Moulding ni yang mana satu sila google atau lihat gambaran dibawah nanti dan untuk pengetahuan bersama getah atas atap kereta bahagian luar ini mempunyai hayat yang sungguh singkat jika selalu terdedah pada hujan dan panas.
Maklumlah bukan semua kediaman parking kereta berbumbung betul? jadi bila kenderaan anda selalu terdedah dengan cuaca yang tidak menentu sudah pasti banyak bahagian terutama getah akan mengeras sekaligus reput.
Begitu juga kondisi tayar jika jarang dibawa jalan ia turut akan memberi permasalahan seperti benjol dan merekah oleh kerana itu jika kita perasan banyak kejadian tayar pecah diatas jalan raya.
Berbalik pada getah Roof Moulding ini, setelah kami dapatkan penjelasan dari pusat servis kenderaan fungsi dia adalah mengelak kenderaan dimasuki air hujan. Kepada sesiapa sedang mengalami masalah lantai kereta banjir ketika hujan maka sila periksa dibahagian ini dan periksa juga di setiap cermin kereta kut ada kesan retak atau pecah.
Berdasarkan pengalaman kami ketika kenderaan dimasuki air hujan ketika itu fikiran masih malas nak mencari punca dan membiarkan permasalahan itu berlanjutan sehingga membuat dalaman kenderaan mula berbau kerana gagal keringkan karpet lantai yang masih basah.
Setelah itu barulah satu persatu kami periksa dengan bermula dari setiap cermin tingkap seterusnya bahagian-bahagian yang mempunyai getah. Setelah tukar dua perkara ini kelihatan tiada lagi kesan air hujan memasuki ruang lantai kereta.
Kami difahamkan bahagian lantai kenderaan lama kelamaan akan berkarat sekaligus kondisi badan kenderaan juga akan mudah reput jika tidak dicegah awal. Nasihat dari kami jika boleh beli siap-siap insuran cermin supaya mudah melakukan pertukaran jika perlu bagi mengelak dari masalah dimasuki air hujan.
Catat Ulasan