Setiap kenderaan diwajibkan mempunyai perlindungan insurans namun sehingga kini masih ada rakyat Malaysia masih tidak mampu memberi perlindungan insurans untuk diri sendiri.
Dalam posting ini bukanlah nak cerita tentang PA insurans tapi lebih kepada sedikit sebanyak pengetahuan yang mungkin diperlukan orang lain iaitu cara membatalkan cukai jalan dan sijil insurans kenderaan.
Orang tanya kenapa nak batalkan insurans kenderaan sedangkan masih ada beberapa bulan lagi, salah satu sebabnya yang pertama adalah tukar hak milik seterusnya jika berminat dengan tawaran mana-mana syarikat insurans simpolan-simpolan.
Ada kawan bertanya, lecehlah sekarang ni perkhidmatan E-Hailing diwajibkan kena ada insurans pula tu bukan semua syarikat insurans ada sediakan add-ons jadi macam mana erk?
Ada kawan lagi bertanya, sekarang ni ekonomi tidak menentu adakalanya cukup adakalanya tak cukup macam nak jual kereta yang ada.
Akhir pertanyaan, kereta belum pernah buat klaim lagi buat masa ni tetiba macam kecemasan nak guna duit ni ada cara tak?
Penulis Jawab
Kepada pemandu sepenuh masa E-Hailing, anda mempunyai pilihan iaitu menyewa kenderaan E-Hailing atau turutkan sahaja undang-undang baharu itu. Jika anda menyewa kenderaan dari syarikat E-Hailing yang pertama anda tidak perlu fikir tentang kos penyelenggaraan kerana semua itu sudah dimasukkan sekali dengan yuran sewaan.
Manakala kepada pemandu sambilan pula, anda perlulah membuat keputusan dengan melupakan peluang pendapatan dari pekerjaan E-Hailing sambil mengawal perbelanjaan dari hasil kerja hakiki.
Soalan seterusnya, sekarang ramai pemilik kenderaan semakin pintar iaitu tidak mengharapkan jualan pada kereta terpakai mahupun salesman. Jika jual kepada usahawan kereta terpakai seperti yang kita ketahui harganya amatlah tidak berbaloi walaupun dia kata tawarannya adalah paling mahal di seluruh Malaysia.
Manakala jika kita berikan kepada salesman, rahsia yang perlu kita tahu adalah ketika penukaran nama dilakukan semestinya insurans secara automatik akan terbatal dan paling menarik jika kenderaan korang tidak pernah membuat klaim dalam masa setahun maka duit pembayaran balik itu akan diserahkan kepada salesman atau kereta terpakai.
Akhir soalan pula, jawapanya sama seperti diatas ini katakan korang ada lebih dari sebuah kereta tetiba nak guna duit haa yang pertama pastikan korang belum pernah membuat klaim dari syarikat insurans kerana jika sudah pernah buat klaim walaupun hanya penukaran cermin secara automatik korang tidak akan dapat satu sen pun.
Yang pertama caranya bawa pelekat cukai jalan, salinan geran, salinan IC pemilik lalu pergi ke JPJ berdekatan di kaunter Nombor tu cakap nak batalkan LKM nanti dia akan beri borang untuk di isi sebelum diberi nombor.
Sampai giliran nombor, serahkan je tiga dokumen tu kepada pegawai sekali dengan borang yang di isi tadi untuk diproses. Kalau pegawai tanya untuk apa korang cakaplah secara jujur iaitu nak tukar syarikat insurans atau nak guna duit(hehehe).
Akhir proses selepas pegawai tu siap dia akan berikan korang slip pengesahan pembatalan LKM, tanpa membuang masa korang terus enjut pergi ibu pejabat syarikat insurans cakap nak batalkan sijil insurans kenderaan.
Sebelum dia bagi nombor tu seperti biasa korang kena isi borang dahulu contoh nama, alamat dan maklumat akaun bank kut ada duit lebihan nak dimasukkan ke. Prosesnya amatlah sekejap tapi yang membuatkan ia lama adalah masa menunggu dan mencari ruang letak kenderaan.
Dalam masa satu jam korang sudah boleh melakukan pembaharuan insurans mengikut jenama yang korang suka atau teknik ini juga dapat membantu korang untuk memilih bila masa sesuai untuk tentukan tarikh tamat cukai jalan. Katakan masa korang beli kereta dulu tamat pada pertengahan tahun haa korang tukarlah kepada tarikh hujung tahun berdekatan dengan tarikh bonus tapi syaratnya korang tidak boleh guna kereta dalam masa menunggu tarikh yang korang suka.
Bukan apa, risau keluar dari kotak parking je orang dah bedal kereta korang haa tak pasal-pasal korang kena tanggung kos baiki guna duit poket sendiri.
Berapa lama tempoh duit bayaran balik roadtax masuk bank
Paling lewat mengambil masa 14 hari bekerja sahaja.
Catat Ulasan