Aplikasi messenger WhatsApp kini sangatlah sinonim dan telah dipasang pada setiap peranti telefon, namun jika dilihat secara menyeluruh ia masih mempunyai kekurangan dan menyusahkan sebahagian pengguna kerana perlu menyimpan nombor telefon dahulu.
Jika tidak menyimpan nombor didalam peranti memang agak sukar untuk fikir bagaimana nak WhatsApp kecuali terpaksa menggunakan sistem SMS semula bagi menyampaikan pesanan ringkas.
Perkara ni selalu terjadi kepada runner sejati diluar sana dimana adakalanya perlu WhatsApp pelangan bagi menjimatkan kos penggunaan bil telefon. Jadi, posting ini akan beritahu anda bagaimana cara untuk menghantar WhatsApp kepada rakan atau pelangan tanpa perlu menyimpan nombor terdahulu.
Pertama sekali anda perlu menyimpan beberapa perintah WhatsApp di dalam ingatan atau nota telefon bagi memudahkan urusan anda kemudian hari. Caranya buka pelayar chrome atau apa-apa jenama web browser yang sedang anda guna sekarang ini lalu masukkan alamat url seperti dibawah.
https://api.whatsapp.com/send?phone=[No.Tel tanpa kurungan]
Jangan lupa kod negara dihadapan setiap No.Tel sebagai contoh Malaysia[+60] , manakala jika memerlukan kod negara lain silakan buat pencarian di internet.
Ini sahaja perkongsian dan harap anda semua boleh memanfaatkan teknik ini bagi memudahkan urusan ketika ingin menghantar whatsApp kepada nombor yang belum ada dalam telefon.
Catat Ulasan