Terkini

Cara Pemeriksaan Motosikal Yang Enjin Gagal Dihidupkan

Motosikal gagal hidupkan enjin sekaligus membuatkan kepala anda pening memikirkan berapa kos baiki jika terpaksa masuk bengkel sebelum itu sila baca sedikit sebanyak tips dibawah manalah tahu dapat membantu.



Posting ini bukanlah ditulis oleh pomen pakar tapi hanya berdasarkan pengalaman "try n error" . Kami juga bukan pengguna motorsikal yang extream kalau boleh jarum meter nak full demi kelajuan mahupun bukan dari golongan yang suka aksesori demi kecantikkan jentera.


Penulis mempunyai jentera yamaha empat lejang dimana baru-baru ini telah menguji kesabaran kerana cuba melakukan protes terhadap tuannya sendiri. Ringkasan cerita sedang penulis sedap tunggang dari masjid ke rumah secara tiba-tiba enjin dia mati bunyi dup dup tanpa belas kasihan maka dari situlah bermulanya kajian mencari punca kerosakkan.



Cara mengesan punca kerosakkan enjin mati secara tiba-tiba dan sukar untuk hidupkan adalah seperti berikut.


Periksa Semua Bahagian Yang Ada Kaitan Dengan Api


1. Bunyikan hon untuk memastikan bunyi masih kuat seperti biasa, jika bunyi dia macam tiada tenaga tu maknanya bateri sudah kong.


2. Ganti sparkplug NGK harga sekitar RM7 - RM10, jika boleh hidup selepas ganti sila bawa motosikal korang pusing dua tiga pusingan nak tengok masih hadapi masalah mati enjin tak. Katakan selepas bawa atau tukar masih enjin tidak boleh dihidupkan sila lanjutkan pemeriksaan.



3. Buka cover set bahagian kanan untuk pemeriksaan wayering dari hujung hingga hujung kut ada mengalami wayer putus disebabkan gigitan tikus. Jika ada kesan mana-mana wayer putus atau sebarang gigitan sila buat pembaikkan semula mengikut kemahiran korang, manakala jika tiada sebarang kerosakkan sila lanjutkan pemeriksaan.


4. Oleh kerana permasalahan enjin gagal dihidupkan berpunca dari api maka akhir sekali korang periksa komponen CDI, semasa pemeriksaan tu jika ada kawan yang menggunakan motosikal sejenis bolehlah pinjam kejap CDI dia untuk kepastian manakala jika anda berseorangan bersiap sedia untuk keluarkan duit beli CDI di mana-mana lokasi yang terpilih iaitu jika boleh terus dari suplier jangan pula korang pergi bengkel memang koyak poket.(CDI racing memang mudah hangus)



Selepas pemasangan CDI jika enjin motosikal anda dapat dihidupkan bermakna anda sudah jumpa jalan penyelesaian tapi jika masih gagal sila lanjutkan pemeriksaan.


5. Periksa fius berdekatan ruang bateri kalau yamaha empat lejang penulis fius dia berada dibawah tempat duduk, jika sudah jumpa sila tenung betul-betul sama ada dalaman sudah putus atau tidak. Katakan fius sudah putus atau terbakar sila bawa sample pergi ke suplier berdekatan, selepas pasang fius terbakar lagi atau masih gagal dihidupkan sila tukar coil cut off warna kelabu di bahagian tepi sebelah kanan nama dia katab(rectifier).



katab(rectifier) nak tahu dia rosak apabila lampu mentol korang kerap terbakar selepas beberapa kali tukar kerana terlebih api, seterusnya bateri cepat kong kerana tidak menerima sebarang api dari katab(rectifier).



Bagaimana nak tahu bateri sudah kong? seperti diatas iaitu hon akan bunyi perlahan dari biasa seterusnya starter juga gagal berfungsi tapi bagusnya masih boleh hidupkan enjin guna kaki dan akhir sekali meter korang gelap gelita kerana tiada cahaya lampu semasa pusingkan kunci kepada mode ON.


6. Bahagian carburator jika tak pernah usik dari semenjak beli maka eloklah abaikan pemeriksaan, manakala jika pernah atau rasa macam termasuk air ke maka dipersilakan buat pembersihan atau settings semula.


7. Sudah alang-alang sampai ke carburator jangan lupa jenguk penapis udara kut dah berhabuk silakan sedut guna vacum atau terus tukar yang baru lagi suci bersih.


Sebenarnya banyak lagi komponen berkaitan dengan api tapi penulis tak nak sebut bahagian selebihnya kerana ikutkan memang susah nak rosak kecuali ada permasalahan dari wayering tidak sempurna. Tapi jika semua diatas korang dah periksa dan sudah tukar maka tak salah jika nak lanjutkan pemeriksaan pada bahagian lain seperti magnet coil yang harga dia mungkin memerlukan belanja yang besar.


Selagi mana korang jaga minyak enjin insya allah tiada masalah pada dalaman enjin kecuali korang lenjan macam monyet hingga menyebabkan patah segala benda dalam enjin itu haaa yang tu sudah di kategorikan Jem dan perlu jatuh enjin.



Akhir kata jika korang kurang berminat mengetahui sedikit sebanyak hal Motosikal atau Kereta, maka bersiap sedialah untuk menanti bil dari mana-mana bengkel pilihan. Cuma nak beritahu setiap komponen gantian dari bengkel sudah pun ada harga untung manakala upah pemasangan juga turut di ambil kira belum cerita cukai kerajaan kos pekerja dan kedai bagai dekat situ je korang kena bayar lebih dari satu bil mana yang faham tu fahamlah.


Posting ini tidak menutup periuk nasi siapa-siapa dan hanya berkongsi pengetahuan dan pengalaman tersendiri, tiada kena mengena dengan mana-mana bengkel mahupun pomen apa yang ada cumalah perkongsian semata-mata.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)