Terkini

Pengalaman Bersama Unifi Mobile Postpaid 99

Ketika Musim wabak Covid-19 kelihatan orang ramai telah tertumpu didalam rangkaian internet bagi urusan kerja mahupun hiburan dan masa selebihnya akan bersama dengan keluarga yang tersayang



Namun tidak semua golongan mampu menyediakan aktiviti tanpa gadget kepada keluarga masing-masing, maka penggunaan internet sangatlah diperlukan bagi mencari hiburan kanak-kanak dan tontonan pelbagai lapisan masyarakat.


Penulis juga tidak melepaskan peluang dengan mengambil kesempatan melangan pelan Unifi Mobile pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Dijadikan cerita penulis telah mengambil masa beberapa hari melakukan pencarian setiap pelan internet yang ditawarkan di dalam pasaran telekomunikasi terutama pada musim (PKP) semenjak timbulnya isu wabak covid-19 sedang menular di Negara. Walaupun kerajaan Malaysia sangat prihatin terhadap rakyat dengan memberikan beberapa bantuan data internet percuma kepada pengguna mobile prepaid mahupun postpaid maka ketika ini laa kita dapat menilai syarikat gergasi mana yang dapat membuat tawaran paling terbaik.


Ada telco menawarkan beberapa Gb internet secara harian sekitar 1Gb sehingga 2Gb, ia belum kira penggunaan hotspot secara meluas maka pendapat pengguna ia bukanlah kaedah yang terbaik kerana ada golongan terpaksa melakukan kerja dari rumah masing-masing jadi data yang besar atau khas untuk pengguna hotspot amatlah diutamakan kepada yang tidak mampu melangan sebarang internet kabel.


Dalam banyak-banyak tawaran dibuat oleh telco paling menarik perhatian penulis adalah dari pihak unifi mobile terutama bagi pelan pascabayar dimana mereka telah menawarkan percuma data hotspot sebanyak 999Gb. Jika lihat dari angka ia adalah sangat besar dan agak susah serta pening kepala untuk dimanfaatkan korang bayangkan berapa jumlah tontonan filem dan berapa puluh jenis fail yang boleh dimuat turun tanpa perlu risau dengan kehabisan data hotspot, kelajuan internet pada waktu ini sekitar 5Mbps paling tinggi di kawasan tempat tinggal penulis


Penulis lihat pula pada tarikh tawaran yang diberi memang sungguh mengikut kriteria ketika musim PKP ini dimana mereka lanjutkan tarikh promosi data hotspot dan harga langanan sehingga berakhirnya tarikh PKP, harga langanan asal adalah RM99 tanpa kontrak dan memerlukan pembayaran pendahuluan sebanyak RM100 ketika pendaftaran manakala RM59 pula memerlukan kontrak selama 12 bulan tanpa sebarang pembayaran pendahuluan. Kelebihan disini jika pengguna ingin kekalkan nombor lama penghantaran ke rumah semuanya percuma dengan syarat harus pilih kontrak RM59 manakala kepada yang ingin buat pendaftaran nombor baru pembayaran sebanyak RM100 diwajibkan jika ingin lebih lanjut sila layari laman sesawang unifi mobile.


Setelah penulis menerima kad sim dari penghantar, pertama sekali yang menjadikan masalah adalah isu kestabilan rangkaian dikawasan tempat tinggal. Setelah beberapa hari bersabar maka penulis pun mula membuat aduan kepada pihak unifi mobile berkaitan permasalahan yang dihadapi iaitu internet sering disconnected.


Setelah beberapa kes aduan dibuka sehingga pihak mereka menyalahkan peranti mobile pengguna kut ada masalah, akhirnya setelah berbincang baik-baik melalui pesanan emel isu rangkaian tidak stabil dapatlah dipulihkan dan hati pun ada sedikit senang. Kalau jenis prepaid cukup masa kita boleh buang ini postpaid kut bukan sikit-sikit bil dia setiap bulan dan sudah semestinya kita mahupun kepuasan dan kestabilan rangkaian.


Disini penulis ingin kongsikan sedikit pengalaman ketika mengatasi permasalah berkaitan rangkaian, pertama sekali jika kita sudah memiliki pelan yang senang dihati tapi ada masalah rangkaian pula maka tanpa membuang masa cuba cari saluran yang betul untuk membuat aduan.


Pada mulanya memang kelihatan pihak mereka seperti nak atau tidak je layan kita punya aduan, tapi bila kita beri sedikit sebanyak tanda hormat kepada mereka insya Allah masalah korang dapat diatasi. Bukan apa penulis tengok bila rangkaian tidak memuaskan je pengguna terus marah-marah dan maki operator baik melalui panggilan mahupun emel.


Untuk pengetahuan kita bersama bidang mereka ini sangatlah banyak dan berlapis seperti kek lapis. Cara kerja mereka adalah diorang akan letak tukang ambil aduan di barisan hadapan manakala barisan pakar-pakar pula nun jauh diatas sana. Jadi korang bayangkan laa berapa lapisan yang perlu mereka lalui bagi memastikan permasalahan korang betul-betul sampai pada barisan pakar.


Seterusnya tidak semua telco akan membalas atau hubungi korang bertanya khabar adakah rangkaian sudah pulih atau tidak, jadi kita sebagai pengguna bijak kenalah berusaha menghubungi melalui panggilan mahupun emel untuk pertanyaan kes korang yang masih dalam proses membaik pulih.



Akhir sekali, jadilah pengguna yang bijak kalau korang rasa pihak teknikal telco hanya memberi respon yang kosong contohnya masalah rangkaian belum selesai tapi mereka kata lokasi 'tiada masalah cik' haa disitu korang boleh siap sedia buat surat pembatalan postpaid dan emel kepada bahagian berkenaan sebelum itu disarankan supaya tidak mempunyai sebarang tunggakkan jadi korang bolehlah lompat kemana-mana telco mengikut citarasa tersendiri.


Langkah seterusnya jika ada rasa sayang dengan pelan yang ditawarkan walaupun rangkaian mereka tidak memuaskan boleh cuba panjangkan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)