Terkini

U Mobile Melambatkan Proses Porting Adakah Perkara Biasa?

Isu ini dalam bahasa english dipanggil 'Porting Delay' yang selalu dikawal oleh kakitangan dalam sesebuah telco di Malaysia. Masalah ini sekali pandang memang ia nampak macam tiada apa-apa tapi sebenarnya ia sangatlah terkesan kerana boleh mengganggu emosi pengguna.



Proses porting ini sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa 48jam setelah pengguna menerima SMS pengesahan namun masalah yang aku hadapi ini adalah dapat SMS ditolak. Eh eh! dah kenapa pula permohonan porting aku ditolak sedangkan tiada sebarang tunggakan mahupun mengganggu jiran tetangga.


Setelah aku memberi masa selama 48jam untuk proses porting hasilnya memang sangat tidak berkesan dan mendapati pihak U Mobile sangatlah kepala batu sampai sanggup tolak permohonan untuk porting.



Selepas habis tempoh yang diberikan kepada telco A dan B berurusan maka aku terpaksa naikkan aduan ni kepada pihak MCMC, tak kan aku nak bayar benda yang tidak boleh dimanfaatkan pula.


Sekarang ni aku nak beritahu korang yang sedang seronok guna telco oren tu sila berhati-hati ya, kena time korang nak porting ke telco lain diorang sengaja melambatkan proses tanpa sebab yang kukuh. Jadi mana yang pening-pening nak ambil cuti bagai tu sudah pastinya memerlukan masa yang sesuai dan sambil nak tunggu masa yang sesuai tu jam tu laa diorang mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.


Macam aku cakap sepatutnya proses porting semua boleh dilakukan secara atas talian dan tidak perlu untuk pergi ke kaunter. Tapi ada telco yang sengaja memainkan pelbagai polisi supaya dapat menyukarkan pengguna.


Tindakan selanjutnya akan dikemaskini disini setelah aku dapat maklum balas dari portal MCMC. Manalah tahu MCMC pun tak boleh buat apa-apa dengan kapitalis-kapitalis ni maka terpaksalah kita perangi mereka habis-habisan supaya mereka sedar tanpa pengguna tiadalah mereka.



kemaskini 5/1/2020


Setelah menerima maklum balas emel dari U mobile dapati sistem mereka telah menerima penolakan untuk pertukaran telco. Hasilnya cuba korang lihat SMS yang aku kongsikan diatas agaknya siapalah yang sedang menipu. Tanpa membuang masa nombor tersebut telah aku batalkan sepenuhnya di cawangan U Mobile berhampiran.


Semasa menuju ke cawangan U Mobile tempoh hari terpaksalah aku menggunakan helah kata nak buat pendaftaran nombor baru supaya mereka tidak memberi alasan sistem menghadapi masalah dan sebagainya, sampai sudah di kaunter terus aku minta borang pembatalan dan dalam beberapa jam talian pun selesai dimatikan.


www.u.com.my

www.facebook.com/umobile


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)