Terkini

Resepi Kari Ikan Tongkol Yang Perlu Anda Cuba

Musim perintah pergerakan ini tidak banyaklah kami dapat kongsikan sebab kurang berada diluar rumah namun aktiviti dalam rumah tetap kami fikirkan sehinggalah meluangkan masa di dapur dengan menyediakan pelbagai menu hidangan dari ke hari.




Setiap hari puas fikir nak masak apa sehingga timbulnya group fb masak apa tak jadi. Jadi kami pun dengan bersungguhnya memastikan setiap masakan jadi tanpa gagal supaya tidak terjebak dalam group masak apa tak jadi.

Bukan nak buruk mana-mana group fb cuma yang baik kita ikut yang kurang baik kita cuba hindar supaya tidak berlaku apa-apa pembaziran kelak.

Tambahan lagi musim wabak covid-19 ni berlakunya penutupan pelbagai sektor swasta dan pengurangan pekerja maka kami mengambil langkah berjaga-jaga demi mengelak dari sebarang pembaziran terutama dari segi makanan.

Jika nak memasak perkara penting adalah elak dari sebarang aktiviti pembuangan, jika kita ada lauk lebih maka tidak salah sedekahkan kepada jiran sebelah supaya setiap masakan kita dapat dihabiskan sebelum ia menjadi basi.

Pada masa sama dalam agama juga mengajar kita untuk bersedekah supaya rezeki kita berterusan tanpa putus. Namun jika bab makanan ni tak ramai yang yakin masakan sendiri itu sedap jadi lebih rela simpan sampai basi dan akhirnya berada di dalam tong sampah.

Cara yang sebetulnya jika kita nak menyediakan makanan haruslah bermula dengan jumlah kecil untuk percubaan. Jika dah yakin dan dapat teknik masakan barulah kita beralih kepada kuantiti yang besar macam katering gitu.



Mari kita mulakan dengan penyedian bahan-bahan supaya korang boleh pergi pasaraya terlebih awal tanpa ketuk rumah jiran tanya ada serbuk kari tak? Hehehe

- Ikan tongkol
- Telur rebus
- 1biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Serbuk kari ikan
- Serbuk cili
- Cili padi
- Daun kari
- Asam keping
- Bendi
- Santan


Mulakan dengan bahan kisar bawang besar dan bawang putih setelah itu tumiskan bahan kisar tadi dengan sedikit minyak. Masukkan daun kari dua tangkai, serbuk kari ikan satu paket dan serbuk cili satu sudu letak air sedikit kacau sampai naik minyak.

Setelah naik minyak boleh masukkan asam keping dan santan satu kotak jika terlalu pekat boleh tambah air rebusan ikan tongkol tadi sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. Bila kuah sudah menggelegak masukkan ikan dan telur rebus tadi boleh perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa. Akhir sekali boleh masukkan bendi dan cili api , tunggu seketika boleh la tutup api.

Bahan bahan mudah didapati maka jadi laa kari ikan tongkol.



Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)