Fungsi monoshock dan absorber adalah kurang sama cuma kebanyakkan motorsikal model terkini lebih kearah teknologi monoshock.
Dulu pernah dengar cerita setiap warna spring memainkan peranan tapi setelah ditanya sebenarnya ia hanyalah warna hiasan sahaja. |
Pada penulisan kali ini adalah untuk korang yang sedang pening nak cari monoshock jenama apa dan kos keseluruhan termasuk pemasangan. Sebelum itu artikel ini sesuai untuk pemilik yang baru nak berjinak dengan hal urusan gantian spareparts.
Seperti penulisan yang sebelum ini segala pemasangan adalah atas usaha minat sendiri kecuali gagal barulah terpaksa meminta bantuan pomen di bengkel untuk menyiapkan gantian spareparts lama kepada baru.
Sejarah aku ketika pertama kali menggunakan motorsikal sangatlah bersopan santun sehingga mengikut haribulan untuk menukar apa-apa komponen kononnya nak hindari dari mengalami kerosakkan yang teruk. Hakikatnya tidak perlu pun sampai begitu sekali kalau setakat ulang alik pergi kerja dan sebenarnya apa yang kita kena pelajari adalah bagaimana untuk tahu kondisi setiap komponen yang ada.
Dari situ kita dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga menunggu jika jenis yang suka masuk bengkel. Bagi pemilik yang minat untuk melakukan pertukaran spareparts sendiri pula diorang berada dalam kedudukan yang paling selesa kerana tahu bila dan komponen apakah yang perlu ditukar.
Nak dipendekkan cerita dalam artikel ini aku nak cerita sikit bila masa korang perlu tukar monoshock dan kenapa ia perlu ditukar. Baiklah kepada yang masih tidak perasan tahukah kita fungsi monoshock sangatlah penting ketika anda berada di jalan yang lurus dan selekoh kalau ada yang perasan masa mula beli dulu meter boleh cecah 120 k/M - 130 k/M tapi sekarang meter 80 k/M pun sudah goyang.
Goyang adalah ciri-ciri bilamana keyakinan seseorang rider sudah berkurangan kerana merasakan bila-bila motorsikal boleh terbabas ketika jalan lurus mahupun selekoh belum cerita jumpa garisan merah atau kuning yang tebal dan semestinya tayar belakang akan lari gila-gila jika monoshock sudah tidak berfungsi dengan baik.
Jika korang ada perasaan seperti nak terbabas ketika selekoh dan membuai ketika jalan lurus maka persiapkan kewangan yang mencukupi untuk melakukan gantian spareparts.
Ada rider merungut kenapa monoshock mudah rosak atau membuai kadang-kadang tak sampai setahun. Mengikut pengalaman aku permasalahan ini adalah kerana kurangnya penjagaan kebersihan motorsikal terutama di bahagian monoshock.
Bahagian bawah motor kita adalah paling kotor dan berpasir oleh kerana itu tabung monoshock akan dipenuhi dengan pasir jalan raya sekaligus menjadi punca kebocoran dan kerosakkan. Oleh kerana itu sudah ada aksesori pembungkusan monoshock seperti gambar dibawah yang boleh didapati dari pusat beli belah atas talian terkemuka seperti Shopee dan Lazada.
Monoshock Cover - KTM |
Harga spareparts sekitar RM120++ tidak termasuk upah pemasangan. |
Bang nk tanya motor saya bila langgar laluan x rata atau bongol tayar belakang automatik jadi slow mcm saya tekan brek adakah itu masalah monoshock atau lain
Benar, itu adalah berpunca dari monoshock atau bunga tayar yang kurang cengkaman jalanraya. Apa pun sila berhati-hati semasa menunggang.
Catat Ulasan