Terkini

Manfaat Teh Hijau Dan Khasiatnya Untuk Dalaman

Teh hijau mempunyai khasiat dan kebaikannya tapi sekiranya cara kita mengamalkan salah secara tidak langsung khasiatnya akan berkurang.


sekejung.com

Masa yang sesuai untuk minum teh hijau bergantung kepada individu, seperti kita tahu teh hijau mempunyai beberapa manfaat untuk tubuh badan seperti dalam proses menguruskan badan dan juga sebagai antioksidan.

Perkara yang kita boleh cuba amalkan sekarang adalah minuman teh hijau kerana ia boleh membuatkan badan merasa ringan malah perut juga terasa selesa dengan syarat tanpa gula dan susu.

Jenama pilihan saya masa ini adalah Boh Pure Green Tea sahaja dan jadual pagi dan malam seperti selepas makan sarapan pagi dan waktu malam pula sebelum tidur.


sekejung.com


5 khasiat teh hijau

1. Mencegah risiko diabetes

Mampu membantu kadar glukosa seperti melambatkan kenaikan paras gula darah setelah makan serta mencegah lonjakan insulin yang tinggi dan mengakibatkan penyimpanan lemak.


2. Mencegah serangan jantung

Menurut para ilmuwan, teh hijau berpengaruh pada lapisan pembuluh darah, yaitu membantu menjaga pembuluh darah tetap tenang dan lebih mampu menahan perubahan tekanan darah. Hal ini juga dapat melindungi terhadap pembentukan bekuan darah, yang merupakan penyebab utama terjadinya serangan jantung.


3. Mengurangi risiko kanser

Dengan cara membunuh sel kanser secara umum tanpa merosakkan jaringan sel sihat di sekitarnya.


4. Meningkatkan metabolisme tubuh

Dengan mengamalkan teh hijau setiap hari kita boleh mencapainya.


5. Mengecutkan jerawat

Kandungan katekin dalam teh hijau yang bersifat anti bakteri, boleh membantu ketidakseimbangan hormone dan anti inlamasi yang menyebabkan timbulnya jerawat.


Selepas minum teh hijau uncang jangan dibuang sebab teh hijau boleh dijadikan sebagai scrub muka, saya akan mengamalkan setiap 3 kali seminggu boleh mengecutkan jerawat dah hilangkan parut-parut jerawat , korang akan nampak hasilnya kulit muka pun lembut dan bersih.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)