Terkini

Motosikal Semput Adakah Masalah Coil Api ? Jom Ambil Tahu

Motosikal adalah kenderaan yang paling berisiko diatas jalan raya namun ia juga paling banyak digunakan oleh masyarakat.


Walaupun motosikal adalah pilihan utama oleh sebahagian masyarakat di asia termasuk Malaysia namun masih ramai yang tidak ambil peduli tentang Penyelerangaan bagi mencegah dari berlaku kerosakan kritikal.


Berbalik pada tajuk sebab apa motosikal terasa semput sehingga terasa seakan nak mati enjin semasa menunggang? jawapannya mengikut pengalaman penulis semasa menunggang motosikal Yamaha LC135 selalunya ia berkaitan dengan Coil Api.



Coil api? bahagian mana tu sebab pomen cakap cecah ratusan ringgit juga kalau nak ganti.

Ya benar, memang akan dikenakan sehingga ratusan ringgit jika anda meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada pomen di bengkel(juga pomen kengkawan). Kepada pomen yang ada bengkel mereka perlu melunaskan komitmen semasa contoh sewaan bengkel dan alatan yang lain maka tidak hairan bila buka bil jer cecah ratusan ringgit.


Kepada yang selalu takut bila dengar bunyi Coil api, selepas habiskan bacaan artikel ini korang tidak lagi perlu risau kerana penulis akan terang apa itu yang dikatakan coil api dan manakah yang perlu korang diagnosis dahulu.


Perkara Diagnosis ni kalau korang letak sepenuhnya kepada pomen bengkel maka korang tidak akan ketahui berapa bajet Ringit Malaysia yang perlu keluar dari poket.



Coil api ini sebenarnya satu sahaja iaitu fungsinya akan mengecas semula bateri motosikal selepas dihidupkan enjin ia dipanggil sebagai coil magnet. Tapi sebelum tenaga api itu menuju ke bahagian bateri haruslah melalui regulator atau dikenali sebagai katab(item ni pun orang panggil sebagai coil api) maka jangan keliru dengan mitos tersebut.



Selepas melalui katab seperti dalam gambar diatas ini tenaga api tersebut akan disalurkan kepada bateri untuk kerja pengecasan berterusan dan sekaligus akan menyalakan setiap mentol lampu terutama lampu hadapan.



Seterusnya tenaga api dari CDI pula akan mengawal jumlah tenaga api yang akan disalurkan kepada Coil Plug(sparkplug) untuk melajukan enjin atau disebaliknya iaitu semput macam enjin nak mati semasa menunggang.



Diatas ini adalah beberapa item yang selalu dipanggil sebagai Coil Api dan perkataan ini juga selalu digeruni oleh pengguna motosikal empat lejang atau scooter. Dan perkataan ini juga pernah mengoyakkan poket seseorang jikalau meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pomen.


Bila korang sudah tahu setiap gambar item diatas ni maka senanglah penulis nak ulas lebih lanjut tentang bagaimana nak Diagnosis, bermula dari sumber penjana api iaitu coil magnet sehingga akhir.


Coil Magnet

Berfungsi secara automatik selepas ia dihidupkan sebagai contoh selepas enjin motosikal dihidupkan cuba korang cabut kabel bateri, jika enjin masih bergerak itu tandanya coil magnet dalam kondisi yang baik jika disebaliknya ia perlu ditukar.


Katab

Pastikan mentol lampu hadapan ada hitam(kesan hangus) dan kerap terbakar, maka puncanya adalah katab gagal mengawal tenaga api dengan sempurna dan menyebabkan api berlebihan.


Bateri

Jangka hayat sekitar 1 tahun sekali patut ditukar, cara mengesan bateri kong bilamana starter tangan gagal berfungsi atau lampu meter tidak menyala selepas kunci dalam keadaan ON. Tapi kalau bateri ini kong kurang dari setahun itu tandanya barang tiruan atau katab sudah mula menandakan ingin rosak.


CDI atau ECU

Item ini kerja dia adalah menghidupkan enjin dan menstabilkan kelajuan enjin dengan cara mengawal kemasukkan api kepada sparkplug. Item ini juga selalu pomen racing offer kepada kaki modi jentera konon boleh menambah kelajuan sebab tiada cut off. Cara mengesan CDI ni rosak adalah ketika motosikal korang terasa semput atau secara tiba-tiba mati enjin semasa menunggang tidak lama kemudian boleh dihidupkan semula pastu mati semula atau terus tidak boleh dihidupkan.


Coil Plug

Item ini pun sama seperti CDI, ia bekerja mengeluarkan percikkan api kepada sparkplug bagi menambah kelajuan atau disebaliknya sebagai contoh jika percikkan api kurang atau tiada langsung mana mungkin sparkplug dapat menyalurkan tenaga api kepada piston oleh kerana itu jentera akan terasa semput kerana api tidak mencukupi(kehabisan petrol pun semput juga).


Info tambahan

Pastikan segala wayering jentera dalam keadaan baik, kalau ada kesan putus atau gigitan tikus sila perbaiki dengan segera supaya ia tidak merosakkan alatan elektronik lain. Kalau keliling kawasan parkir jentera ada kesan najis tikus maka sila kerap bersihkan motosikal supaya tidak menjadi sarang tikus.


Akhir sekali jika nak hayat barang motosikal tahan lama sila guna barang standard ori kilang, manakala jika guna barang aftermarket seperti Racing atau lebih kepada aksesori maka sediakanlah wang yang secukupnya bagi menghadapi segala cabaran kerosakan yang bakal tiba tidak lama.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)