Terkini

Cara Baiki Kipas Angin Yang Tidak Boleh Pusing - DiY

Kipas angin elektrik kini sudah dianggap sebagai keperluan bagi setiap kediaman tapi jika korang berada di negeri yang mempunyai suhu sejuk maka kipas sudah tidak diperlukan seperti Cameron Highland.



Sebelum ini penulis ada huraikan beberapa kaedah untuk baiki kipas sila rujuk disini 'DIY Baiki Kipas Yang Tidak Boleh Pusing' tapi masa itu pengetahuan mengenai kipas elektrik amatlah kurang senang cerita 'Try and Error' dan hasilnya menjadi sampah.


Setelah beberapa tahun kemudian penulis melakukan beberapa ujicuba ada beberapa kaedah yang kita boleh gunapakai sebelum menukar seketul motor.




Teknik diatas berkesan bilamana tempat letak blade kipas terasa ketat untuk pusing dan motor masih bergegar bagi menunjukkan ia masih mempunyai kuasa elektrik untuk pusing. Jika masih gagal barulah membuat keputusan untuk ganti seketul motor atau beli kipas satu set yang baru.


Ada yang memberi pendapat hanya dengan tukar kapasitor ia dapat berfungsi semula, penjelasan penulis mengenai fungsi kapasitor kipas adalah ia hanya perlu ditukar bilamana kipas korang seperti tidak bertenaga walaupun sudah pasang pada tahap maksima.



Namun sebelum tukar kapasitor kipas haruslah periksa dahulu kondisi motor kipas sama ada ia berpusing dengan normal atau terasa ketat ketika pusing menggunakan tangan. Jika dapati ia ketat maka itu bukanlah masalah dari kapasitor kipas tapi jika sebaliknya maka perlulah tukar kapasitor bagi melajukan semula kipas angin anda.


Kepada yang belum tahu kapasitor kipas mempunyai tahap kekuatan berbeza iaitu 1.5uF, 2.0uF, 2.5uF, 3.5uF. Menurut ahli DIY mereka berpendapat semakin tinggi tahap uF maka semakin laju kipas korang berpusing dan tahap risiko pun semakin tinggi kerana motor kipas kecil tapi kelajuan kipas dah ngalah Helikopter.


Kepada sesiapa yang tinggal di lembah klang, lubuk kedai elektrik yang senang jumpa adalah Jalan Pasar Pudu, kuala lumpur. Manakala jika korang berada diluar kawasan atau mempunyai masalah pengangkutan maka gunakan kaedah pembelian atas talian Shopee MY, Lazada MY dan lain-lain.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)