Terkini

Fork LC135 Standard Bunyi Ktok Ktok! Apa Masalahnya? - SCK Racing Fork Spring

Sebagai penunggang motosikal pasti akan peka dengan pelbagai permasalahan maklumlah barang tidak sentiasa baru jadi daya ketahanan komponen pun semakin pendek hayatnya.



Nak dijadikan cerita hayat fork LC135 v2 hanya boleh bertahan setahun sahaja dengan kadar berat penunggang sekitar 80kg belum termasuk lalu jalanraya berlubang dan tidak rata jadi walaupun ia fork dan memiliki besi spring didalam namun hayatnya tetap berkurang dari masa ke semasa.


Setelah penulis troubleshoot satu persatu bahagian yang agak mengganggu fikiran boleh rujuk artikel sebelum disini "Bearing Cone Bambo" boleh dikatakan dari fork hinggalah ke bearing tengkuk handle penulis buat pertukaran parts tapi masih belum cukup puas hati walaupun hanya terdapat sedikit sahaja perbezaan dari sebelum ini.



Jadi penulis pun teruskan buat siasatan susulan dimana fork masih berbunyi ktok! ktok! ketika brake atau langgar sesuatu dan paling tidak seronok diikuti kepala handle bergegar terlalu kuat sehingga menyebabkan lenguh bahagian tangan. Disini ada dua perkara yang perlu penulis selesaikan dengan cara DIY supaya misi penjimatan ekonomi dapat dikekalkan.



Dalam artikel ini meyentuh bahagian fork dimana sebelum ini penulis telah pun buat pertukaran minyak fork dan dust/oil seal(getah fork) tapi hasilnya bunyi masih ada. Maka terlintas di fikiran ingin cuba tukar spring fork kepada after market dengan memilih jenama SCK Racing fork spring harga sekitar RM30 dan 40% lebih keras dari standard kilang jadi agak sesuai dengan kadar berat badan yang semakin membimbangkan.


Masa yang diambil untuk proses pemasangan secara DIY adalah 1jam dan hasilnya memang mantap sebab tiada lagi tekanan di bahagian hadapan. Langgar bonggol atau garisan kuning terasa lembut cuma ada lagi satu permasalahan disini iaitu handle masih gegar semasa menunggang jadi pendek cerita masalah fork berbunyi ktok! ktok! selesai dengan hanya tukar spring dan setting semula minyak fork manakala masalah handle gegar tu ada masa terluang akan penulis cerita di artikel yang lain.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)