Kozi bambo cone bearing menjadi pilihan untuk diuji pada motorsikal penulis yang berusia lebih 5 tahun.
Dengan permukaan jalanraya yang tidak menentu jangka hayat bearing yang ada pada motorsikal menjadi pendek terutama di bahagian handle mahupun rims tayar sekaligus permasalahan itu akan menjadikan keyakinan penunggang berkurangan.
Baru-baru ini penulis mengalami beberapa ciri yang kurang selesa ketika menunggang LC135 v2 iaitu handle terlalu gegar ketika bergerak, langgar garisan kuning, semasa brake, selekoh dan menaiki bonggol.
Gegaran handle akan membuatkan tangan dan bahu menjadi mudah lenguh dan kebas, sebelum ini penulis juga telah membaik pulih bahagian fork dengan menambah minyak dan penukaran dust/oil seal tapi masih mengalami masalah sama. Kali ini penulis cuba menukar bearing cone handle after market jenis bambo keluaran kozi.
Jenis bearing seperti bambo ini hanya mempunyai 4 item sahaja tidak seperti ball bearing standard kilang, cara pemasangan pun mudah tapi ada kelebihan dan kekurangan yang akan penulis terangkan sebentar lagi. Sebelum itu bearing cone jenis bambo boleh didapati dengan harga sekitar RM15-RM50 dari atas talian atau menerusi bengkel motorsikal.
Cara pemasangan mudah dan boleh rujuk tutorial di YouTube atau boleh minta bantuan bengkel motosikal berhampiran. Ketika proses pemasangan anda boleh lihat sama ada cone bearing asal berterabur atau karat namun jika di bengkel jangan lupa beritahu tahap keselesaan handle yang korang inginkan iaitu lembut atau keras.
Jika suka layan selekoh ada baiknya menggunakan handle keras tapi jika selalu mencelah ketika jalan sesak kenalah lembut. Seterusnya sebelum pemasangan handle pastikan tukang pasang periksa adakah handle boleh lock atau tidak sebab LC135 v2 penulis tidak boleh lock handle mungkin disebabkan bearing bambo belah bawah ketuk tidak rapat atau badan motosikal menjadi sedikit tinggi dari biasa.
KEKURANGAN
Proses penukaran semula kepada ball bearing akan menjadi sukar kerana o-ring bahagian bawah terlalu leper jadi agak sukar untuk ketuk keluar apa pun bergantung pada tahap kreatif yang korang ada. Badan motorsikal mungkin akan jadi sedikit tinggi kerana bearing bambo ini sedikit tinggi lain pula jenis ball bearing leper dan rendah.
KELEBIHAN
Handle menjadi lebih mantap dan berkeyakinan semasa selekoh serta ketika di lebuhraya.
Jika handle korang masih gegar atau goyang selepas tukar bearing cone maka sila tukar handle bush atau handle bracket mungkin bengkok atau bush sudah keras. Dibawah ini penulis ada sediakan gambar rajah untuk RS150 tapi sebenarnya cara pemasangan lebih kurang je untuk setiap jenis motorsikal beza cuma susah atau senang sahaja,
Kemaskini 22/01/2022
Selepas beberapa bulan, handle jadi berat mungkin disebabkan kotoran pasir dan proses buka bearing cone jenis bambo pun sangat susah tambahan lagi jika korang tiada peralatan khas dan teknik yang betul.
Catat Ulasan