Kali ini saya hendak kongsikan salah satu resipi kuih traditional iaitu resipi Kuih Apam Gula Hangus. Resipi ini saya jumpa di Google dan nampak ada ramai yang sudah mencubanya. Jadi saya pun mencuba dan hasilnya sangat memuaskan. Cara membuat apam ini sangat mudah dan bahan-bahannya juga senang untuk didapati. Selain guna mixer, boleh juga gunakan blender ataupun whisk untuk membancuh bahan-bahan.
Bahan gula hangus
1 cawan gula pasir ( saya kurangkan jadi 3/4 cawan)
1 cawan air panas
Bahan ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan kisar
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Cara penyediaannya
1- Panaskan gula dalam kuali sampai gula jadi perang dan mencair lepas itu perlahan-lahan tambah air panas yang mendidih.
2 - Kisarkan telur, minyak, marjerin, susu pekat, esen vanila dan garam. Masukkan gula hangus yang dimasak tadi kisarkan sekejap hingga sebati.
3 - Dalam bekas lain masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat lepas itu barulah tuang bahan kisar tadi gaul sehingga sebati.
4 - Oles sedikit minyak pada acuan dan tuangkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan dan kukus selama 30 minit.
Resipi Apam Gula Hangus yang betul-betul gebu dan lembut sangat. Tidak menyesal jika anda buat resipi apam ini. Buat unutk sarapan pagi pekena pula dengan air teh o memang sedap. Selamat mencuba!
Catat Ulasan