Terkini

10 MANFAAT BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

“Selawat” adalah sebuah amal yang diperintahkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW.



Selawat juga terkandung di dalamnya makna “cinta”. Semakin mendalam cinta dan kasih seseorang terhadap Rasulullah SAW maka semakin kerap dia menyebut mengenai Baginda. Sabda Rasulullah SAW:


“Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku.” (Riwayat at-Tirmizi)


Asy-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas Nabi di dalam kitabnya As-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun yang berkata, “Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW itu mempunyai 42 kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq al-Anwar.”



10 Manfaat dan Kelebihan Berselawat Kepada Rasulullah S.A.W iaitu :

1. Mematuhi perintah ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

2. Berselawat kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan perintah ALLAH (di dalam Alquran), meskipun berbeza makna antara selawat yang dari kita (umat Nabi) dan selawat dari ALLAH. Selawat kita bererti doa dan permohonan, sedangkan selawat dari ALLAH bererti pujian dan pemuliaan.

3. Sesuai dengan apa yang dilakukan oleh para Malaikat.

4. Orang yang berselawat satu kali mendapat balasan sepuluh selawat dari ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

5. Orang yang berslawat mendapat peningkatan darjat sepuluh kali.

6. Baginya dicatat sepuluh kebajikan.

7. Dihapus sepuluh amal keburukannya.

8. Doanya dapat diharap akan terkabul, kerana selawat akan memanjatkan doanya dan menghadapkannya kepada ALLAH Rabbul-'alamin. Sebelum orang yang berdoa berselawat lebih dahulu, doanya berhenti tergantung di antara bumi dan langit.

9. Dapat menjadi sarana untuk mendapat syafaat Nabi jika selawat itu disertakan doa mohon wasilah, atau diucapkan tersendiri.

10. Selawat merupakan sarana untuk memperoleh ampunan dari dosa.


Dari kitab : Terjemah Syaraf Al-Ummah Al-Muhammadiyyah karya Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hassani.


Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad waala alihi Sayyidina Muhammad.



اللّٰهم صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدﷺ

Di syurga ada satu sungai, airnya putih susu dan lebih enak dari madu. Para sahabat bertanya untuk siapa sungai itu?.. "Sabda Baginda untuk orang yang berselawat pada ku.. apabila dengar nama ku di sebut".(yang berselawat pada nabi). Mari tambahkan jumlah selawat pada Nabi.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)