Nasi kandar merupakan antara makanan yang amat popular bukan sahaja di Pulau Pinang malahan di Malaysia. Jika anda tidak tahu, dahulu sebenarnya nasi kandar merupakan makanan ruji untuk pekerja kelas bawahan.
Pada satu ketika dahulu Pulau Pinang merupakan pelabuhan utama Semenanjung Tanah Melayu dan merupakan pelabuhan yang sangat sibuk serta menjadikannya tempat sebahagian rakyat mencari rezeki dengan bekerja di sini. Rakyat berpeluang mencari rezeki dengan menjadi buruh di pelabuhan ini. Sebahagian yang lain pula mengambil peluang sebagai penarik beca dan berniaga makanan kepada buruh yang bekerja di pelabuhan ini.
Di sinilah bermulanya nama nasi kandar iaitu di ambil dari peniaga-peniaga nasi yang berniaga secara bergerak menggunakan kayu pengandar dan dua bakul di kandar yang di dalamnya di isi dengan nasi, kari ikan, ikan goreng dan kacang bendi. Yang menariknya, dahulu nasi kandar dijual pada waktu pagi kerana pekerja perlabuhan akan selalunya memulakan kerja mereka selepas makan nasi awal pagi sebagai memberi sumber tenaga untuk persiapan mereka bekerja sehingga petang.
Sebab itulah sehingga ke hari ini nasi kandar telah siap sedia di jual pada awal pagi kerana ini adalah tradisi dari dahulu lagi. Kini makanan ini bukan sahaja dimakan oleh kelas bawahan dan pekerja buruh malahan sudah menjadi makanan orang kaya dengan variasi pilihan lauk-pauk mahal yang langsung tidak ada kena mengena dengan asal usul nasi kandar asli.
*Sumber google
Catat Ulasan