Walau sekecil manapun perkara itu, berdoalah memohon kepada ALLAH SWT kerana Dia tempat kita bergantung harap.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)
Waktu yang dianjurkan untuk berdoa agar dikabulkan adalah setiap satu pertiga malam terakhir, ketika bersujud atau azan, antara azan dan iqamat serta sewaktu bermusafir. Justeru, sebagai Muslim yang sejati, teruskan berdoa dan jangan sesekali berputus harap.
Cara Kiraan Sepertiga Malam
Malam bermaksud apabila masuknya waktu maghrib, maka itulah malam. Bermulanya malam apabila masuknya waktu Maghrib.
Penghujung malam pula apabila masuknya waktu subuh, itulah penghujung malam.
Kiraan 1/3 malam ni penting kerana, untuk mengetahui bilakah waktu yang tepat masuknya 1/3 malam terakhir.
Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah:
"Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya."
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1145) dalam Sahih-nya
Ini kerana ia adalah diantara waktu yang mustajab untuk berdoa dan beribadah.
Allah berfirman dalam Surah Al-Muzzammil ayat 1-4 yang bermaksud:
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’."
Firman Allah dalam Surah Azzariyat ayat 18 bermaksud:
“Sesungguhnya mereka (iaitu mereka yang di dalam syurga)sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik.Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan."
Dan banyak lagi keterangan tentang ibadah di penghujung malam ini sama ada di dalam Al-Qur'an mahupun Hadis.
Semoga Allah perkenankan doa di sepertiga malam, luahkan lah segalanya
Sumber Siti Aminah Salleh
Catat Ulasan