Terkini

Cara Mengatasi Penularan Penyakit Berjangkit Daripada Semakin Berleluasa

Kebelangan ini kita dapat menyaksikan peningkatan kes-kes penularan penyakit dalam kalangan negara mahupun di seluruh pelusuk dunia.



Banyak penyakit-penyakit yang terdapat pada masa kini yang boleh berjangkit kepada orang ramai serta boleh mendatangkan maut. Penyakit berjangkit boleh merebak melalui udara dan juga melalui sentuhan. Justeru itu, kita wajar untuk mengenal pasti cara terbaik untuk menangani masalah ini untuk daya tahan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.


Dalam pada itu, langkah yang perlu diambil oleh masyarakat untuk mencegah penyakit berjangkit dengan menjaga kebersihan diri serta persekitaran supaya bersih daripada pencemaran. Kebersihan diri adalah penting dalam kalangan masyarakat kerana punca penyakit melalu kekotoran. Setiap orang perlu mengutamakan kebersihan diri dengan membuang sampah di tempat yang betul, sentiasa mencuci tangan selepas menggunakan tandas ataupun sebelum makan serta menjauhi orang lain apabila mendapati seseorang itu sakit. Justeru itu, kita digalakkan untuk melakukan aktiviti bergotong-royong dalam membersihkan kawasan perumahan dan tempat-tempat awam perlu sentiasa dianjurkan agar kebersihan dijaga.



Selain itu, masyarakat perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup sihat merangkumi pemakanan yang seimbang dan melakukan aktiviti riadah atau bersukan. Aktiviti ini yang dilakukan pada waktu lapang ini akan memanfaatkan diri individu tersebut. Oleh itu, mereka akan terhindar dari wabak dan tahap imunisasi badan lebih kuat berbanding individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Justeru itu, kita juga mestilah membuat kempen kesedaran serta pendidikan sebagai langkah menangani masalah penyakit yang berjangkit. Bak kata pepatah, badan sihat otak cerdas.


Pada waktu yang masa, pihak berkuasa perlu bertanggungjawab untuk mempercepatkan kawalan kemasukan pelancong dan buruh asing ke negara kita kerana penyakit juga boleh dibawa oleh pelancong. Oleh itu, saringan kesihatan perlu diwajibkan untuk pelancong yang datang ke Malaysia serta menangkap pendatang asing tanpa izin. Amalan kebersihan orang lain mungkin berbeza daripada kita, jadi pihak yang bertanggungjawab yang membawa buruh asing ini perlu memastikan kebajikan pekerja mereka dijaga dengan baik. Antara kesannya, kita dapat menjamin kesihatan kita disamping menyemarakkan ekonomi dengan kawalan yang baik ke atas kemasukan pelancong dan buruh asing.


Akhir sekali, langkah untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit dengan memeriksa setiap bahan import yang masuk ke dalam negara. Hal ini kerana, kita tidak ingin masyarakat mengalami sakit yang teruk serta dapat mengakibatkan kematian. Selain itu, pihak berkuasa juga perlulah memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara bebas daripada sebarang jangkitan. Hal ini juga, tidak mengira sama ada haiwan yang diimport untuk dijadikan makanan ataupun haiwan peliharaan. Sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga perlu disaring dan dipastikan kebersihannya daripada sebarang keracunan dan wabak. Kerjasama antara penguatkuasa dan kesihatan perlu diberketatkan agar tindakan ini dapat dijadikan dengan baik dan sekali gus memusnahkan ancaman wabak daripada luar.


Kesimpulannya, terdapat banyak langkah yang boleh diusahakan untuk menangani masalah ini di Malaysia. Tindakan melawan penyakit secara berterusan oleh semua pihak akan menyumbang kepada penurunan kes ini. Seterusnya dapat melahirkan negara yang bebas dari masalah ini. Media massa dan kerajaan berperanan besar dalam menyedarkan masyarakat kita akan kepentingan dan maafaat mencegah penularan wabak. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Peribahasa ini bermaksud, kita perlulah sedar dan mengambil tindakan segera ke atas perkara yang merbahaya ini agar tidak kekal akan akibatnya dikemudian hari.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)