Saya kongsikan skincare yang betul-betul menjadi kepada saya iaitu garnier skin natural (sleeping mask). Produk ini mengambil masa dalam beberapa hari sahaja untuk menghilangkan sunburn dimuka saya. Bau yang sangat wangi dan selamat digunakan, korang boleh mencari di kedai watson atau drugstore lain yang berdekatan korang.
Garnier Light Complete White Speed Night Yoghurt Sleeping Mask - 50ml adalah krim muka yang menggabungkan ekstrak probiotik yogurt soya, pati lemon, vitamin C & white speed serum yang membantu menyuburkan kulit apabila anda tidur pada waktu malam. Diformulasikan untuk berfungsi seperti rawatan pencerahan dengan yogurt, yang dikenali untuk membantu mengurangkan penampilan kusam, membantu menanggalkan sel kulit mati, menyamarkan bintik hitam dan mencerahkan kulit.
Tekstur yogurt ringan mudah meresap ke dalam lapisan kulit. Krim muka ni boleh buat kulit nampak lebih cerah dari malam pertama pakai, kulit kusam nampak malap, menyamarkan noda hitam. Bangun tidur dengan kulit yang kelihatan cerah dan segar.
Harganya sangat berbaloi hanya RM 27.60 harga yang mampu milik untuk seorang remaja seperti saya. Saya telah memakainya selama 4 bulan dan mendapatkan hasil yang bagus, saya sangat suka produk ini.
Saya juga menggunakan serum krim yang dapat melindungi muka saya daripada sinaran uv. Selain itu ia juga tidak memberikan rasa sakit di muka apabila terkena matahari malah dapat menyegarkan kulit saya. Muka saya juga terasa seperti kulit orang korea wah hahhaha, kerana apabila saya memakain serum krim ini dapat membuat muka saya glowing tanpa menggunakan apa-apa solekan pun. Harganya juga sangat murah RM 28 sahaja. Anda patut mencuba produk ini, kerana ianya selamat dan tidak mendatangkan perkara buruk terhadap saya. ianya sesuai untuk kulit yang bermasalah.
Produk Garnier Light Complete Whitening Serum Day Cream SPF36 PA+++ untuk dos perlindungan matahari anda. Ia adalah formula tidak melekit menyerap dengan cepat dan diperkaya dengan 3X Vitamin C dan Lemon Yuzu Segar untuk memberikan anda 3 Toner Lebih Sekata dalam 3 Hari.
Krim Malam Garnier, dengan teksturnya yang kaya, mudah diserap ke dalam kulit. Menjadikan wajah lebih segar dan kelihatan lebih cerah apabila bangun pagi. Sesuai untuk semua jenis kulit. Diuji secara dermatologi. Berbanding formula sebelumnya ujian pengguna ke atas 155 wanita, Keputusan mungkin berbeza bergantung pada warna kulit.
Harganya juga sangat murah RM 28 sahaja. Anda patut mencuba produk ini, kerana ianya selamat dan tidak mendatangkan perkara buruk terhadap saya. ianya sesuai untuk kulit yang bermasalah.
Catat Ulasan