Terkini

Kesan Penggunaan Telefon Pintar Kepada Golongan Remaja

Penggunaan telefon pintar pada masa kini amatlah penting kerana dengan kemudahan teknologi kita dapat melayari internet , berkomunikasi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Banyak lagi kelebihan yang terdapat pada telefon pintar. Tetapi ada segelintir pihak yang salah menggunakan telefon pintar ini terutamanya dalam kalangan remaja. Apakah kesan penggunaan telefon pintar kepada golongan remaja?



Mudah terpengaruh dengan bermain permainan video adalah merupakan kesan penggunaan telefon pintar. Remaja sering menghabiskan masa dengan menghadap telefon 24 jam sehari semata-mata untuk menghilangkan rasa bosan. Apabila mereka focus terhadap telefon mereka akan merasa lalai untuk melakukan sesuatu yang berfaedah seperti membaca, mengulang kaji pelajaran ataupun mengajak rakan keluar untuk beljar bersama-sama.


Mengakibatkan sakit kepala adalah merupakan kesan penggunaan telefon pintar . Remaja didapati kurang tidur pada waktu malam kerana sering melihat telefon. Mereka selalunya menonton pelbagai cerita sehingga larut malam dan menyebababkan ketagihan untuk tidur lewat pada waktu malam.


Apabila mengalami sakit kepala siang hari , ini akan menjejaskan kesihantan mereka contohnya seperti tidak bersemangat untuk belajar, kurang focus terhadap pembelajaran serta mengantuk di dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Remaja juga akan merasa tidak bertenaga kerana tidak mempunyai rehat yang cukup.



Kurang melakukan aktiviti yang sihat di luar adalah merupakan kesan penggunaan telefon pintar . Dengan adanya telefon pintar mereka akan menganggap bahawa melakukan aktiviti di luar merupakan aktiviti yang membosankan. Tetapi melakukan aktiviti diluarlah merupakan amalan yang bagus untuk kesihatan kita . Contohnya seperti beriadah, bersenam, joging dan lain lain.


Hal ini dapat menunjukkan bahawa aktiviti diluar lebih berfaedah daripada menggunakan telefon pintar untuk melakukan perkara yang tidak baik dan boleh menyebabkan kita ketagihan kepada teknologi masa kini.


Mengalami tekanan dalam hidup adalah merupakan kesan penggunaan telefon pintar. Remaja akan mudah marah dan akan menunjukkan sifat yang tidak baik dalam diri. Selain itu, mereka akan rasa berada di dalam bilik adalah lebih bagus berbanding melakukan aktiviti di luar.


Remaja juga mudah menunjukkan sifat yang agresif terhadap ibu bapa dan menyebabkan pergaduhan akan berlaku. Tekanan juga dapat memberikan kesan yang berbahaya seperti berniat untuk membunuh diri, tekanan yang melampau sehingga sanggup untuk mencederakan diri.



Kesimpulannya, sebagai ibu bapa kepada anak –anak kita mestilah memantau mereka dengan tegas . Selain itu, ibu bapa perlu mengambil pehatian yang lebih kepada anak-anak dengan menggurangkan untuk penggunaan telefon pintar.


Telefon pintar juga digunakan apabila kita ingin mencari maklumat, berkomunikasi dengan orang ramai ataupun melakukan perkara yang mendatangkan faedah kepada kita.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)