Terkini

Khasiat Dan Kebaikan Air Barli Jika Amalkan Selalu

Bijirin barli ni kelihatan macam biasa tetapi disebaliknya terkandung 1001 khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan.



Ia kaya dengan fiber, vitamin, berprotein tinggi dan mempunyai beberapa mineral penting yang lain yang sangat bagus dalam memberikan manfaat kepada tubuh badan.


Tidak hairanlah kenapa air barli ni selalu menjadi pilihan ibu yang masih menyusukan anak kerana air barli boleh meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Mama boleh campurkan air barli yang panas dengan satu sudu teh jintan manis, biarkannya selama lima ke sepuluh minit dan kemudian minumnya. Air barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung.


Air barli juga dikatakan dapat membantu menangani masalah kencing kotor. Bagi ibu-ibu hamil yang sering mengalami masalah kencing kotor boleh mencubanya juga. Ia juga diamalkan bagi menyejukkan badan terutama bagi pesakit demam.


Barli juga mampu merawat jangkitan saluran kencing. Pesakit perlu meminum air barli bagi tujuan merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini.



Barli tingkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksin dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.


Pada masa yang sama, air barli juga bantu bersihkan buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem pundi kencing.


Ia juga berperanan untuk kurangkan bau air kencing.


Untuk merawat jangkitan saluran kencing, kalian perlu minum beberapa cawan air barli setiap hari sehingga masalah tersebut sembuh.


Beras barli kaya dengan magnesium yang boleh cegah penghasilan batu karang selain daripada membantu kalian menyahtoksin badan.


Barli membantu mengawal kencing manis. Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis.


Ini kerana ia boleh stabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.


Cara-cara membuat air barli amatlah mudah.

Didihkan barli dengan air sehingga barli lembut.

Boleh letak beberapa helai daun pandan untuk aroma.


Moga bermanfaat


#BerasBarli

#RawatJangkitanKumanPadaPundiKencing


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)