Pernikahan dalam Islam merupakan fitrah manusia agar seseorang muslim dapat memikul amanat tanggungjawabnya yang paling besar dalam dirinya terhadap orang yang paling berhak mendapat pendidikan dan pemeliharaan. Pernikahan memiliki manfaat yang paling besar terhadap kepentingan-kepentingan sosial lainnya. Kepentingan sosial itu adalah memelihara kelangsungan jenis manusia, memelihara keturunan, menjaga keselamatan masyarakat dari segala macam penyakit yang dapat membahayakan kehidupan manusia serta menjaga ketenteraman jiwa.
Pernikahan memiliki tujuan yang sangat mulia iatu membentuk suatu keluarga yang bahagia, kekal abadi dan dirahmati Allah. Sesuai dengan rumusan itu, pernikahan tidak cukup dengan ikatan lahir atau batin saja tetapi harus kedua-duanya. Dengan adanya ikatan lahir dan batin inilah perkahwinan merupakan satu fitrah manusia serta dituntut oleh agama untuk mengelakkan perbuatan mungkar.
Dalam Islam, syarat sah pernikahan penting terutama untuk menentukan pasangan lelaki dan wanita itu dihalalkan melakukan hubungan seksual sehingga terbebas dari perzinaan. Agama Islam mempunyai tradisi perkahwinan yang sederhana, memudahkan dan ringkas dengan tujuan agar seseorang tidak terjerumus ke dalam perzinaan.
Perkahwinan sudah sah apabila telah memenuhi rukun dan syarat perkahwinan. Adapun yang termasuk dalam rukun perkahwinan adalah seperti berikut:
1 - Pihak-pihak yang melaksanakan akad nikah iaitu mempelai lelaki dan wanita.
2 - Adanya akad (sighat) iaitu perkataan dari pihak wali perempuan atau wakilnya (ijab) dan diterima oleh pihak laki-laki atau wakilnya (kabul).
3 - Adanya wali dari calon isteri.
4 - Adanya dua orang saksi.
Apabila salah satu syarat itu tidak dipenuhi maka perkahwinan tersebut dianggap tidak sah, dan dianggap tidak pernah ada perkahwinan. Oleh kerana itu diharamkan baginya yang tidak memenuhi rukun tersebut untuk mengadakan hubungan seksual mahupun segala larangan agama dalam pergaulan. Dengan demikian apabila keempat rukun itu sudah dipenuhi maka perkahwinan yang dilakukan sudah dianggap sah.
Nikah (نكاح) terdiri dari empat huruf yakni:
1. Nun (ن)
2. Kaf (ك)
3. Alif (ا)
4. Ha’ (ح)
1. Huruf ن
Nun adalah singkatan dari nikmat (نعمة). Pernikahan sesungguhnya adalah sebuah nikmat. Nikmat yang besar. Mulai dari akad nikah, malam pertama hingga keseluruhan masa berkeluarga adalah nikmat.
2. Huruf ك
Kaf adalah singkatan dari karamah (كرامة) kemuliaan. Segala sesuatu yang dilakukan ketika dia sudah menikah akan menjadi mulia dengan sendirinya. Misalkan saja dalam masalah solat:
(فيض القدير شرح الجامع الصغير ج ٤ ص ٤٩)
4473 - (ركعتان من المتزوج أفضل من سبعين ركعة من الأعزب)
لعل وجهه أن المتزوج مجتمع الحواس والأعزب مشغول بمدافعة الغلمة وقمع الشهوة فلا يتوفر له الخشوع الذي هو روح الصلاة"Dua rakaat dari seorang yang sudah menikah lebih utama dibandingkan dari 70 rakaatnya orang yang bujang."
Dimungkinkan sisi keutamaanya adalah seorang yang sudah menikah terkumpul segala indera dan fokusnya, sementara yang masih bujang senantiasa tersibukkan diri dengan mengekang gelora berahinya sehingga kesempatan khusyu' yang menjadi jiwa solat tidak terpenuhi.
3. Huruf ا
Alif adalah singkatan dari ulfah (ألفة) yang bermakna kasih sayang. Sebab didalam pernikahan haruslah ada hubungan kasih sayang diantara keduanya. Pernikahan tanpa kasih sayang pastilah akan gagal. Maka dari itulah, ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala menciptakan pasangan kita dari jenis sendiri agar tercipta rasa ketenangan dan kasih sayang, firman ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala:
وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةًDan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang."
4. Huruf ح
Ha’ adalah singkatan dari hikmah (حكمة) sebab menikah itu banyak hikmahnya. Mulai dari hikmah psikologis, hikmah medis, hingga hikmah sosial. Di antara hikmah pernikahan adalah agar menjaga pandangan dari perbuatan maksiat, seperti sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌMaksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)”
Wallahu A'lam.
In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah.
Sumber : Aku Mencintai Mu Ya Rasulullah & Google
Catat Ulasan