Terkini

NOTA RINGKAS 30 DAJJAL KECIL SEDANG KAWAL DUNIA

Bumi Yaman telah dipuji oleh Rasulullah ribuan tahun dulu. Rasulullah bagitahu penduduk Yaman ini ibarat kepulan awan. Penduduknya orang yang baik. Rasulullah juga mendoakan keberkatan bumi Syam dan Yaman. Semasa minum air di talaga Kauthar nanti, Rasulullah akan tahan orang lain. Rasulullah akan bagi orang Yaman minum dahulu.



Sebelum datang dajjal sebenar, akan keluar dulu 30 dajjal kecil. Mereka adalah pemimpin. Mereka pimpin dunia dan kawal ekonomi. Bukan semua tapi kebanyakan. Rasulullah dah bagitahu orang yang selamat nanti adalah orang yang bersembunyi. Zaman itu macam lockdown malah lebih teruk. Keluar ke mana pun tak boleh.

Ulama' mengatakan sesiapa yang keluar untuk melihat dajjal, dia akan jadi murtad. Walaupun dia seorang Ulama'. Sehingga ada Hadith tentang seorang yang nak jumpa untuk berdebat dengan dajjal. Kononnya dia nak lawan dajjal. Akhirnya dia jadi pengikut dajjal. Malah mungkin jadi PA dajjal.


Antara orang yang selamat dari fitnah dajjal adalah yang amalkan baca surah Al-Kahfi. Ayat pertama permulaan sebut "Alhamdulillah". Ini adalah kalimah tauhid. Gaji yang kita dapat dari bos, orang yang tak faham tauhid akan kata bos bagi rezeki. Orang yang ada tauhid akan kata Allah bagi rezeki. Siapa yang lemah tauhidnya akan tertipu dengan bisikan syaitan.

Salah satu bisikan syaitan adalah dia akan risaukan kita tentang kemiskinan. Sehinggakan yang terpedaya sihirkan san jatuhkan kawannya untuk rebut jawatan. Sebenarnya sedang jatuh ke dalam rezeki yang haram. Zaman dajjal nanti kita akan hadapi 7 tahun kemarau. Tapi sebelumnya hujan akan mula berkurangan. Hujan turun tapi tidak beri manfaat. Tidak suburkan tanaman dan mengidupkan binatang. Malah menyebabkan banjir.

Zaman dajjal nanti tiada makanan. Dajjal yang akan bagi makanan. Tapi orang beriman tidak akan terima. Makanan orang beriman adalah zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. Sesiapa yang selamat semasa zaman dajjal, imannya dipuji oleh Rasulullah. Hebat imannya sehingga sanggup berlapar dan tolak makanan dari dajjal kerana menjaga iman.

Latih diri jangan bergantung dengan makhluk. Jangan kata gaji kita banyak sebab usaha kita. Tapi sebab Allah rezekikan. Mereka yang bergantung dengan makhluk besar kemungkinan akan ikut dajjal. Kerana sihir dajjal akan hidupkan orang mati, keluarkan air supaya orang kata dia tuhan. Beruntung orang yang mati zaman sekarang kerana terselamat dari zaman dajjal nanti. Dari sudut lain memang kita sedih.

*Kuliah sebelum Ustaz Moqti Ahmad Qalbun Salim terbang ke Yaman. Semoga Allah mudahkan safar 🤲🏼


Kredit : @notafitnahakhirzaman


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)