Terkini

Perbanyakkan Istighfar “Astaghfirullahalazhim” Maknanya "YA ALLAH, AMPUNI DOSAKU”

Sekadar peringatan manja. Untuk motivate diri sendiri and awak sendiri untuk perbanyakkan istighfar. Next one, nak kena work on how to feel lebih sikit bila beristighfar. Mulut sebut tapi hati tak connect. So how ?


Saya ambil ni daripada : www.tiprezeki.com


Bila kita istighfar, jangan main sebut je “Astaghfirullahalazhim”, namun tak faham pun maknanya. Makna istighfar mesti diserap ke dalam hati penuh makna dan rasa insaf. Maknanya “YA ALLAH, AMPUNI DOSAKU”



Bukan itu sahaja, kita kena bayangkan pula dosa yang mana satu yang mahu Allah ampunkan. Kena ingat, kena rasa dosa yang mana?


Jangan terbayang kat kepala “Allah ampunkan tak dosa aku ni duk istighfar ni?” Dah kita rasa ragu-ragu dengan istighfar kita memang tak lah Dia nak ampunkan. Allah tidak menerima sebarang doa dari hati yang lalai apatah lagi tak yakin padaNya.


Ini pula perkongsian dari live Prof Muhaya dan Ustaz Nasrullah. Ustaz pesan, taubat itu pembuka rezeki, istighfar tu penyelesai segala masalah kerana perisai (penghalang) rezeki tu adalah dosa kita sendiri.


Apabila sebut ASTAGHFIRULLAH.. Ingat 3 perkara..

1. Saya salah

2. Ampuni saya

3. Saya siap untuk belajar. Perbaiki diri.


Kredit: Neelofa


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)