Terkini

Persiapan Menghadapi Banjir Agar Kita Berwaspada Lebih Awal

Musibah banjir adalah ujian Allah kepada kita semua bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Semua pihak perlulah memastikan keselamatan keluarga masing-masing khasnya anak-anak kecil supaya tidak leka bermain air termasuklah memaklumkan dalam kadar segera kepada pihak keselamatan jika berlaku apa jua kemalangan yang tidak diingini.


Dalam situasi hujan yang masih tidak menentu dan air didapati naik dengan cepat dibeberapa lokasi, saya berharap kepada mereka yang tinggal dikawasan rendah hendaklah membuat persiapan berpindah seberapa segera sebelum menjelang waktu malam.


Persediaan Semasa Banjir. Jangan bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki. Awasi anak-anak agar tidak bermain air di kawasan banjir, longkang, lombong, tali air dan sungai. Jangan berenang atau berjalan melalui air yang deras. Air yang bergerak laju boleh membuat anda jatuh dan hilang kawalan.


Sentiasa memberikan kerjasama ketika berada di pusat pemindahan. Dapatkan maklumat banjir dan pusat pemindahan di tempat anda. Buat persediaan awal menghadapi banjir di rumah anda. Bersedia dengan beg kecemasan dan bersedia untuk berpindah jika diarahkan Pulang ke rumah setelah diarahkan oleh pihak berkuasa.



ELAK KERETA ROSAK KETIKA BANJIR.

SOP kenderaan semasa musim banjir :

1. Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan dari kereta - supaya tidak berlaku 'short circuit’ pada sistem elektronik.

2. Kenal lokasi ECU (Electronic Control Unit) untuk Engin Management control - Tanggalkan dan simpan ditempat selamat.

3. Tutup Exzos pipe supaya tidak dimasuki lumpur.

* Dengan SOP ini kos baiki dapat di kurangkan sekiranya kereta tenggelam 100%.

* Sekiranya air banjir dah surut, cuci komponen elektronik dengan air bersih supaya tidak berlaku karat.


Tips Memandu & Bawa Motor Selamat Sewaktu Musim Hujan

1. Pandu Perlahan – Kereta Boleh Terapung, Motor Boleh Tergelincir!

2. Nyalakan Lampu Kenderaan- Tapi Bukan Foglight!

3. Kekalkan Jarak Selamat – Jangan Rapat Sangat!

4. Gunakan GPS atau Radio – Boleh Elak Kawasan Banjir!

5. Jauhi Takungan Air – Kereta Tenggelam Sia-Sia Je!

6. Jangan Nyalakan Lampu Kecemasan – Buat Orang Confuse!

7. Kalau Kilat Tengah Sambar Menyambar, Berteduh Bawah Bangunan!


Suatu saat Rasulullah SAW pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian ketika hujan turun begitu lebat, beliau memohon kepada Allah agar cuaca kembali menjadi cerah. Kemudian Baginda berdoa seperti berikut.


اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Allahumma haawalaina wa laa ’alaina. Allahumma ’alal aakami wal jibaali, wazh zhiraabi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari.

(Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok).”

(HR. Bukhari, no. 1014)


Semoga situasi banjir di negeri ini tidak berpanjangan dan mereka yang berada di pusat pemindahan dapat pulang ke rumah masing-masing dengan selamat. Kami doakan agar semua dipermudahkan segalanya.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)