Sebelum ini saya ada cerita tentang Somebymi Miracle AC SOS KIT. Lagi elok jika pakai Miracle AC SOS KIT itu bersama suncream dari somebymi juga iaitu Somebymi Truecica Mineral 100 Calming 50ml Suncream SPF 50+, PA++++.
Suncream yang menyamankan, lagi-lagi untuk kulit yang sensitif, pedih-pedih boleh dikurangkan dengan cepat.Suncream atau sunscreen wajib pakai tau hari-hari. Korean routine skincare, wajib ada. Itu yang buat kulit kita terjaga, sihat, tidak rosak dari dalam.
Sunscreen dari somebymi untuk korang yang mempunyai masalah kulit sensitif atau jerawat.
- Nano-nano Mineral 100 suncream, mudah meresap ke kulit dan tidak lengket.
- Dengan 3 fungsi, iaitu UV Blocking + Whitening + Wrinkles Improvement.
- Mengandungi 10.000 ppm Truecica (Artemisia Princeps Extract, Tea Tree Leaf Water, Centella Extract, Centella Powder Extract) untuk menenangkan kulit, melindungi dan meningkatkan ketahanan kulit.
- Dengan 85% esen kelembaban, teksturnya seperti lotion tidak membuat white cast pada wajah.
- Tidak Menggunakan pewangi buatan,pewarna dan juga tidak mengandungi 20 bahan berbahaya.
Cara Kegunaan
Aplikasikan secara merata pada tahap terakhir skincare di pagi hari.
Pakai 20 minit sebelum meninggalakan rumah.
Catat Ulasan