Korang tahu tak selama ini ikan paus masih lagi dikategorikan sebagai mahkluk mamalia sehingga sekarang? Pernah dengar bahawa generasi nenek moyang ikan paus tu sebenarnya datang daripada kawasan daratan??
Tetapi gambar padang pasir Gurun Sahara yang diambil ini pada zaman prasejarah sebenarnya dahulu adalah laut.
Penemuan tulang ikan Prasejarah ini berkemungkinan adalah nenek moyang muasal daripada ikan paus moden sekarang ini.
Penemuan sebuah Fosil Tulang Rangka dipercayai milik Ikan Paus ini dianggarkan berusia 37 juta tahun lalu.
Fosil ini mula ditemui nerdekatan dengan kawasan Oasis Wadi Al Hitan, yang terletak di tengah gurun padang pasir Mesir.
Golongan pengkaji zaman Prasejarah selama telah pun menjumpai Berpuluh-puluh fosil rangka ikan paus namun didalam gambar ini adalah penemuan fosil paling unik dan sehingga sekarang ,banyak lagi belum ditemui kerana masih lagi tertanam dibawah kawasan padang pasir ini di gurun Sahara , Mesir.
Kini Sebuah lagi muzium telah dibuka berdekatan dengan tapak penemuan bertujuan untuk pemuliharaan fosil tersebut.
Dan tulang rangka milik ikan paus ini dipercayai adalah jenis spesis yang paling terawal kerana mempunyai sepasang sirip yang dipercayai adalah bahagian lengannya (katanya) sudah pun menjangkaui usia 37 juta tahun lalu.
Ianya yang berukuran lebih daripada 65 kaki (20m) panjang.
Penemuan fosil ini direkodkan sangat sukar untuk ditemui kerana ciri ciri tulangnya "menceritakan" pada kejadian tentang bagaimana spesis ikan paus moden dapat berevolusi untuk berenang di lautan yang telah datang sebagai mamalia dari daratan.
#RVKXIV
Catat Ulasan