Ubi sarek (Amorphophallus campanulatus Blume) atau lebih dikenali sebagai sarek di Kelantan merupakan sejenis tumbuhan yang berbatang lembut seperti batang keladi. Ia sebenarnya sejenis keladi. Daunnya berbentuk jejari. Bunganya berbau busuk manakala ubinya besar seperti bertekstur seperti isi keladi. Batang sarek berwarna hijau dengan tompok-tompok putih menyebabkan ianya dipanggil ubi ular di kawasan selatan kerana coraknya yang hampir menyamai kulit ular.
Pengarah Pertanian Pahang ada bertemu dengan beberapa orang asli dimana mereka kata ada menggunakan cecair yang didapati dari ubi lekir liar untuk dijadikan sebahagian dari campuran racun untuk sumpit mereka. Batang pokoknya boleh dicelur untuk dijadikan ulam, boleh dimasak lemak atau boleh juga dijadikan sayur.
Dalam beberapa tulisan yang penulis blog rujuk dikatakan dimana ubi sarek atau ubi kekek adalah sejenis keladi. Ia juga boleh didapati tumbuh liar dan ditanam di India, Indo-China, Filifina, Indonesia dan Thailand.
Ubi sarek biasanya tumbuh liar di Malaysia dan ia jarang dimakan sebab mengandungi kalsium oksalat yang tinggi dan ubi ini sangat gatal. Walaupun gatal dan mungkin beracun, Namun rasa gatal dapat disingkirkan dengan cara merendam ubi yang telah direbus ke dalam air mengalir sebelum ditumbuk dan dimasak sekali lagi untuk dimakan. Di Kelantan ubi ini selalunya dijadikan campuran untuk bubur Asyura selain juga dijadikan pengat dan direbus untuk dimakan.
Pokok adalah jenis pokok bermusim dan biasanya ia akan tumbuh selepas musim hujan dan akan mati bila sampai masanya. Dilaporkan pada musim kemarau panjang pokok ini juga akan menjadi 'dorman' atau mati jika kekurangan air. Pokok ini akan hidup subur di kawasan lembab dan redup didalam hutan belukar.
Ketinggian pokok in boleh mencapai sehingga 1.5m dimana dari jurnak yang saya rujua dilaporkan memang ada lebih 80spesis Amorphopallus di seluruh negara tetapi hanya dua spesis yang mempunyai kepentingan sebagai makanan. Di Selangor ia dikenali dengan nama ubi ular kerana batangnya mempunyai cork seperti ular. Ubi dan batang pokok ini boleh dijadikan makanan yang lazat melalui penyediaan tertentu.
Di sesetengah negara seperti Cina dan jepun ubi kekek diproses dan dijadikan makanan seperti tauhu, manakala di jepun pula, tepung yang terhasil darinya dijadikan makanan seperti bihun. Ia juga dijadikan makanan ikan. Ada spesies tertentu ubi sarek atau ubi kekek ini boleh dijadikan ubat pupuk.
Ubi ini direbus beberapa lama, ditumbuk halus, dikeringkan dan dimasak. Cara betul untuk menghilangkan racun adalah dengan merendam ubi yang telah direbus dengan air mengalir sebelum ditumbuk dan dimasak sekali lagi sebelum dimakan.
Selain daripada itu tumbuhan ini juga menarik untuk dijadikan hiasan taman kerana bentuk daunnya yang unik dan bunganya yang luar biasa.
Sumber : https://animhosnan.blogspot.com/2020/08/ubi-sarek-apa-dia.htm & https://www.melur.com/direktori-tumbuhan/ubi-sarek/
Catat Ulasan