Bawang putih telah menjadi satu bahan utama dalam kebanyakan masakan di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Bawang putih terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kesihatan.
Bukan sahaja berguna di dapur, bawang putih juga bagus untuk menjaga kecantikan kulit. Kandungan antioksida yang tinggi dalam bawang putih menjadikan rempah ini sangat popular. Malah ada yang sanggup makan bawang putih mentah untuk merasai khasiat semula jadi rempah ratus ini.
Baiklah, kami tidak akan meminta anda mengunyahnya mentah, jangan risau. Namun, kami memperkenalkan beberapa kebaikan dan cara menggunakan bawang putih dalam dunia kecantikan.
Sebagai Scrub Wajah
Scrub yang diperbuat daripada bawang putih ini boleh menjadikan kulit lebih licin dan lembut. Bahan-bahannya agak mudah untuk dibuat, anda hanya perlu bergantung pada strawberi, minyak pokok teh, air panas dan oatmeal.
Caranya adalah campurkan semua bahan dengan bawang putih yang dicincang halus. Urut pada muka 2-3 minit kemudian biarkan ia kering sedikit. Terasa agak pedih dan mencucuk-cucuk di muka, tahan dulu.
Bilas dengan air panas dan pencuci muka. Kemudian selesaikan dengan air sejuk. Jerawat kering.
Jerawat sangat menjengkelkan dan tidak pernah hilang di muka? Anda boleh hancurkan bawang putih kemudian sapu sedikit pada bahagian jerawat. Biarkan sekejap.
Rasanya juga akan menusuk-nusuk dan sedikit pedih. Walau bagaimanapun, jerawat akan lebih cepat kering dan hilang dalam beberapa hari. Lakukan ini sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Tetapi, perkara yang perlu diingat ialah jangan sekali-kali memicit jerawat yang meradang supaya ia tidak meninggalkan kesan di muka anda.
Membantu Mengurangkan Rambut Gugur
Bawang putih dapat membantu pertumbuhan rambut. Ia mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi seperti vitamin B6 dan C, manganese dan selenium. Kesemua vitamin dan mineral ini berperanan bagi mengekalkan kesihatan rambut.
Tambahan pula, sifat antibakteria dan antifungas yang terdapat dalam bawang putih juga menyumbang kepada kesihatan rambut kerana sifat-sifat ini membantu untuk membunuh kuman dan menjadikan kulit kepala lebih sihat.
Sama seperti lelaki, wanita juga kerap mengalami masalah keguguran rambut. Bezanya mungkin lelaki lebih ketara dan mengalaminya lebih teruk.
Mengatasi keguguran rambut juga boleh menggunakan bawang putih. Tetapi kali ini lebih baik menggunakan minyak bawang yang diurut pada kulit kepala sebelum tidur. Lama kelamaan, rambut akan menjadi lebih subur dan keguguran akan berkurangan secara drastik.
Kesimpulan
Begitu banyak khasiat bawang putih baik dalam dunia kesihatan mahupun kecantikan. Tidak hairanlah, jika harga bawang putih melambung tinggi kebelakangan ini. Walaupun begitu, tidak ada salahnya untuk memperolehi khasiat semulajadi bawang putih ini, kerana ia lebih selamat dan mesra alam.
Bawang putih merupakan salah satu bahan utama dalam masakan. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti mengawal paras gula, kolesterol, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta mengekalkan kesihatan rambut.
SUMBER
Catat Ulasan