Terkini

Mengalami Sakit Pada Tapak Kaki Apabila Bangun Tidur Mungkin Plantar Fasciitis (Radang Fascia Tumit)

Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula-mula bangun dari tidur? Sakitnya kadang- kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Makan panadol pun tak jalan. Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit, sakit tu hilang.



Jika betul, anda mungkin ada plantar fasciitis. Penyakit radang fascia plantar kaki ini disebabkan pemendapan calcium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.


Ianya sering terjadi pada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, yang bekerja berdiri atau berjalan lama, berumur lebih 40 tahun dan mereka yang memakai high heels. Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.


Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan iaitu cengkam objek menggunakan jari kaki, senanam lengkukkan tapak kaki, kerutkan tuala, jinjit kaki (3 kali jinjit dalam satu masa selama beberapa saat), jalan jinjit beberapa minit sehari, berdiri satu kaki, guling benda bulat dan tarik dengan menggunakan tuala senanam ini untuk mengurangkan risiko mendapat radang plantar fasia ini.



Sakit tumit selalunya lebih teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur kerana pada waktu pagi tisu tumit menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu itu menjadi longgar dan sakit berkurangan.


Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama. Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat.


Ada petua-petua selain di atas iaitu dengan mengamalkan berjalan kaki ayam di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Dengan menyediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu.


Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya. Sebaiknya bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.


SUMBER

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)