Terkini

Produk Timbang Kilo Bahayanya Jika Diambil Secara Berterusan

Banyak soalan di terima kenapa tiada pemantauan dari pihak berkuasa? Ini jawapan bagi paling win selalunya peringkat pertama dan kedua sample yg di beri adalah bebas bahan terlarang untuk mengaburi operasi mereka yg tidak bertanggungjawab.Seterusnya barulah pengeluaran OUT dari sepatutnya.



Produk baru tumbuh bagaikan cendawan. Jangan gadaikan kesihatan dan kecantikan diri semata-mata nak cantik sepantas kilat.


Saya merupakan salah satu orang yang telah menggunakan produk timbang kilo yang di jual di kedai kosmetik berdekatan di rumah saya. Banyak produk yang telah saya gunakan demi mencantikkan muka saya sanggup menghabiskan duit dengan membeli produk tersebut untuk menghilangkan jerawat.


Saya juga tidak membaca terlebih dahulu kesan apabila kita memakai produk timbang kilo yang banyak mengandungi bahan kimia. Memang la dapat hasil yang cepat tetapi dapat memudaratkan kita kelak nanti. Saya sarankan kepada semua orang terutama wanita yang ingin kulit yang cantik berhentilah menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia seperti merkuri kerana kulit akan merangsang serta menyebabkan kerosakkan buah pinggang dan sistem saraf diserap dalam salur saraf.


Selain itu juga terdpat juga bahan kimia seperti hidrokuinon yang dapat menjadikan kulit kita hipersensitif dan menggurangkan pigmentasi yang mengakibatkan pendedahan kulit kepada sinar uv yang merbahaya.



Selepas itu, betamerthasome valerate, merupakan bahan terlarang yang boleh menyebabkan kulit merangsang dan perubahan pigmentasi. Biasannya bahan yang saya ulas diatas tadi dimasukkan ke dalam krim pemutih serta produk kosmetik lain secara tidak sah.


Terdapat satu lagi bahan yang berbahaya seperti tretinoin yang dapat menjadikan kulit menggelupas , bahan ini terdpat pada krim jerawat.



Saya sebagai bekas pengguna produk timbang kilo menyarangkan anda semua bertukarlah produk kepada produk yang lebih baik. Berhentilah memakai skincare yang dapat memudaratkan kita. Dapakan skincare yang bagus di kedai Watson, guardian ataupun mana mana kedai yang dipercayai tetapi bukan kedai kosmetik yang murah.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)