Karang gigi adalah plak yang mengeras di gigi. Karang gigi ini tak hanya merosakkan penampilan malah turut mengundang pelbagai penyakit mulut yang lain. Cara membersihkan karang gigi ini juga bukannya mudah.
Kami kongsikan beberapa info berkaitan karang gigi ini iaitu maksud karang gigi, jenis karang gigi, karang gigi puncanya kerana apa, cara menghilangkan karang gigi, cara mencegah karang gigi dan lain-lain tambahan info yang berkaitan.
Karang gigi ini merujuk kepada plak yang melekat pada gigi dalam english disebut sebagai dental calculus (kalkulus) yang berlaku disebabkan oleh tahi gigi yang tidak dibersihkan dengan sempurna pada gigi.
Tahi gigi yang melekat pada gigi ini boleh mengeras di permukaan gigi hingga terbentuknya karang. Ada karang gigi hitam warnanya dan kadangkala boleh tercabut sendiri (serpih dan tertanggal dari gigi).
Maksud karang gigi merupakan satu lapisan biofilm lembut tanpa warna yang mengandungi pelbagai jenis bakteria. Dalam dunia perubatan pergigian terdapat beberapa penyakit gigi ini seperti plak, karang gigi, tartar dan ada yang mengeras.
Jika tidak diberi perhatian akan berubah menjadi tartar dan boleh meningkatkan risiko kaviti dan penyakit gusi yang serius. Bukan hanya berlaku pada orang dewasa, ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak.
Punca berlaku dari penumpulan sisa makanan (tahi gigi) yang ada pada gigi dalam jangka masa yang lama. Biasanya ini disebabkan oleh sisa makanan yang tidak dibersihkan, terutama pada kawasan yang agak sukar dicapai oleh berus ketika menggosok gigi.
Selalunya karang gigi ini sering muncul pada bahagian gigi hadapan di bahagian sebelah dalam gigi. Tempat lain, karang gigi selalu berlaku pada bahagian gigi geraham rahang atas (sisi bahagian luar gigi atas). Pembentukan karang gigi bermula dari plak disebabkan pengerasan atau mineralisasi (mineralisation).
Bila plak dibiarkan lama-lama tanpa sebarang rawatan, plak ini akan mengeras sebab dalam air liur kita ada kalsium. Kalsium ini bila bersatu dengan plak akan terjadilah proses mineralisasi atau pengerasan plak tadi dan terbentuklah karang gigi ini.
Proses mineralisasi ke tahap pengerasan dalam waktu 4 hingga 8 jam. Saat bercampur plak dengan garam mineral yang ada di dalam air liur, ia dapat merosakkan tekstur gigi hingga boleh menyebabkan bintik hitam pada gigi hingga tahap mereput (karies).
Rawatan yang diperlukan pergi klinik gigi jumpa doktor dan buat proses scaling (cuci) setiap 2 kali setahun, di Klinik Pergigian menggunakan scaler (alat khas untuk menghancurkan karang gigi). Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan kumur guna listerine setiap kali selepas gosok gigi.
Jenis karang gigi terbahagi kepada dua jenis iaitu Supragingival dan Subgingival. Karang gigi supragingival ini biasanya muncul mulai dari garis gusi sampai permukaan area kunyah gigi. Karang gigi subgingival ini pula terletak mulai dari garis gusi dan masuk ke dalam gusi ke arah akar gigi.
Karang gigi harus segera dibersihkan kerana plak gigi ini boleh menyebabkan beberapa kesan lain pada gigi seperti mulut berbau busuk, gigi berlubang, gusi bengkak, gigi mereput, radang gusi periodontal dan periodontitis (bakteria masuk ke dalam darah).
Masalahnya karang gigi ini sukar untuk dihilangkan dengan mudah walaupun sudah dibersihkan guna berus gigi berulang-ulang kali.
Berdasarkan pencarian internet, ada beberapa petua cara untuk menghilangkan karang gigi ini sendiri di rumah jika takut nak berjumpa dengan doktor gigi.
Cara-cara ini boleh dianggap sebagai petua hilangkan karang gigi secara alami namun tahap keberkesanannya tak pasti. Jika rasa berani nak cuba, silakan. Jika rasa tak berani nak cuba, ada baiknya terus berjumpa dengan doktor gigi.
Bersihkan dengan Benang (flossing) salah satu cara membuang karang gigi adalah dengan menggunakan benang (dental floss). Produk ini sangat berkesan untuk membersihkan celah-celah gigi dan pada bahagian terdalam gigi yang susah untuk digosok dengan berus gigi. Harga Benang Floss dalam RM0.80 hingga RM3, boleh beli di Shopee atau farmasi.
Hendaklah rajin membersihkan lidah,tidak tahu nak bersihkan dengan apa, boleh beli Tongue Cleaner. 50 peratus bakteria di dalam mulut bersarang pada permukaan lidah. Bakteria pada lidah ini apabila bercampur dengan air liur akan membentuk plak gigi di atas permukaannya.
Bagi perokok tegar bukan saja boleh menganggu fungsi jantung dan payu-payu, malah dapat menyebabkan masalah mulut berbau dan plak pada gigi jadi berhentilah merokok. Kandungan bahan kimia dalam rokok dapat menyebabkan pembentukan karang hitam pada gigi.
Cara menghilangkan karang gigi dengan baking soda merupakan salah satu petua untuk hilangkan plak dan karang gigi. Caranya mudah saja. Hanya perlu gosok gigi seperti biasa cuma gantikan pasta ubat gigi itu dengan baking soda yang dicampur dengan garam. Campur sebati keduanya dan celupkan berus gigi ke dalam bekas yang berisi soda bikarbonat dan garam ini. Sikat gigi seperti biasa selama selama lebih kurang 2 minit dan kumur dengan air bersih.
Selain soda bikarbonat, daun sirih juga dikatakan dapat membantu menghilangkan plak dan karang gigi. Dauh sirih juga dapat membantu menghilangkan masalah bau nafas mulut yang berbau busuk. Caranya, ambil sehelai daun sireh dan sebatang bunga cengkih. Tumbuh keduanya sehingga separuh lumat dan kunyah bahan campuran tersebut sebagai rutin harian. InshaAllah masalah karang gigi berkurang dan nafas juga akan kembali berbau segar.
Rutin minum air putih (Air kosong) juga dapat membantu mengurangkan karang gigi. Air liur mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Permukaan lidah pula mengandungi bakteria. Maka, amalan rajin minum air kosong ini dapat membantu melawan bakteria penyebab jangkitan di mulut.
Selain soda bikarbonat dan daun sirih, cuka putih juga boleh membantu mengurangkan masalah karang dan plak gigi. Caranya dengan mencampurkan 2 sudu cuka putih ke dalam secawan air panas. Kemudian tambahkan satu sudu garam dan daun sebati semuanya. Gabungan cuka bersama garam ini boleh digunakan sebagai bahan kumur. Buat sehari sekali secara teratur. InshaAllah boleh kurangkan masalah plak yang menebal pada permukaan gigi.
Minyak kelapa atau minyak zaitun sangat bermanfaat untuk melindungi gigi. Kaedah bersihkan karang gigi dengan minyak ini disebut sebagai oil pulling. Keadah ini merupakan cara membersih mulut secara tradisional yang diamalkan oleh masyarakat di negara India.
Caranya hangatkan 1 sudu makan minyak kelapa kumur minyak kelapa di sekitar mulut selama 5 hingga 10 minit dan ludahkan minyak dari mulut lalu berkumur secara berulang kali dengan air bersih.
Selain itu, boleh juga amalkan makan vitamin c untuk tingkatkan daya tahan tubuh. Amalan makan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin c turut membantu mengurangkan masalah plak dan karang gigi.
Ada beberapa ubat gigi untuk karang gigi di pasaran seperti ubat gigi herba dan Sensodyne (bagus untuk gigi sensitif dan gigi ngilu). Ubat gigi Sensodyne untuk karang gigi boleh di beli dari Shopee atau mana-mana farmasi yang berhampiran.
Kebersihan mulut merupakan satu aspek penting yang perlu dijaga. Kawalan karang gigi merupakan salah satu bahagian penting dalam menjaga kesihatan gigi dan gusi.
Bakteria yang berkumpul dalam mulut ini boleh menyebabkan masalah gigi berlubang termasuk pertumbuhan karang pada gigi.
Jika takut untuk berjumpa dengan doktor gigi, boleh cuba cara bersihkan karang gigi mengikut petua yang dikongsikan tadi. Jangan dibiarkan kerana plak dan karang gigi ini boleh berubah menjadi tartar hingga dapat meningkatkan risiko kaviti dan penyakit gusi.
Semoga bermanfaat.
SUMBER
Catat Ulasan