Terkini

Tips Penjagaan Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

Dalam Islam, tudung atau kerudung ataupun dikenali sebagai hijab merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita.Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."



Kali ini saya nak kongsikan tips penjagaan rambut supaya cantik dan sihat walaupun bertudung, ada orang kata susah la jaga rambut kalau bertudung. Sebenarnya, bertudung lagi senang nak jaga rambut daripada rosak akibat terkena cahaya matahari atau pencemaran. Melakukan rutin harian atau mingguan ini lagi lah memudahkan kita jaga rambut kita daripada rosak dan rapuh serta gugur.


Cuci rambut secara berkala disarankan selang sehari untuk cuci rambut. Tapi kalau rasa kulit kepala berminyak atau tak selesa. Boleh saja cuci setiap hari. Sambil cuci tu urut kulit kepala. Pasti rasa lega "Me Time" dalam bilik mandi gitu.


Pilih syampu dan perapi yang betul dan tepat ikut jenis rambut. Nak bagus pergi salon rambut. Nanti dia akan cadangkan syampu dan perapi jenis apa yang sesuai dengan rambut kita. Elakkan cuci rambut dengan air hangat atau suam kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilas dengan air sejuk untuk melembutkan kutikel rambut.



Jangan pakai tudung ketika rambut masih basah. Pastikan rambut betul-betul kering sebelum pakai tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkannya berminyak.


Jangan terus cuci rambut lepas buka tudung. Lepas balik rumah penat-penat tu jangan terus cuci rambut. Buka tudung dan lepaskan rambut. Biarkan dahulu peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.



Jangan pakai anak tudung yang sama sebelum dicuci. Betul la kan kuman ke bakteria ke yang terperangkap pada rambut dan anak tudung tu yang buatkan rambut kita pun tak sihat.


Pilih gaya tudung yang tak terlalu tebal. Sekarang ni banyak fesyen tudung berlapis-lapis, tapi kalau nak jaga rambut, sebaiknya pilihlah gaya tudung yang tak tebal sangat lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang bernafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.


Boleh disarankan ambil supplemen untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.


Sepanjang memakai tudung, biasanya rambut diikat ketat. Justeru, apabila berada di rumah, lepaskannya selama yang boleh. Rambut yang kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan mengubah tekstur halusnya. Dalam masa bertudung itu, kalau ada peluang tanggalkan tudung (macam kat surau atau ketika ke tandas), bolehlah dilakukan urut ringan ke kepala untuk memberi kelegaan dan rasa relaks.


Selepas bersyampu, jangan culas memakai perapi rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.


Nak cantik kena lah usaha. Harap anak kecil dah lepas setahun dapatlah manjakan diri pula lepas ni. Sudah berusia kena bertambah cantik bukan untuk siapa untuk diri sendiri dan untuk suami juga kan.


SUMBER

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)