Terkini

PETUA MASAKAN YANG MUNGKIN ANDA TERLEPAS PANDANG

Petua dan tips dalam masakan amat berguna kepada sesiapa sahaja yang ingin memasak. Hal ini kerana, ia amat membantu anda untuk membaik pulih masakan dan juga untuk menjadikan masakan anda lebih seimbang dan sedap.



Jika anda tersilap sedikit dalam masakan, jangan cepat melatah. Ada banyak cara untuk membaiki masakan anda. Dengan cara ini anda dapat mengelakkan sebarang pembaziran.


Terdapat beberapa petua dalam masakan yang mungkin anda terlepas pandang dan ada juga yang belum tahu


Jangan risau, ada beberapa cara untuk anda selamatkan dan membetulkan masakan anda. Ini petuanya!



1. Mencuci Kerang Dengan Mudah


Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.


2. Jemput-jemput Sentiasa Lembut


Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.


3. Menghilangkan Pahit Peria


Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.


4. Ikan Tidak Melekat Dikuali


Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.


5. Tauhu Tidak Melekat Dikuali


Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.


6. Membersihkan Perut Lembu


Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.


7. Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama


Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama.


8. Segarkan Taugeh


Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.


9. Timun


Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Ini kerana, timun dapat mengurangkan rasa pedas.


10. Garam


Jangan letak garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk. Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal dalam masakan.


11. Buah Keras


Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan. Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana ia mampu membuatkan seseorang sakit perut ketika menjamah masakan anda. Sukatan yang paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.


12. Asam Gelugor


Masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.


13. Bawang putih


Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi. Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan membuatkan beras atau nasi berbau wangi.


14. Tebu


Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup. Sup tulang akan lebih ‘kaw’ dan bertambah sedap.


15. Limau Kasturi


Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian, potong limau kasturi dan gaul bersama ikan berserta air asam jawa. Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang.


Kredit Facebook : Inspirasi Resepi


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)