Pentingnya usahawan mendaftar entiti perniagaan mereka supaya ia lebih diyakini serta dapat memenuhi syarat dari segala aspek seperti pembiayaan.
Masih ada berfikiran "berniaga sekadar suka-suka", tapi tahukah anda jika mempunyai entiti perniagaan ia lebih diyakini dan boleh berkembang dengan pelbagai inisiatif pembiayaan kerajaan.
Pendaftaran juga serendah RM30 untuk nama sendiri, RM60 untuk nama trade selama setahun. Kepada usahawan atas talian(Online) juga disarankan untuk mendaftar entiti perniagaan mereka supaya hak pengguna sebagai pembeli akan lebih terjamin dan dilindungi.
Bagaimana Mendaftar Perniagaan Atas talian?
Layari "https://ezbiz.ssm.com.my/" lalu tekan butang Sign Up untuk pendaftaran akaun.
Isi butiran peribadi seperti yang diminta lalu tekan butang "Register" seterusnya ikut sahaja langkah-langkah yang diberi seperti isi maklumat alamat, nombor telefon dan emel.
Cara Aktifkan User ID ezbiz.ssm.com.my
Nampaknya SSM masih memerlukan pengesahan anda untuk aktifkan fungsi portal ezbiz tersebut. Jangan khuatir kita ikut sahaja arahan yang diberi dengan menekan butang Download Manual kerana semua sudah diberitahu didalam tu.
Secara ringkas untuk pengesahan portal ezbiz ini mempunyai dua kaedah iaitu melalui temujanji panggilan video Whatsapp oleh pegawai SSM atau hadir di cawangan berdekatan untuk pengesahan.
Daftar Entiti Perniagaan Secara Online
Tekan "My Business Services > New Business" lalu isikan segala maklumat yang diminta contoh seperti nama perniagaan dan lain-lain yang diperlukan. Akhir sekali lakukan pembayaran secara atas talian dan tunggu beberapa jam untuk keputusan lulus atau tidak.
Diatas ini adalah langkah-langkah ringkas untuk mendaftar entiti perniagaan milikan tunggal (enterprise). Tapi kalau untuk syarikat berstatus Sdn. Bhd / Berhad anda haruslah mencari khidmat pendaftaran yang bertauliah kerana mempunyai tahap prosedur yang lebih sukar.
Catat Ulasan