Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah menambah baik perkhidmatan mereka dengan mewujudkan sistem temujanji demi mengurangkan masa menunggu.
Anda juga dibenarkan hadir secara Walk-In cuma di beberapa cawangan perlu beratur panjang untuk menerima nombor giliran masing-masing memandangkan mereka memberi keutamaan kepada yang mempunyai temujanji.
Berdasarkan pengalaman penulis ketika berurusan di UTC Pudu, Kuala Lumpur tempoh hari kelihatan jumlah Walk-In sangat sesak beratur menunggu giliran sehingga ke petang.
Pastikan anda telah buat temujanji secara atas talian sebelum hadir berurusan di kaunter JPN supaya dapat menjimatkan masa menunggu yang begitu lama dengan cara layari laman sesawang seperti dibawah.
mytemujanji.jpn.gov.my
Sila baca panduan dan arahan yang diberikan supaya anda boleh membuat persedian sebelum hadir ke kaunter JPN.
Syarat Permohonan
- Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
- Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.
- Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga.
**Berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.
[Kemaskini 1Jan23]
Kepada yang mempunyai baki Touch N Go(TnG) dalam IC(lama) pastikan anda meminta slip TnG dari kaunter JPN dan buat permohonan atas talian melalui pautan portal yang disediakan diatas.
Sediakan maklumat seperti serial number TnG kad pengenalan(lama), korang lengkapkan sahaja maklumat yang diminta dalam borang tu lepas tu diorang akan proses dalam masa 30 hari bekerja.
Sumber :- https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan/mykad-tukar-alamat
Catat Ulasan