Terkini

Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

Apakah Yang Menjadikan China Begitu Menarik Kepada Pengeluar?

5:11:00 PTG

China adalah sebuah negara yang mempunyai industri pembuatan yang kukuh dan mempunyai kelebihan daya saing dalam pengeluaran pelbagai jenis barangan termasuk barangan pengguna dan produk industri. Beberapa faktor menyebabkan China mempunyai sektor pembuatan yang besar.



Penduduk yang ramai dan kadar gaji yang rendah menjadikan kos pengeluaran di China lebih murah sekaligus menjadikan syarikat global memilih pengeluaran produk mereka dari negara itu.


Pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak beberapa dekad yang lalu membuatkan negara itu telah melabur dengan ketara dalam pembangunan infrastruktur, seperti rangkaian pengangkutan, pelabuhan dan kemudahan logistik. Infrastruktur yang baik ini memudahkan syarikat dalaman menjalankan aktiviti pengeluaran dan pengedaran.



Bukan itu sahaja malah kerajaan China juga telah melaksanakan pelbagai dasar untuk menggalakkan pertumbuhan sektor pembuatan. Ini termasuk insentif cukai, subsidi dan birokrasi yang dikurangkan untuk memudahkan penubuhan syarikat.


Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa perubahan dalam dinamik industri global dan dasar ekonomi boleh menjejaskan kelebihan daya saing China dalam sektor pembuatan. Perubahan dalam kos buruh, peraturan perdagangan antarabangsa dan perkembangan teknologi juga boleh memainkan peranan dalam mengubah landskap pembuatan global.


Dunia Di Ambang Krisis Makanan, Bersediakah Kita?

4:31:00 PTG

Pakar-pakar bidang pertanian dan ekonomi telah lama memberi amaran berhubung keselamatan makanan pada masa ini berada di paras membimbangkan.



Konflik diantara negara kuasa besar juga memainkan peranan ekoran berlakunya aktiviti sekatan ekonomi termasuk bahan mentah.


Masalah konflik di negara luar boleh memberi kesan buruk terhadap aktiviti export/import dimana harga barangan menjadi mahal sekaligus tekanan inflasi bagi sesebuah negara atau bakal memberi kesan buruk di seluruh dunia.



Berkaitan masalah ini kerajaan Malaysia yang ditakbir oleh Ismail Sabri telah bersetuju untuk memansuhkan cukai AP import bahan makanan serta merta bagi mengatasi kenaikkan harga makanan.


Pakar ekonomi berpendapat Malaysia harus perhalusi cara melariskan barangan tempatan dengan kawalan harga yang maksima supaya dapat bersaing dengan harga dan kualiti barangan import.


Secara tidak langsung Malaysia juga banyak bergantung pada barangan import berbanding barangan tempatan dengan alasan barangan import lebih murah dan berkualiti.


Isu kenaikkan harga barang secara mendadak mungkin disebabkan aktiviti menyorok bekalan dari peringkat pemborong namun permasalahan ini sedang disiasat oleh KPDNHEP.


Nasihat supaya pengguna tidak membuat pembelian panik seperti yang pernah berlaku sebelum ini ketika negara sedang menghadapi masalah pandemik Covid-19.


Advertisement

2.000 Anggota Bomba New York Ambil Cuti Sakit Tanda Protes Vaksin - Covid19

3:04:00 PTG

35% peratus daripada pasukan polis Chicago belum melaporkan status vaksin mereka pada tarikh akhir 15 Oktober. Dua minggu lalu, separuh daripada pegawai Chicago akan menghadapi masalah cuti tanpa gaji jika masih menolak vaksin.


Seorang doktor Houston berkata ICU di hospitalnya adalah "seperti zon perang." Di seluruh bandar, hospital sedang mendirikan khemah sebagai persediaan menghadapi gelombang Delta yang mengisi ICU mereka.


Memandangkan kes COVID "meningkat" di Mississippi, negeri ini terpaksa membuka semula hospital terbuka yang terletak di ruang tempat letak kereta. Hospital Oklahoma kehabisan ruang dan tiada katil ICU pediatrik di utara Texas . Seorang lelaki di Houston yang ditembak enam kali minggu lalu turut masih menunggu pembedahan kerana tiada katil disediakan.



Dapatkah anda bayangkan bagaimana situasi semasa di luar negara berbanding di Malaysia yang boleh dianggap masih aman dan teratur terutama dari sektor perubatan dan kebajikan rakyat.


Dan seperti yang kita tahu masalah golongan yang menolak vaksin ini tiada penghujung sehingga para pemimpin menawarkan pampasan atau skim perlindungan untuk penerima vaksin dimasa akan datang dan khabarnya Malaysia telah mula memberi suntikan dos ke-tiga kepada.



Advertisement

Ramadan Semakin Hampir Namun Masih Membimbangkan : Covid-19

11:37:00 PTG

Sekian lama menyepi menyesuaikan diri dalam suasana perintah kawalan pergerakan(PKP) ini maka sudah tibanya untuk mengisi secebis masa lapang di dalam posting ini mengenai ramadan yang semakin hampir.



Pada ketika ini kita semua tidak tahu sampai bilakah perintah kawalan pergerakan(PKP) akan berlanjutan bagi memastikan negara dan kawasan-kawasan zon merah sudah dibersihkan secara menyeluruh.


Dengarnya perniagaan bazaar ramadan juga akan menjadi atas talian jika wabak ini berlanjutan, cuba bayangkan umat Islam masih tiada solat jumaat, solat tarawih mahupun solat aidil fitri perghh boleh rasa sebak pula.



Aku mengambil kesempatan pergi ke mini market ketika musim (PKP) terlihat rak-rak yang sebelum ini dipenuhi dengan barangan keperluan namun hari ini kosong dan terlajak laris apakah ia dipanggil pembelian panik?



Namun mini market khas bahagian basah pula buat masa ini masih lagi terkawal kecuali datang waktu petang, mungkin ada golongan jenis beli barangan basah secara harian atau 3 hari sekali.


Seterusnya cubaan aku membuat pembelian atas talian juga kelihatan membimbangkan kerana barang masih lagi berada di hub syarikat penghantaran. Korang bayangkan jika ada golongan cuba membuat pembelian makanan/minuman secara atas talian tapi tidak sampai-sampai juga dan akhirnya terpaksa beratur memasuki pasaraya dengan itu perintah kawalan pergerakan ini akan kelihatan semakin longgar kerana masih membenarkan individu keluar membuat pembelian.


Pesanan ringkas dalam posting ini 'Kekal dirumah / Stay at home'.


Bagaimana Maklumat Kita Di Explotasi Demi Keuntungan?

3:12:00 PTG

Sebelum tibanya zaman penggunaan telefon pintar dan internet yang meluas, maklumat data kita boleh sahaja dibocorkan dari helaian kertas borang yang berada di pasaraya atau institusi pinjaman.



Zaman itu jika masih ingat mereka menawarkan pelbagai hadiah demi menarik perhatian pelangan sambil itu kita juga disuruh mengisi borang seperti nama, kad pengenalan, no. telefon paling menarik ada yang sampai minta alamat rumah konon senang nak buat penghantaran hadiah jika menang cabutan.


Tahukah anda konsep diatas masih diguna pakai sehingga ke hari ini walaupun ramai yang sudah mula sedar akan sendiket ini.



Sekarang boleh dikatakan semua orang berada dalam rangkaian yang sama dan secara tidak sengaja telah berkongsi maklumat peribadi antara satu sama lain.


Saya memerhati ada yang sampai sudi berkongsi gambar lokasi kediaman secara sukarela maklumlah nak dapat reaksi dari pengikut katanya.


Disebabkan perubahan zaman terlalu cepat maka dengan tidak sengaja ramai yang menjadi hamba teknologi secara tidak diketahui dengan alasan untuk menjaga pengikut mereka dan sebagainya.



Tahukahh anda kes penipuan dan jenayah atas talian dilaporkan terus meningkat disebabkan manusia hari ini berada didalam rangkaian yang sama dan mudah menjadi mangsa.


Adakah kita sedar akan perkara ini atau terus leka dalam dunia internet tanpa menghiraukan apa² demi populariti.


Belum cerita tentang 'Big Brother' lagi, dalam diam² mereka buat duit dengan apa yang kita pernah kongsikan di internet.


Nak tahu apa 'Big Brother' boleh buat dengan maklumat kita yang didapati secara percuma tunggu posting akan datang.


Pelakon Power Rangers 'Pua Magasiva' Ditemui Mati di New Zealand Pada Usia 38 Tahun

7:20:00 PG

Pua Magasiva, yang telah membintangi beberapa siri televisyen Power Rangers serta Soap Opera Shortland Street, telah meninggal dunia berusia 38 tahun.



New Zealand, polis dipanggil ke rumah di Wellington, awal pagi Sabtu, di mana mereka mendapati pelakon itu tidak menyedarkan diri.


urucakap polis memberitahu media tempatan bahawa mereka mendapati "tidak ada keadaan yang mencurigakan pada kematiannya," dan akan merujuk kes itu kepada penyakit jantung koronari dimana boleh menyebabkan kematian mengejut.



Magasiva dan Sadler berkahwin pada April lalu, hampir 10 bulan selepas pertemuan pada bulan Oktober 2016, menurut Flava, sebuah stesen radio New Zealand di mana Magasiva telah menjadi tetamu jemputan di sebelah pagi sebelum kematiannya.


<,p>Magasiva, yang dilahirkan di Samoa tetapi dibesarkan di New Zealand, memainkan watak sebagai Ranger Merah pada drama bersiri Power Storm Ninja Storm tahun 2003 serta Power Rangers Dino Thunder tahun 2004.


Dia juga pernah memainkan peranan dalam drama lama Shortland Street dari 2003-06, dia membintangi siri ini sebagai jururawat Vinnie Kruse-Miller dan kemudian kembali untuk memainkan peranan yang sama dari 2011-2018.


Berikutan berita kematian Magasiva, ramai rakan-rakan pelakon dan bekas bintang-bintang teringat dia dalam penghargaan yang tulus.


Penulis dulunya semasa kanak-kanak riang juga suka menonton Power Rangers di layar tv sehingga merasakan jalan cerita mereka adalah sama setiap siri oleh kerana itu membuat keputusan untuk tidak lagi menonton Power Rangers ciptaan barat kerana selalu di tayangkan waktu senja dimana umat Islam sedang sibuk mempersiapkan diri untuk solat Maghrib.


Posting ini ditulis hanyalah sekadar menyampaikan maklumat dari luar negara kepada pembaca tempatan yang meminati siri Power Rangers.


Kecoh! Telenor (Digi) Bergabung Bersama Axiata (Celcom), Adakah Akan Memberi Kesan Buruk?

10:41:00 PG

Syarikat gergasi telekomunikasi bergabung kecoh kerana Telenor memiliki saham terbesar Axiata selepas khazanah terpaksa melepaskan beberapa peratus sahamnya.



Bukan nak cerita seperti kita tahu segalanya tentang dunia korporat tetapi rata-rata yang sedang memekak di media sosial tu agaknya mereka tahu ke selok belok urusan perniagaan atau sekadar menjadi pengguna semata-mata. Tahukah kita dalam perniagaan yang berstatus korperat hanyalah gah pada namanya sahaja namun secara sedar atau tidak pemiliknya sering sahaja bertukar tangan mengikut peredaran zaman iaitu dari era GSM, 3G, 4G, 5G.


Jadi yang menjadikan ia sebuah perniagaan menguntungkan atau tidak adalah bergantung dari keputusan setiap pemegang saham dimana adakah mereka bersetuju untuk menaik taraf akan setiap perancangan yang di bentangkan oleh pengurus syarikat. Jika tidak besar kemungkinan pelangan akan port in ke syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej lebih menarik dan mengikut citarasa keperluan masa kini.



Khabarnya syarikat gergasi telekomunikasi yang sudah bertapak lama turut membuka peluang perniagaan kepada syarikat MVNO bagi memperluaskan lagi perkhidmatan sambil mengaut keuntungan dari hasil sewaan pencawang. Manakala apa yang kami dapati kebanyakkan syarikat MVNO lebih kearah program multi level marketing atau dikenali sebagai simkad menjana pendapatan iaitu pengguna boleh menjana pendapatan dengan menawarkan simkad mereka kepada orang ramai.


Namun kebanyakkan program itu ada pasang surutnya sambil mengikut peredaran zaman disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti tawaran pakej internet, panggilan dan SMS yang lebih mahal dari pasaran serta pernah juga sekeping simkad dijual dengan harga dari RM10 - RM100 mengikut sesuatu tahap iaitu dari pengguna sehinggalah mencecah tahap pengedar.


Saya tidak mahu menyebut senarai nama syarikat yang menawar program multi level marketing itu tetapi kepada sesiapa yang ingin cuba dipersilakan cuba sebabnya mindset di Malaysia jika nak berjaya harus berani berniaga atau menjual dengan orang walaupun adakala ia tidak mendatangkan keuntungan kepada pelangan.


Berbalik kepada isu yang sedang panas atau sengaja dipanaskan ini, pada kami ia hanyalah sebuah perniagaan yang sebahagian saham sebelum ini dimiliki oleh syarikat kerajaan semasa Barisan Nasional memerintah dan setelah bertukar kerajaan ia telah dijual semula dan kini dimiliki oleh syarikat Telenor dari Norway dan berkemungkinan ada pekerja yang akan diberhentikan kerja secara VSS atau MSS.


Berbalik kepada netizen yang sedang bersedih tu adakah anda sedang menggunakan perkhidmatan Celcom? Jika tidak, tak perlulah bersedih kerana segala keuntungan itu sama sekali tidak akan masuk ke poket anda kecuali anda adalah sebahagian dari pemegang saham Axiata. Akhir sekali adakah syarikat MVNO akan terkesan haa yang itu kena tunggu berita seterusnya dari pihak Telenor sama ada ingin meneruskan kontrak atau pun tidak, katakan Telenor tidak mahu meneruskan maka selamat tinggal kepada syarikat MVNO yang sedia ada atau sudah boleh menghantar proposal kepada syarikat gergasi telekomunikasi yang lain.


Siapa yang tidak bersetuju akan posting ini atau mempunyai kesalahan maklumat dipersilakan luahkan pendapat anda pada ruang komen dibawah semoga ia bermanfaat untuk orang lain.


Facebook, Instagram Dan WhatsApp Down Seluruh Dunia

8:19:00 PTG

Tiga rangkaian media milik Mark Zuckerberg semuanya mengalami masalah sejak pagi untuk pengguna di seluruh dunia. Facebook dan Instagram tidak dapat diakses manakala mesej WhatsApp juga tidak berfungsi seperti biasa.



Oleh kerana kesemua Aplikasi diatas ini adalah dimiliki oleh seorang individu maka bila salah satu mengalami masalah pasti yang lain turut serta. Kami fikirkan masalah dari pihak telekomunikasi tempatan rupanya permasalahan itu datangnya dari sistem rangkaian mereka.


Adakah ini tanda-tanda platform milik Mark Zuckerberg akan berakhir tidak lama lagi? Perkara sebegini turut pernah terjadi dengan penyedia rangkaian media sosial sebelum ini dimana bila sampai masa pasti akan pihak penyedia akan mengalami permasalahan rangkaian.



Walaupun ia tidaklah memberi kepentingan buat mana-mana individu namun tanpa kita sedari platform rangkaian media sosial ini telah berjaya merantai kehidupan sesetengah pengguna tegar.


Ada diantara mereka bekerja sepenuh masa dengan menggunakan perkhidmatan dari Mark Zuckerberg contohnya WhatsApp dan Facebook Pages dimana rata-rata mempunyai pengikut tersendiri dan sekaligus membuatkan sedikit sebanyak keuntungan dari platform yang ada.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)