Terkini

Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan

Restoran Western Food Yang Memang Berbaloi - Puncak Alam

7:35:00 PTG

Kepada penggemar makanan western, anda perlu hadir untuk cuba setiap hidangan di sebuah restoran ini yang terletak di puncak alam.


J-Bros, sebuah restoran fokus kepada makanan western dimana telah menerima pujian dari penulis kerana mempunyai saiz hidangan yang besar dan puas sehingga terpaksa bungkus bawa balik kerana gagal menghabiskan.


Semasa kami hadir dapati tiada masalah dengan tempat letak kenderaan, begitu juga dengan ruangan meja makan yang agak mencukupi ketika itu dimana tidak perlu beratur panjang untuk menunggu giliran.


Setiap hidangan juga diterima dengan pantas tanpa perlu menunggu lama, ini paling penulis suka kerana restoran ini mempunyai ketangkasan dalam penyediaan makanan.


Seterusnya mereka juga menyediakan tempat khas bagi memudahkan pelangan bungkus baki makanan yang tidak habis supaya tidak menjadi punca pembaziran.


Berkaitan harga dengan saiz hidangan pula sebenarnya bagi penulis ia sangatlah berbaloi bagi yang hadir bersama keluarga disebabkan kenyang hingga tersandar. Walau begitu ada yang beri maklum balas dengan mengatakan hidangan agak mahal apa pun kepada sesiapa yang berhampiran atau teringin mencuba sangat dipersilakan.


Lokasi : https://maps.app.goo.gl/Rft3LoHkDEcv1Uyj9
 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)