Terkini

Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Filem Mrs. Chatterjee VS Norway - Inspirasi Dari Kisah Benar

8:06:00 PTG

Filem ini bergenre drama undang-undang berbahasa Hindi, ditulis dan diarahkan oleh Ashima Chibber. Dibintangi oleh Rani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta dan Jim Sarbh yang mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu.



Boleh tonton melalui platform seperti Netflix, jalan cerita sepanjang 2jam 13minit turut mempunyai subtitle dalam bahasa Melayu. Kisah filem ini adalah tentang Debika(Rani Mukerji) yang mengikut suami nya tinggal di Negara Norway. Kisah cerita ni bermula dari seorang sahabat Debika membuat aduan pada pihak berkuasa mengenai suami Debika yang sering memukul, mulai dari itu pihak Kebajikan Norway selalu datang melawat ke rumah mangsa dan untuk pengetahuan anda undang-undang di Negara Eropah ini sangat ketat sehingga cubit anak pun tidak dibenarkan.


Ada dua orang wanita akan datang setiap minggu untuk pantau cara mereka membesarkan anak. Nak dijadikan kisah pada suatu hari ketika pihak kebajikan membuat sesi lawatan ke rumah Debika, mereka melihat Debika sedang menyuap anak makan dengan menggunakan tangan (disana mereka anggap menyuap anak makan menggunakan tangan seperti memaksa anak makan, sedangkan pada budaya kita adalah normal, tanda kasih sayang ibu terhadap anak) dan mereka kata Debika enggan hantar anak lelakinya ke sekolah Khas, kerana mereka cakap anak dia Autism juga mereka kata mental Debika tidak stabil untuk membesarkan anak-anak.



Perbezaan budaya antara cara hidup India dijadikan alasan yang anak-anak Debika tidak selamat untuk hidup bersama ibubapa kandung dan perlu dijaga oleh keluarga angkat. Bayangkan bayi berusia 5 bulan yang masih menyusu ibunya dilarikan oleh tiga orang asing sementara Debika dan suami sedang berbincang, menjerit-jerit Debika minta mereka pulangkan bayi dia sehingga dia terjatuh disebabkan berlari mengejar kereta yang telah membawa anak-anak dia sampai penulis pula emosi nonton filem ini.


Disebabkan terlalu banyak peraturan yang dikenakan untuk Debika berjumpa dengan anak-anaknya. Bayangkan sudah lama tidak jumpa anak mestilah kita menangis kegembiraan bila dapat berjumpa, kan? Tapi disana tidak dibenarkan menangis dihadapan anak, katanya takut mengganggu emosi anak. Oleh disebabkan Debika terlalu rindukan anak-anaknya lalu dia membuat perkara gila dengan membawa lari anak-anaknya ke Sweden. Sangat kasihan kerana dalam kisah ini suami Debika tidak memberi sokongan moral, suami Debika hanya memikirkan tentang kewarganegaraan Negara Norway, keluarga mentua juga memberi tekanan pada Debika, hanya memikirkan tentang duit.


Dalam hati penulis sanggup mereka pisahkan anak dari ibu kandungnya, si ibu boleh jadi gila tanpa anak-anak disisi tambahan lagi anak masih menyusu badan. Namun sungguh kuat seorang ibu berlawan dengan kerajaan bagi mendapatkan hak penjagaan anak-anak. Debika lawan habis-habisan sehingga berjaya mendapat hak jagaan anak-anaknya. Akhir cerita selama 3 tahun Debika turun naik mahkamah melawan bagi mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya.


Bagi penulis kadar Filem ini 9/10. Memang sedih sangat. Kepada semua ibu, anda ibu yang hebat! **Nama ibu dalam kisah sebenar ialah Sagarika Bhattarcharya dan ini adalah pautan Netflix untuk menonton kisah ini.



- Noor Farhana

Drama Siri 'Peaky Blinders' Diambil Dari Kisah Sebenar

5:14:00 PTG

Peaky Blinders ialah siri televisyen drama jenayah British yang dicipta oleh Steven Knight.


Geng fiksyen ini berdasarkan geng belia bandar sebenar dengan nama yang sama yang aktif di bandar dari tahun 1880-an hingga 1910-an.


Netflix, di bawah perjanjian dengan Syarikat Weinstein dan Endemol, memperolehi hak untuk mengeluarkan rancangan itu di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Pada Januari 2021, telah diumumkan bahawa siri keenam akan menjadi yang terakhir disiarkan pada tahun 2022.



Penulis begitu tertarik dengan drama ini disebabkan watak lakonan mereka begitu tenang walaupun ditimpa pelbagai cabaran seperti pengkhianatan, kerajaan, perniagaan dan lain-lain.


Drama ini juga menyelit beberapa mesej yang baik walaupun jalan ceritanya mempunyai adegan jenayah dan keganasan juga tidak sesuai untuk tontonan keluarga terutama yang dibawah umur.


- sumber wiki


Advertisement

7 Genre Zombie Thriller di Netflix Perlu Ditonton, Terkini All of Us Are Dead

1:38:00 PTG

Bagi penggemar filem suspen, filem ngeri zombi sentiasa mendapat tempat di hati. Serangan zombi ganas yang mengerumuni bandar atau penempatan sentiasa berjaya membuat adrenalin memuncak.



Jika anda berminat untuk menonton filem thriller zombi, berikut adalah beberapa tajuk filem dan siri yang patut dipertimbangkan. Dijamin seronok dan menarik.


1. All of Us Are Dead



Terdapat All of Us Are Dead yang kini sedang hangat diperkatakan. Siri Netflix ini berdasarkan webtoon Now at Our School yang diterbitkan pada 2009--2011.


All of Us Are Dead menceritakan kisah panik di sebuah sekolah akibat wabak zombi. Pelajar yang terselamat berebut-rebut untuk mengelak zombi ganas.


Siri ini terdiri daripada 12 episod membintangi siri bintang muda baharu seperti Park Ji Hoo, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, Park Solomon, Yoo In Soo, dan Lee Yoo Mi. Terdapat juga Lee Kyu Hyung, seorang pelakon watak yang lakonannya tidak boleh dipertikaikan.



2. Les Affamés



Seterusnya ialah filem Perancis Les Affamés atau Ravenous. Jika dibandingkan dengan filem-filem lain dalam senarai, Ravenous sememangnya mempunyai bajet yang kecil. Walaupun begitu, filem indie ini telah memenangi beberapa siri anugerah antarabangsa.


Ravenous dipanggil salah satu filem terbaik Kanada. Usaha beliau untuk meningkatkan kesan 'zombification' terhadap masyarakat juga mendapat pujian ramai.


Filem ini mengisahkan sekumpulan kecil penduduk Quebec yang berjaya bertahan dari wabak zombi. Selama 96 minit, filem terbitan Robin Aubert ini berjaya mempersembahkan thriller zombie yang mencengkam berbalut drama sedih dan sentuhan jenaka.


3. #Alive



#Alive ialah filem thriller zombi Korea 2020, berdasarkan skrip oleh Matt Naylor yang kemudiannya diterbitkan oleh Hollywood dengan tajuk Alone. Filem itu sendiri diarahkan oleh Cho Il-hyung.


#Alive mengisahkan Oh Joon Woo (Yoo Ah In), seorang pemain yang terperangkap di apartmennya untuk melindungi dirinya daripada wabak zombi yang melanda Seoul. Joon Woo cuba untuk terus hidup dengan bekalan air dan makanan yang semakin berkurangan.


Apabila kelaparan dan dehidrasi membuatkan dia mula berhalusinasi, Joon Woo memutuskan untuk membunuh diri. Namun, cahaya penunjuk laser daripada jirannya, Kim Yoo-bin (Park Shin Hye) membuatkan dia membatalkan niat tersebut. Mereka juga bekerja bersama-sama untuk bertahan daripada serangan zombi.


4. Army of the Dead


Peminat karya Zack Snyder mesti menonton Army of the Dead. Filem ini adalah kesinambungan daripada Dawn of the Dead, yang merupakan karya pengarah sulung Snyder dalam Dawn of the Dead.


Army of the Dead menceritakan tentang sekumpulan penyamun yang merancang rompakan besar-besaran di Las Vegas di tengah-tengah wabak zombi. Filem ini dibintangi oleh Dave Bautista, Ella Purnell, Omari Hardwick, Ana de la Reguera, Theo Rossi, Matthias Schweighöfer, Nora Arnezeder, Hiroyuki Sanada, Tig Notaro, Raúl Castillo, Huma Qureshi, dan Garret Dillahunt.


Army of the Dead tidak berjaya seperti Dawn of the Dead. Namun, filem ini cukup dipuji kerana konsep ceritanya yang unik dan humor segar yang ditawarkannya.


5. I Am Legend



Berdasarkan novel 1954 dengan nama yang sama oleh Richard Matheson, I Am Legend mengikuti tindakan ahli virologi Tentera AS dalam usaha untuk menghentikan wabak misteri. Filem thriller zombi adalah salah satu filem yang mencatatkan kutipan tertinggi pada tahun 2007.


Virus yang dicipta untuk rawatan kanser telah menjangkiti rakyat dan mengubah mereka menjadi separuh zombi, separuh makhluk puntianak. Robert Neville (Will Smith) adalah satu-satunya manusia yang kebal terhadap virus tersebut.


Apabila penduduk yang tidak dijangkiti telah dipindahkan, Neville memutuskan untuk tinggal di kawasan terpencil. Bersama-sama dengan anjing setianya, Neville cuba menembusi kawasan yang dikawal oleh zombi untuk mencipta antivirus.


6. Kingdom



Walaupun filem thriller zombi biasanya berlatarkan negara barat, Kingdom mengambil latar belakang Korea Selatan pada era Dinasti Joseon. Uniknya, drama ini menggabungkan zombi dan drama politik dalam filem ngeri.


Siri asal Netflix ini dibintangi oleh Ju Ji Hoon, Bae Doo Na, kepada Jung Ji Hyun. Cerita ini memfokuskan kepada Putera Mahkota Lee Chang (Ju Ji Hoon) yang cuba menyiasat penyakit misteri raja itu.


Penyakit ini telah pun menjadi endemik di beberapa kawasan. Lee Chang mesti menyelamatkan rakyatnya daripada wabak zombi serta menghalau kuasa politik di istana yang cuba menyingkirkannya.


7. Train to Busan



Train to Busan ialah salah satu filem Korea Selatan yang mendapat kutipan tertinggi yang telah memenangi banyak anugerah. Filem yang satu ini mencatatkan pelbagai rekod untuk industri perfileman Korea Selatan dan digelar sebagai salah satu filem thriller zombi terbaik.


Filem ini adalah sebuah drama dan thriller dengan tema wabak zombi. Mengisahkan tentang sekumpulan orang yang terperangkap di tengah-tengah serangan zombi pemakan manusia. Nuansa thriller dirasai kerana latar belakang filem itu 'padan' di atas kereta api.


Filem ini membintangi beberapa siri pelakon yang licik. Bermula daripada Gong Yoo, Ma Dong Seok (Don Lee), Jung Yu Mi, dan Choi Woo Shik.


Itu adalah siri filem dan siri bergenre zombie thriller yang patut dimasukkan dalam senarai tontonan. Yang mana satu anda telah menonton?


SUMBER
Advertisement

"GHOST DOCTOR" Kdrama Terbaru Lakonan RAIN & KIM BUM

5:21:00 PTG

Kali ni saya nak recommend cerita Ghost Doctor ni. Jalan cerita dia best bagi saya, masih boleh menonton di TVN. Hari ni baru masuk episod 4 ada lagi 12 episod dan ini bermaksud ada lagi dalam 6 minggu untuk siri ni habis. Jenuh la saya nak tunggu sampai habis baru nak marathon. Setelah sekian lama saya tak tengok Rain berlakon drama, kali ni dia betul-betul menarik minat saya tengok drama dia yg terbaru ni. Dan terjatuh hati pula dengan drama ini.



Sinopsis "Ghost Doctor" ialah Drama fantasi yang menceritakan tentang dua orang doktor yang mempunyai karakter berbeza daripada segi keperibadian, keterampilan dan latar belakang mereka. Drama ini menggandingkan Rain sebagai Cha Young Min dan Kim Bum sebagai Go Seung Tak.


Pada satu hari, Cha Young Min (Rain) terlibat dalam satu kes kemalangan yang tidak disangka, rohnya tertukar dengan roh doktor Go Seung Tak (Kim Bum) . Konflik bermula apabila kedua-dua mereka bertukar personaliti yang menggelirukan.


Status : Ongoing

Type : K-Drama

Seasons : 2022

Genre : Drama, Fantasy, Medical, Supernatural


Cha Young-Min (Rain) seorang doktor perubatan yang genius tapi dia seorang yang berlagak dan pentingkan diri sendiri. Satu hari, dia terlibat dalam kes yang tak terduga, dia terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkannya koma, lalu rohnya menyurup ke dalam badan doktor praktikal iaitu Go Seung Tak (Kim Bum). doktor ini berbeza personaliti dan kebolehan perubatan, lalu terlibat dalam kemalangan rasuk merasuk yang mengelirukan.



Dua episod yang menyeronokkan, dan episod selanjutnya nampaknya akan menuju kepada aspek thriller dan misteri melihat kepada perkembangan plot penceritaannya, tapi harap dikekalkanlah juga unsur komedi untuk menghidupkan suasana.


Lelaki bermotosikal tu jelas mencurigakan dan sebahagian daripada dalang kemalangan Cha Young Min, tapi atas suruhan siapa?. Lelaki motosikal itu juga cedera teruk, tidak tahu lagi dia mati ke tak tu. Siapapun yang bagi mesej ke Cha Young Min tu bukanlah dari Jang Se Jin (UEE) pun, ada komplot ni.


Doktor Ahn tu kenapa? riak wajah dia sentiasa cemas dan mencurigakan bila Cha Young Min baca pesanan yang konon dari Jang Se Jin tu dan bila Cha Young Min kemalangan, lagi cemas dia. Mungkinkah dia orang suruhan abang Jang Se Jin yang nak rebut harta bapak sendiri tu?


Cha Young Min (Rain) merupakan roh yang berkeliaran dimana jasadnya koma, dan secara automatiknya dia jadilah hantu, walaupun dia hantu tapi dia tidaklah boleh berkeliaran sebarangan, tidak boleh melintasi dinding atau pintu, dia ada sempadan kawalan pergerakan, dan dia tak boleh jauh dari jasadnya yang koma.


Cha Young Min tak boleh merasuk sebarangan orang, dia hanya boleh merasuk Go Seung Tak (Kim Bum). Cha Young Min tak boleh merasuk badan Go Seung Tak terlalu lama, kerana ini akan mengakibatkannya tidak akan dapat kembali semula ke jasadnya. Walaupun ketika berada dalam badan Go Seung Tak dia masih boleh nampak hantu.


Untuk episod 3 dan 4 rupanya Go Seung Tak selama Cha Young Min koma ni memang dia boleh dengar dan nampak kelibat hantu Cha Young Min ni. Go Seung Tak buat-buat tak nampak Cha Young Min ni memang kebolehan dia pura-pura naif selama ni samalah macam dia berlagak tak tahu apa, buat-buat bodoh depan sepupu jahat dia tu dan keluarga dia.


Mesti ada kisah di sebaliknya ni kenapa Go Seung Tak pura-pura naif selama ni, begitu juga kisah di sebalik hubungan Cha Young Min dan Jang Se Jin.


Kim Bum ni memang boleh sesuaikan diri dengan sesiapa je yang lebih tua dari dia, macam bromance dia dan Lee Dong Wook dalam Tale Of The Nine Tailed dan juga dia dengan Kim Myung Min dalam Law School, ni pun dia nampak serasi dengan Rain.


Hantu Cha Young Min ni mungkin akan mengajar Go Seung Tak kemahiran menjadi seorang doktor yang berkaliber, berkeyakinan dan lebih berani bukan macam dirinya yang sekarang, mungkin Go Seung Tak jugak akan menyebabkan Cha Young Min merendahkan keegoannya dan jadi lebih rendah diri.


Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Nampaknya setiap episod seakan ada je ledakan bom dengan semua pendedahan yang terungkap, laju jugak plot penceritaannya.


Setakat ni karakter Son Na Eun paling tak berfaedah, cuma sikit jelah macam berguna tak bergunalah jugak tapi, setiap kali bila dia tepuk belakang Go Seung Tak masa kena rasuk dengan Cha Young Min, tercampak keluar Cha Young Min.


Tak sabar nak tunggu next episode apa jadi. Tapi apa yang saya nampak la kan, kemalangan Cha Young Min ni memang sudah dirancang sebab dia Doktor Pakar yang terpaling menyampah sebab satu hospital kutuk dia.


Korea Drama Jirisan Gunung Yang Perlu dilindungi dan Dijaga Oleh Kumpula Renjer Hutan

2:02:00 PTG

Jirisan adalah kisah kumpulan renger hutan yg bertugas untuk menjaga dan melindungi gunung jirisan. Penuh suspen dan triller dan ada juga unsur mistik. Salah seorg renjer telah terlibat dalam kemalangan semasa bertugas dan telah koma. Tapi dalam koma roh dia berlegar dan sesat dlm hutan mencari pembunuh misteri yg telah membunuh pendaki-pendaki gunung tersebut.



Pernah dengar cerita K-Drama baru ini iaitu “Jirisan”? Cerita ini agak berlainan dan bersifat misteri, ini adalah sebuah kisah penyelamatan pendaki di sebuah gunung yang misteri dan tak tersentuh.


Jirisan juga dibintangi oleh pelakon yang terkenal di mana wajah mereka sudah tidak asing lagi bagi para pecinta K-drama, termasuk Jun Ji Hyun dan Joo Ji Hoon yang pernah sama-sama membintangi serial drama popular berjudul Kingdom dulu dan pelakon lain seperti Oh Jung Se, Jeon Seok Ho, Lee Ga Sub, Go Min Si, dan banyak lagi.



Walaupun Jun Ji-hyun adalah pelakon yang agak berusia, namun dia tidak mengecewakan kami dengan lakonannya yang baik dan membuktikan bahawa umur itu hanyalah suatu angka.


Cerita ini berlatarkan Gunung Jirisan, serial drama ini berkisah tentang renjer hutan dan juga para pegawai yang bekerja di Taman Nasional Jirisan. Mereka mengembara menyusuri denai mendaki Gunung Jirisan yang misteri dan belum diterokai untuk cuba menyelamatkan pendaki yang hilang.


Seo Yi-Gang (Jun Ji Hyun) ialah renjer terbaik di Taman Negara Gunung Jirisan. Dia tahu hampir semua tentang kawasan itu, termasuk tempat untuk mendaki gunung. Kang Hyun-Jo (Joo Ji-Hoon) ialah seorang renjer baru di Taman Negara Gunung Jirisan.


Dia lulus dari akademi tentera dan pernah menjadi kapten tentera. Dia menyimpan suatu rahsia yang dia tak boleh beritahu sesiapa. Kedua-dua orang ini menjadi rakan kongsi dan mereka bekerja untuk menyelamatkan orang di sekitar Taman Negara Gunung Jirisan.


Anda boleh menonton K-Drama ini di iQiyi secara percuma, setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8PM. Ia adalah suatu platform penstriman yang legal, jadi anda tidak perlu menggunakan “TV Box” ataupun website yang tidak selamat.


iQIYI Edisi Antarabangsa mempunyai banyak kandungan yang boleh ditonton secara percuma, yang ditayangkan secara serentak dengan China dan Korea Selatan!


CHIMERA Sebuah Drama Korea Selatan Yang Ditayangkan Di Viu Malaysia

9:39:00 PG

Jom layan #drakor crime thriller terbaru, Chimera lakonan Park Hae-Soo sebagai detektif yang paling bersemangat, Cha Jae Hwan, dan Soo Hyun sebagai profiler jenayah yang bijak, Eugene Hathaway di Viu. Episod baru setiap Ahad & Isnin tau.


Sebuah drama Korea Selatan yang baru sahaja ditayangkan di Viu Malaysia !! Sekarang sudah ditayangkan sehingga 10 episod, tak sabar menanti episod yang akan datang. Viu menyiarkan episod baru setiap hari Ahad dan Isnin. Drama 16 episod ini bakal buat jantung anda berdebar. Jenayah, thriller, penyiasatan merupakan genre yang dibawa dalam kdrama CHIMERA Kali ini.


CHIMERA merupakan makhluk mengerikan , makhluk mitos yang memakan manusia. Makhluk chimera ini digunakan sebagai lambang oleh seorang pembunuh bersiri, menceritakan tentang kehadirannya untuk membalas dendam pada musuh-musuh lamanya.



Chimera menghancurkan musuhnya dengan api yang marak membakar, begitulah cara dia membunuh setiap mangsa. Terbakar! Rentung! Tragis!! Mengenengahkan pelakon Squid Game , Park Hae Soo sebagai bintang utama bergandingan dengan bintang antarabangsa Kim Soo Hyun. Sebuah drama penyiasatan dan jenayah yang memaparkan dendam kesumat sebagai senjata untuk membunuh!


Penemuan satu mayat yang rentung terbakar dalam sebuah kereta, membuka mata pihak berkuasa bahawa ada sebuah kes lama yang sedang menghantui mereka Kali ini. Setiap pengembara kini perlu bertahan, menunggu giliran untuk menjadi mangsa CHIMERA.


Drama: Chimera

Peribahasaan yang disemak semula: Kimaira

Hangul: 키마이라

Pengarah: Kim Do-Hoon

Penulis: Lee Jin-Mae

Rangkaian: OCN

Episod: 16

Tarikh Tayangan: 30 Oktober - 19 Disember 2021

Masa tayangan: Sabtu. & Ahad 22:30

Bahasa: Korea

Negara: Korea Selatan


Plot Sinopsis

Satu letupan telah berlaku pada masa lalu. Letupan itu membawa kepada kes pembunuhan bersiri yang dikenali sebagai kes Chimera. 35 tahun kemudian, letupan serupa berlaku.

Cha Jae-Hwan (Park Hae-Soo) ialah seorang detektif yang bersemangat. Semasa Eugene (Soo-Hyun) masih kecil, dia telah menjadi anak angkat oleh ibu bapa di Amerika Syarikat. Dia pernah bekerja untuk FBI dan dia kini bekerja sebagai profil jenayah. Semasa Lee Joong-Yeop (Lee Hee-Jun) masih kecil, dia telah menjadi anak angkat oleh ibu bapa di England. Dia menjadi pakar bedah dan kembali ke Korea Selatan, tetapi dia terlibat dalam kes misteri.

Cha Jae-Hwan, Eugene dan Lee Joong-Yeop mempunyai alasan berbeza untuk mengejar kebenaran kes Chimera.

Sesungguhnya masa tidak dapat membasuh dosa silam, tidak menghakis dendam yang telah sekian lama terpendam! wajib tonton!!!


Korea Drama Secret Royal Inspector Joy Yang Dibintangi Oleh Ok Taec-yeon

1:44:00 PTG

Pelakon yang kacak iaitu Ok Taec-yeon (Bahasa Korea: 옥택연; Hanja: 玉澤演; lahir 27 Disember 1988), dikenali secara mononim sebagai Taecyeon, ialah seorang penyanyi rap, penyanyi, penulis lagu, pelakon dan usahawan Korea Selatan. Dia adalah penyanyi rap utama kumpulan lelaki Korea Selatan 2PM.



Jika ada masa terluang korang boleh layan drama korea ini di rangkaian tvN. Cerita ini ada selit-selit komedi memang kelakar bagi admin la. Drama ini masih belum habis disiarkan yang bermula tarikh tayangan pada 8 November 2021 setiap isnin dan selasa.


Admin layan drama ini di Viu ataupun Astro di rangkaian tvN 395. Jom baca sinopsis korang mesti tertarik nak menonton drama ini.


Plot Sinopsis:

Mengisahkan tentang polis rahsia diraja yang bertugas untuk menyamar dan membongkar rasuah atau mencuri. Impian Ra Yi-Eon (TaecYeon) adalah untuk membeli restoran ladu kecil dan menjalankan perniagaan. Dia mahukan kehidupan yang mudah, tetapi dia cukup bijak untuk lulus peperiksaan negeri yang baru diambilnya. Beliau kini mula bekerja di Pejabat Penasihat Khas, yang merupakan kursus elit untuk berjaya sebagai pegawai kerajaan. Dia kemudiannya dilantik sebagai ejen rahsia diraja, di mana dia ditugaskan dengan misi rahsia. Ia adalah satu penghormatan besar untuk Ra Yi-Eon dan keluarganya bahawa dia kini menjadi ejen rahsia diraja. Di rumahnya, dia masih mengekalkan kehidupan yang santai dan dia tidak bekerja keras sebagai ejen rahsia diraja. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu dengan Kim Jo-Yi (Kim Hye-Yoon).

Fikiran Kim Jo-Yi penuh dengan rasa ingin tahu. Dia juga mempunyai pemikiran yang progresif untuk tempoh Joseon, di mana dia berpendapat bercerai tidak mengapa. Dia berkahwin dengan suaminya tiga tahun lalu dan dia kini cuba menceraikannya. Suaminya ketagih judi dan anak mama. Suaminya juga enggan menceraikannya. Akhirnya, apabila Kim Jo-Yi hampir menamatkan prosedur perceraiannya, dia bertemu Ra Yi-Eon. Ejen Rahsia Diraja Ra Yi-Eon dan Kim Jo-Yi bekerjasama untuk menyelesaikan kes.



Drama: Secret Royal Inspector & Joy (tajuk Inggeris)

Peribahasa yang disemak: Eosawa Joyi

Hangul: 어사와 조이

Pengarah: Yoo Jong-Sun

Penulis: Lee Jae-Yoon

Rangkaian: tvN

Episod:16

Tarikh Tayangan: 8 November 2021

Waktu tayangan: Isnin & Selasa 22:30

Bahasa: Korea

Negara: Korea Selatan


Dibintangi :

Ok TaecYeon

Kim Hye-yoon

Lee Jae-Kyoon


Nota

"Secret Royal Inspector Joy" mengambil alih slot masa Isnin & Selasa 22:30 tvN yang sebelum ini diduduki oleh "High Class."


"Happiness" Drama Korea Penyakit Berjangkit Yang Mesti Ditonton

11:49:00 PG

HAPPINESS ialah siri berterusan yang dibintangi oleh Han Hyo Joo, Park Hyung Sik, dan Jo Woo Jin. Ia adalah thriller apokaliptik yang berlaku pada masa di mana penyakit berjangkit telah menjadi kebiasaan baharu.



Ia ditayangkan di tvN pada 5 November 2021 dan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu. Ia juga tersedia untuk langsung dalam iQIYI atau Viu di wilayah terpilih.


Selepas 5 tahun, Han Hyo Joo kembali menerusi siri TV Korea kemunculannya "Happiness". Ini adalah drama Korea pertamanya sejak #WTwoWorlds 2016, kerana dia lebih memfokuskan kepada pembikinan filem.



Pemikiran yang lebih mendalam! Sedih tapi benar. Kebahagiaan mendedahkan dua bentuk dan jenis kepimpinan semasa pandemik. Orang yang benar-benar ingin membantu negaranya vs orang yang mementingkan diri sendiri dan hanya ingin mengaut keuntungan sendiri.


Sinopsis

Drama ini akan mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan penduduk yang tinggal di bangunan pangsapuri di tengah-tengah wabak virus yang membawa maut. Lebih teruk lagi, pangsapuri yang baru dibina itu mendiskriminasi mereka berdasarkan status sosial. Orang kaya akan menduduki pangsapuri bertingkat tinggi dan ditutup apabila penyakit berjangkit muncul, manakala orang awam menduduki bahagian bawah pangsapuri yang lebih terdedah kepada penyebaran virus.

Drama ini memberikan gambaran sebenar tentang pertempuran psikologi yang sengit dalam masa penularan penyakit maut. Setiap orang diserang oleh ketakutan dan keputusan mereka sendiri yang hanya memburukkan keadaan. Terletak dalam masa terdekat, sebuah bangunan pangsapuri bertingkat tinggi baru sahaja dibina di sebuah bandar besar. Bangunan pangsapuri mempunyai penduduk dari semua lapisan masyarakat, tetapi penyakit berjangkit baru muncul. Disebabkan wabak itu, apartment bertingkat tinggi itu ditutup. Penduduk berjuang untuk terus hidup, sambil dibelenggu ketakutan dan ketidakpercayaan pada orang lain.

Yoon Sae-Bom (Han Hyo-Joo) ialah ahli skuad polis khas. Dia tegas, berani, dan tidak mudah keliru. Dia teruja untuk berpindah ke apartment barunya, tetapi, setelah berpindah ke sana, dia menghadapi krisis. Jung Yi-Hyun (Park Hyung-Sik) ialah seorang detektif. Dia bijak dan jujur. Untuk masa yang lama, dia mempunyai perasaan romantik terhadap Yoon Sae-Bom. Mereka lulus dari sekolah menengah yang sama. Jung Yi-Hyun berjuang untuk melindungi Yoon Sae-Bom dan lain-lain. Han Tae-Seok (Jo Woo-Jin) ialah seorang leftenan kolonel dan tergolong dalam perintah perkhidmatan kesihatan. Dia memegang kunci kepada wabak penyakit berjangkit.


Profile

Drama: Happiness

Revised romanization: Happiness

Hangul: 해피니스

Director: Ahn Gil-Ho

Writer: Han Sang-Woon

Network: tvN, TVING


Episodes:

Release Date: November 5, 2021 —

Runtime: Friday & Saturday 22:40

Genre: Thriller

Language: Korean

Country: South Korea


Pelakon Drama Korea Happiness

Han Hyo-Joo Sebagai Yoon Sae-Bom

Park Hyung-Sik Sebagai Jung Yi-Hyun

Jo Woo-Jin Sebagai Han Tae-Seok


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)