Terkini

Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Sumbangan Iftar Ramadhan Madani Sebanyak 10,000 Juadah Berbuka Puasa Disediakan JAKIM

10:16:00 PTG

Sebanyak 10,000 juadah berbuka puasa disediakan kepada pengunjung terawal, dialu-alukan jemputan membawa tikar dan juadah sampingan masing-masing.


sumbangan iftar ramadhan

Berita baik buat warga lembah klang dan yang berhampiran dimana pada 28Mac2024 ini bermula jam 5 petang ada program Majlis Iftar Madani secara terbuka di lokasi Dataran Putra, Persint 1, Putrajaya. Sila hadir awal supaya para jemputan dapat membuat persiapan untuk berbuka puasa.



Majlis iftar Madani bersama YAB Perdana Menteri Malaysia semestinya ramai pengunjung jadi pastikan anda membuat persiapan yang baik terutama bagi yang ada anak kecil. Sila pantau barangan peribadi anda serta anak-anak kecil, paling utama sama-sama kita jaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata.



Makanan Kucing Homemade Murah Dan Menjimatkan

1:50:00 PTG

Tahukah anda kucing boleh mengalami kerosakan buah pinggang sekaligus menyebabkan kencing berdarah kerana kerap diberi makanan jenis snack atau dikenali sebagai timbang kilo.


makanan kucing homemade

Demi penjimatan mari kita cuba buat makanan homemade untuk si bulus kesayangan hanya dengan beberapa bahan sahaja iaitu bergantung poket masing-masing. Jika di lembah kami ada sebuah pasaraya yang menjual ikan tidak segar maka ini adalah satu peluang untuk manfaatkan sumber yang ada untuk proses dijadikan sebagai makanan si bulus.


Dalam artikel ini penulis akan menggunakan bahan seperti ikan dan sayuran bayam atau lobak yang boleh didapati secara harga berpatutan disebabkan bukan segar. Tanpa membuang masa langkah seterusnya potong kecil atau kisar semua bahan menjadi satu.



Tuang bahan kisar tadi ke dalam bekas kecil atau plastik pakai buang lalu tulis tarikh jika terlalu banyak atau ingin simpan lama. Jika kelihatan terlalu cair boleh digaulkan bersama nasi atau kentang rebus. Pastikan makanan kucing homemade disimpan di dalam peti sejuk untuk miliki ketahanan berpanjangan.


Akhir sekali jika rajin bawa haiwan kesayangan anda untuk mendapatkan suntikan vaksin atau sebarang rawatan sila minta nasihat dari pakar haiwan berkaitan bahan yang sesuai untuk memproses makanan si bulus anda.


Advertisement

Jenis Makanan Pantang Bersalin Yang Mudah Lagi Cepat

9:19:00 PG

Selepas bersalin para ibu disarankan mengambil permakanan pantang yang sihat dan berkhasiat.


makanan pantang bersalin

Tujuan berpantang selepas bersalin adalah untuk pemulihan dalaman wanita jadi dalam artikel ini penulis akan kongsikan beberapa menu berpantang yang mudah untuk disediakan.


Berdasarkan survey dari beberapa tradisi berpantang ada yang kata boleh makan sup juga ada berpendapat elok makan kering sahaja contoh nasi dan ikan bakar namun walau apa sekali pun pendapat kita terima sahaja.



Cadangan hidangan pantang yang dikongsikan di Internet mahupun dari ahli keluarga secara turun temurun semuanya bergantung pada alahan tersendiri. Maksud penulis setiap orang mempunyai alahan berbeza jadi tidak perlu memaksa diri atau pasangan supaya menyediakan hidangan sama seperti yang diberitahu.


Abstinence food

IKAN - Sekadar pengetahuan tidak semua jenis ikan sesuai dimakan oleh wanita bersalin kerana ada jenis boleh membuatkan luka lambat sembuh dan gatal. Hidangan yang mudah dan cepat adalah jenis bakar nak susah sikit kukus.


TELUR REBUS - Maklumat dari Doktor telur rebus juga sesuai dan mudah bagi yang tidak sempat berpantang dengan mak di kampung. Maklumlah bukan semua suami mempunyai masa untuk sediakan hidangan pantang yang sedap lagi mengikut citarasa isteri.


SAYUR SAWI - Wanita bersalin perlu sayuran hijau seperti sawi supaya mudah kenyang dan membuang air besar. Tahukah jika anda masih lapar walaupun sudah memakan nasi itu tandanya sayuran hijau diperlukan kerana dengan ia dapat memberi perut berasa kenyang.


SUSU - Kehilangan jumlah kalsium akan berlaku pada setiap wanita bersalin jadi apa yang mereka perlu adalah susu. Walaupun produk susu import sekarang ini agak mahal maka boleh sahaja beli susu kotak jenama HL secara berkala.


SUP - Hidangan sup seperti ikan dan ayam sangat bagus untuk pencernaan wanita tapi sila kurangkan minyak semasa menumis.


BUAH OREN - Buahan-buahan seperti orang juga diperlukan bagi memastikan badan menerima Vitamin C yang mencukupi.


Diatas adalah beberapa jenis hidangan berpantang yang mudah dan cepat tapi jangan pelik sebab apa tidak sediakan bahan-bahan resepi dalam artikel ini. Penulis percaya memasak ni sedap guna bahan campak-campak kerana setiap orang mempunyai rasa air tangan tersendiri.


Advertisement

Mengenal Lebih Dekat Makanan Tradisional Orang Brunei

2:00:00 PTG

Makanan di Brunei adalah gabungan pelbagai pengaruh masakan termasuk masakan Melayu, Cina, India dan Arab. Berikut adalah beberapa contoh makanan khas dari Brunei.


1. Ambuyat:

Ambuyat adalah hidangan khas Brunei yang diperbuat daripada pati sagu. Ambuyat biasanya dihidangkan bersama sos ikan pekat dan sos cili.



2. Nasi Katok:

Nasi Katok merupakan hidangan popular di Brunei yang terdiri daripada nasi putih yang dihidangkan bersama ayam goreng dan sambal berempah. Hidangan ini biasanya dijual di gerai-gerai makan di tepi jalan dan ia menyerupai seperti nasi lemak.




3. Laksa Brunei:

Ini adalah mi sup pedas yang dibuat dengan sup ayam atau daging lembu, mi, udang, kek ikan, tauhu, dan sayur-sayuran. Ia biasanya dihidangkan dengan sampingan sambal.



4. Soto Brunei:

Soto ialah sup khas Brunei yang diperbuat daripada sup ayam atau daging yang kaya dengan rempah ratus. Soto Brunei biasanya dihidangkan bersama mee, potongan ayam, taugeh dan telur.



Itulah beberapa contoh makanan khas dari Brunei. Setiap wilayah di Brunei juga mempunyai kepelbagaian makanan tradisional yang tersendiri. Jadi, apabila berkunjung ke Brunei, jangan ragu untuk mencuba pelbagai hidangan tempatan yang unik dan lazat.


6 Makanan Taipei Yang Popular Di Taiwan

10:22:00 PG

Taipei, ibu kota Taiwan, menawarkan pelbagai pilihan makanan yang menyelerakan. Berikut adalah beberapa makanan popular yang boleh anda temui di Taipei:



1. Xiao Long Bao: Xiao Long Bao ialah ladu kukus(DimSum) yang diisi dengan daging cincang dan kuah. Makanan ini sangat terkenal di Taiwan dan mempunyai rasa yang enak.


2. Sup Mee Lembu: Sup mee daging adalah hidangan istimewa Taiwan. Mi yang direbus dalam sos yang enak dan ketulan daging lembu yang lembut menjadikan hidangan ini sangat lazat.



3. Tauhu Busuk: Tauhu Busuk ialah hidangan yang unik dan kontroversi di Taipei. Tauhu ini diperam dengan bau yang kuat tetapi mempunyai rasa yang enak dan rangup selepas digoreng.


4. Bubble Tea: Bubble tea atau teh boba ialah minuman popular yang berasal dari Taiwan. Minuman ini terdiri daripada teh yang dihidangkan dengan susu tambahan dan bebola ubi kayu yang kenyal di dalamnya.



5. Telur Dadar Tiram: Telur dadar tiram ialah telur dadar yang diisi dengan tiram dan sayur-sayuran. Hidangan ini biasanya dimasak dengan sos panas atau manis untuk memberikan rasa yang kaya.



6. Mochi: Kek beras yang lembut dan kenyal ini diisi dengan pelbagai jenis inti yang manis dan sedap.



Ini hanyalah beberapa contoh hidangan istimewa Taipei. Bandar ini juga mempunyai banyak restoran, gerai makanan jalanan dan pasar makanan yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Jadi, jika anda melawat Taipei, pastikan anda dapatkan yang halal.


Resepi Nugget Ayam Homemade Yang Digemari Anak-Anak

1:52:00 PTG

Nugget ayam adalah salah satu makanan yang diproses yang mempunyai rasa tertentu, biasanya kuning keemasan. Pada masa ini, nuget ayam adalah salah satu produk daging ayam yang berkembang pesat.



Makanan segera memang menjadi pilihan orang ramai jika malas memasak. Kerana ia selalunya hanya menggoreng atau merebus, ia sedia untuk dihidangkan. Salah satu makanan segera yang digemari semua orang ialah nugget yang ada banyak jenisnya.


Tapi daripada beli makanan segera yang belum tentu bersih, lebih baik buat nuget ayam sendiri. Bagaimana untuk membuat nugget ayam yang lazat dan mudah? Anda boleh menggunakan resipi berikut dengan membuat nuget ayam yang lazat, ringkas dan mudah.



Membuat nugget ayam mungkin kelihatan sukar, tetapi jika anda sudah tahu resipinya, ia akan menjadi mudah. Kerana ada cara untuk membuat nugget ayam yang mudah, tentunya dengan rasa yang enak. Malah membuat nuget ayam anda sendiri boleh menjimatkan lebih banyak wang daripada membeli yang segera.


Bahan-bahan:


1 ketul dada ayam

1 sudu lada hitam

(kisar kering)

1 biji bawang merah dan putih

1 biji telur

Garam aji secukup rasa


Cara penyediaannya :


KISAR SEMUA BAHAN DI ATAS DAN TUANG AIR SEDIKIT UNTUK MENGISAR.

Dah siap kisar kesemua bahan tadi tuang dalam bekas tambah tepung gandum 3 sudu tepung pulut 2 sudu.

Kalau masih cair lebih kan lagi tepung untuk pekatkannya.

Gaul rata dan tambah kan hirisan daun sup.

Dah siap gaul masuk dalam loyang dan kukus sampai jadi kental. Lepas tu boleh lah potong ikut suka.

Celup kan dengan telur dan tabur kan serbuk nugget.

Jika tak ada serbuk nugget, guna tepung goreng ayam pun boleh.


Dalam simpanan, makanan ini memerlukan rawatan khas, yang sentiasa disimpan dalam keadaan beku. Ini kerana nuget ayam merupakan produk daging yang diproses yang dikategorikan sebagai mudah rosak oleh mikroorganisma.


Selamat mencuba!


Cara Buat Susu Kunyit Untuk Menghilangkan Masalah Batuk Dan Selsema

9:24:00 PG

Susu kunyit sangat bagus untuk menghilangkan batuk, selesema atau penyakit yang melibatkan saluran pernafasan seperti asthma. Ianya juga sangat baik untuk pencernaan.

<

Kami nak berkongsi dengan anda resipi susu kunyit yang boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Resipi ini telah dikongsikan oleh Sue Bertley di laman Facebook miliknya.


Hujan, sejuk malam ni, dah mula musim demam beramai- ramai pula. Sejak suami kena stroke di usia muda, saya kena rajinlah buat home remedy untuk dia. Maka, malam ni mula lagi buat susu kunyit.


Susu kunyit, cara traditional melawan batuk, selesema atau penyakit biasa atau ringan melibatkan saluran pernafasan. Susu kunyit juga membantu pencernaan.


Biasa kami minum sebelum tidur, sangat membantu suami, pesakit strok untuk tidur lebih lena dan tidak mudah demam selesema.


Bagus juga untuk joint, arthritis, almaklum mudah sakit badan, pinggang juga. Kawan- kawan boleh Google lagi kebaikan Turmeric Milk ni.



Bahan- bahan Susu Kunyit:


2 cawan susu (susu segar, susu tepung )


2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu dan perah jusnya.


Sedikit air


Secubit dua serbuk Lada Hitam


Sedikit madu asli (jika mahu)


Kalau rajin, buatlah untuk diri sendiri dan keluarga. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman.


Cara penyediaannya :


- Didihkan sedikit air dalam periuk (untuk elak susu hangit).


- Kecilkan api dan masukkan susu.


- Kemudian masukkan lada hitam, serta jus kunyit.


- Kacau hingga sebati, beberapa minit hingga susu mula berbuih kecil.


- Tutup api dan buat ala susu tarik.


- Dah suam, boleh masukkan sedikit madu dan minum.


- Moga sihat walafiat semua, tak mahu demam ye.


- Tambahan: kami minum 1-2kali saja seminggu.


- Kalau kena demam, kami amal 2 hari berturut. Kebiasaan hari ke-3 dah sihat semula.


Tahukah korang kunyit juga mempunyai kandungan ajaib bernama kurkumin yang bermanfaat untuk kesihatan iaitu membantu menjaga berat badan, membantu meredakan peradangan, mengatasi buang gas yang berlebihan, menyihatkan rahim dan menaikkan seri wajah anda.


Sumber dari Facebook Sue Bertley via Petua Ibu


Resepi Ayam Masak Sos Tiram Yang Mudah Ringkas Dan Cepat

12:43:00 PTG

Menu kesukaan keluarga dan anak-anak masak hari-hari pun tidak jemu. Menu yang paling mudah, ringkas dan cepat masa penyediaannya dan memasak adalah 30 minit saja.



Nak kongsi satu resepi buat penggemar lauk ayam, boleh cuba resepi Ayam Masak Sos Tiram ini confirm makan nasi menambah-nambah.


Bahan-bahan:


1 - Ayam (gaul dan perap 15 minit dengan tepung jagung dan sos tiram)


2 - Bawang Holland setengah biji (hiris kasar)


3 - Bawang Putih 3 ulas (hiris nipis)


4 - Cili Padi


5 - Tepung Jagung


6 - Sos Tiram


7 - Kicap Lemak Manis


8 - Maggi cukup rasa


9 - Daun Bawang (optional)



Cara memasak :


1 - Goreng ayam yang sudah diperap bersama tepung jagung dan sos tiram sampai kekuningan atau garing.


2 - Kemudian ayam sudah masak masukkan sos tiram, kicap lemak manis gaul sebati dulu.


3 - Sudah sebati boleh masukkan bawang holland dan bawang putih yang sudah dihiris.


4 - Masukkan cili padi yang dibelah dua atau ikut kesukaan masing-masing nak potong macam mana.


5 - Perasakan dengan maggi cukup rasa satu sudu ikut selera masing-masing saya tidak letak garam sebab sos tiram dan kicap sudah ada perasanya dan tabur sedikit daun bawang. Siap Selamat mencuba.


Kuantiti cili ikut pada tahap kepedasan masing-masing.


Minyak berlebihan boleh buang ya.


Resepi Ayam Goreng Berlada Yang Digemari Ramai

12:46:00 PTG

Ayam adalah antara daging yang paling digunakan di dunia. Hampir kesemua anggota badan ayam boleh digunakan untuk makanan, apatah lagi dagingnya boleh dimasak dengan pelbagai cara. Antara hidangan ayam yang terkenal ialah ayam panggang, ayam goreng, sup ayam, ayam tanduri, dan nasi ayam. Daging ayam juga lazim dihidangkan di kedai makanan segera.



Ayam goreng siapa tidak gemar terutamanya kanak-kanak pasti suka makan ayam goreng kunyit kan. Makan nasi panas-panas mesti bertambah. Walaupun abad ini terasa sangat ayam mahal tapi menjadi rutin harian ibu-ibu masak ayam untuk tambah protein anak-anak dan sekeluarga. Hari ini korang yang tiada idea nak masak apa boleh cuba masak ayam goreng berlada ini.



Bahan-bahan simple saja

1 - Ayam sebelah potong kecik ikut selera anda

2 - 4 tangkai cili merah besar buang biji

3 - 10 tangkai cili padi hijau

4 - 1 sudu makan sos tiram

5 - 1 sudu makan sos ikan

6 - 1 biji bawang besar

7 - 1 sudu makan gula

8 - Secubit garam dan cukup rasa

*(no 2 & 3) kisar kasar


Cara masak

Ayam goreng jangan terlalu garing, lepas itu ketepikan. Pakai minyak yang sama untuk menumis pula kurangkan minyak.

Tumis bawang besar, sampai naik bau lepas itu masukan cili besar + cili padi yang sudah dikisar kasar tadi.

Kacau sampai sebati kemudian masukan gula, garam, sos tiram, sos ikan, maggi cukup rasa ikut cita rasa masing-masing ye nak kurang @ nak ikut resepi.

Kacau semua sampai semua sebati kemudian baru masuk ayam. Kacau lagi sampai semua bahan tadi nampak sedikit kering.


Sudah siap boleh hidang..


Selamat mencuba


credit : Balqis Aleesya Ryan Soffea


Resepi Rempah Khomok Golok mudah disediakan. Apa itu NASI KROMOK?

10:59:00 PTG

Hari ini saya nak masak Nasi Khaomok Thai guna serbuk rempah nasi kromok. Sesiapa yang pernah travel ke Dannok, Hatyai, Krabi or Southern Thailand region korang mesti pernah makan or jumpa nasi khaomok ni. Even di kedai-kedai makanan halal di Phuket, Ramkhamhaeng atau Chatuchak Bangkok pun ada juga.



Simple tapi sedapp kan, di Thailand ayam memang dimasak bersama nasi macam nasi briyani kita, cuma di Malaysia nasi khaomok di buat ayam goreng berempah. But of coz mek prefer the authentic Thai recipes..aroii maak maakk..



Resepi Nasi Khaomok Thailand


BAHAN-BAHAN

Ayam (potong, cuci bersih dan toskan)


BAHAN PERAPAN AYAM:

4 batang serai

Ketumbar

Kunyit hidup atau serbuk

1 labu bawang putih

Halia

1 sudu tepung gandum

Sedikit pewarna merah

Sedikit garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

Kisar dan gaulkan pada ayam

perap selama 1 jam dan kemudian goreng


BAHAN NASI KROMOK:

1kg beras basmati atau beras biasa (bersihkan dan toskan)

serbuk rempah nasi kromok (tambahkan sedikit serbuk kunyit)


CARA MEMASAK:

Tumiskan bahan dalam periuk sampai naik bau. Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras. Jangan lupa letak gula, garam atau secukup rasa. Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi masak.


BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:

3-4 ulas bawang putih

4 biji cili merah

5-6 biji cili padi

Akar daun ketumbar

Sedikit garam

Gula

2 sudu cuka

Air


CARA MEMASAK:

Kisar halus semua bahan-bahan selepas itu panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar untuk elak sakit perut.


Resepi Spaghetti Carbonara Yang Menyelerakan Untuk Dimakan Bersama Keluarga

11:31:00 PG

Korang yang tak tahu nak masak apa boleh cuba resepi ini. Nampak menyelerakan dan bahan-bahan pun senang nak sediakan. Pasti anak-anak pun suka asyik makan nasi putih nak juga makan mee kan.


Resepi Spaghetti Carbonara cara saya (utk 2-3 orang makan)


Bahan-bahan;

- Spaghetti secukupnya (saya pakai angel hair punya. Jenama Prego)

- Olive oil secukupnya

- Bawang putih (potong dad- Bawang holland (potong - Udang (buan- Cendawan butang dalam tin (buang air dalam tin tu) / cendawan shiitake (tak kisah memana, potong hiris)

- 1 kotak kecik whipping cream (xkisah apa jenama, saya pakai anchor)

- 1/2 kotak kecik susu full cream (xkisah apa jenama, saya pakai dutchlady)

- Mozarella cheese parut (ikut suka nak letak berapa banyak)

- Blackpepper Aji-Shio

Bahan-bahan hiasan;

- Chilli Flakes McCormick

- Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh je pilih mana 1 nak pakai)

Cara-caranya;

1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Letak tepi dulu.

2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan holland sampai naik bau.

3. Masukkan udang dan cendawan yang dah dihiris.

4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.

5. Perasakan garam dan secukup rasa.

6. Letak blackpepper.

7. Masukkan cheese. Bila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.

8. Hidang dalam pinggan, dan hiaskan dgn chilli flakes dan parsley leaves.

kredit: Eka

Resepi Ikan Kembong Kukus Air Asam Kerisik

9:41:00 PTG
Korang pening-pening nak makan apa untuk makan tengah hari tu boleh cuba resepi ini pasti makan nasi bertambah.

Resepi diet untuk kesihatan korang sesuai la yang mana berdiet sebab ikan dikukus bukan ikan yang bergoreng.



Bahan-bahan 

Ikan Kembong
Bawang Besar
Cili Merah Besar
Cili Api Hijau
Tomato
Asam Jawa
Kerisik
Gula 
Garam

Cara penyediaannya

1. kukus ikan kembong.
2. Sementara tunggu ikan kembong dikukus, potong bahan seperti tomato, bawang, cili merah besar, cili api hijau.
3. Masukkan 1 sudu asam jawa, 1 sudu kerisik perasakan gula dan garam gaul sebati.
4. Boleh curahkan bahan tadi di atas ikan kembong yang dikukus tadi. Siap.

Jika ikan kembong lebih gandakan bahan ikut citarasa masing-masing.

Perbezaan Tiga Jenama Paste Tomyam Yang Perlu Kita Tahu

9:23:00 PTG
Sekali imbas korang tengok botol-botol itu semua sama kan dan ramai apabila diceritakan tiga-tiga botol ini lain-lain jenama baru orang perasan. 

                                                        sumber : Zatty Roslan

    
1. Yang tulisan thailand tu paling sedap.
Yang ni tahun lepas saya cuba cari di padang besar memang payah jumpa. Diorang susun bahagian dalam kedai kena cari satu kedai ke satu kedai dan ada dua botol saja. Paste ini mahal sedikit dari jenama botol yang lain. Cara masak dia senang saja letak air, letak paste, letak segala ayam, seafood dan sayur-sayuran yang nak dimasak. Tidak perlu letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau pes letak sikit kena la letak semua bahan itu. Tapi cara saya letak paste banyak-banyak baru la tomyam pekat memikat tapi ikut selera masing-masing. 

2. Paste tomyam jenama nang fah.
Perhatikan bulat kecil yang ini kedua sedap. Harga dia murah sedikit dari tulisan thai tadi. Cara masak sama letak semua tak payah ubah apa-apa. Tapi korang cuba la letak susu cair dalam tomyam. Sedap dan boleh kurangkan masam dia sedikit kalau korang letak banyak paste dia jadi masam. Untuk yang tidak berapa suka masam boleh letak sedikit susu cair.

3. Paste tomyam jenama PUM.
perhatikan bulat kecil itu. Yang ni kurang sedap dan ramai orang review masak-masak guna paste ini. Mungkin di tempat diorang ada jenama ini saja. Yang paste PUM ni memang korang kena tambah bahan. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang dan ikut selera masing-masing. Paste ini memang berlambak di padang besar dan harga dia murah dari dua botol yang diatas tadi.

Lepas ini korang nak beli paste tomyam tengok benda yang saya bulat-bulatkan itu. Selamat mencuba.

Saya selalu beli jenama 1 dan 2. Masak ini paling senang, cepat dan mudah campak-campak saja.
























Resepi Donut Kampung Yang Gebu Dan Mudah

5:22:00 PTG

Tidak perlu guna serbuk penaik, ovalette senang cerita tidak memerlukan bermacam bahan kecuali toping.




Sebelum ini sudah banyak kali buat donut malangnya tidak sempurna tapi selepas hasil ujikaji dari pelbagai resepi akhirnya berjaya. Alhamdulillah, bolehlah dijadikan sebagai hidangan minum petang bersama keuarga.



Bahan-bahan

1 paket yis 11g
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Segelas air suam (jangan air panas)
  • Campurkan semua bahan di atas dan kacau
  • Ketepikan, biarkan sehingga naik buih dalam 10 minit 
Tepung gandum 850g (saya guna Tepung Rose masuk sepaket)
4 sudu besar planta/marjerin


Cara penyediaannya

  • Campur tepung gandum dan planta/marjerin
  • Gaul sampai jadi macam serbuk roti
  • Tuang air yis yang sudah berbuih, rupa air gas
  • Uli dan tambah air sikit-sikit hingga menjadi doh tidak melekat pada tangan
  • Boleh tutup dan ketepikan sehingga kembang anggaran dalam 30-40 minit
  • Sudah kembang boleh tumbuk manja dan bulatkan. 
  • Lapik dengan kertas supaya doh tidak melekat ataupun boleh tabur tepung bahagian bawah 
  • Doh mengembang boleh tekan sikit dan tebuk lubang
  • Biarkan dan rehat sekejap dalam 10 minit
  • Sedia untuk digoreng.




Gambar diatas adalah cara penyedian donut yang telah saya sediakan.










Resepi Yee Mee Sizzling Mudah Dan Menyelerakan

10:48:00 PTG
Setiap hari mesti buntu hendak masak apa. Ulang- alik kat dapur tapi tak siap-siap masak lagi. Tanya suami nak mee sizzling laju dia jawab nak. Sebenarnya saya tak pernah masak mee sizzling tapi saya cuba.

Masa makan suami cakap sedap dari di kedai, aihhh tiba-tiba terharu suami cakap macam tu. Mak-mak kalau buntu nak masak sesekali boleh la cuba masak Yee Mee Sizzling untuk suami ataupun anak-anak. Di sini saya sertakan resepinya mudah nak tengok bahan-bahan jika terlupa nanti.


    Kredit : Suzana Othman


Bahan-bahannya
  • 1 mangkuk ayam bahagian isi potong dan bersihkan
  • 10 biji cendawan shiitake kering - rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian
  • 10 tangkai cili kering - potong (kurangkan jika tak nak pedas)
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 1 ketul kiub yam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu besar tepung jagung yang dilarutkan dalam sedikit air
  • Garam
  • Gula
  • 1 liter air

Bahan-bahan lain
  • 1 bungkus yee mee
  • Telur
  • pakchoy


Cara penyediaannya

1 - Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
2 - Masukkan isi ayam
3 - Masukkan sos tiram, kicap pekat, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam, gaul sebati.
4 - Masukkan cendawan shiitake
5 - Masukkan 1 liter air, perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula.
6 - Apabila dah menggelegak masukkan tepung jagung yang dicampur air , masak hingga kuah pekat. Tutup api. 
7 - Sediakan kuali non stick letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. buka api dapur masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut.
Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan.

Sudah siap yee mee sizzling. Tak payah guna pan macam di kedai pun takpe guna apa yang ada kat rumah saja. Sedap tau boleh la buat lepas rindu korang yang suka makan yee mee sizzling di food court tu. Selamat mencuba.

Kredit : Suzana Othman





Serunding Halia Untuk Wanita Berpantang Dan Masalah Angin Badan

5:42:00 PTG

Kita masing-masing mempunyai jenis-jenis genetik namun tidak dapat elak dari masalah angin dalam badan yang boleh menyebabkan diri kurang berasa selesa.


Ada golongan jika kepala atau badan tidak berasa sedap mereka terus rujuk dengan ubatan moden seperti P4nadol, tapi tahukah anda sebenarnya masalah angin badan itu boleh diatas menggunakan ubatan traditional seperti bawang putih dan halia.


Penulis faham tidak semua lidah dapat menerima jenis ubatan traditional yang pahit dan tidak sedap jadi dalam artikel ini kami kongsikan cara menjadikan halia sebagai serunding supaya ia senang dihadam dan dimakan begitu sahaja.



Caranya penulis petik dari beberapa laman web di Google


Bahan

- Halia / kisar atau tumbuk atau sagat sehingga halus

- Bawang putih secukup rasa untuk naik bau

- Ikan bilis

- Garam / Perasa secukupnya

- Minyak masak bersih lagi halal toyiba


Cara Penyedian

Perah halia yang dikisar tadi sehingga kering airnya.

Panaskan minyak masak lalu goreng hampas halia tu sehingga garing.

Kemudian nak bagi lidah korang berselera kita goreng pula ikan bilis sehingga garing.

Sudah siap tos minyak untuk kedua-duanya, jika rajin tumbuk ikan bilis goreng tu sehingga hancur lalu gaulkan sekali dengan hampas halia hingga rata. Jika bilis tadi malas nak tumbuk korang tabur jela asalkan ia bercampur dengan halia goreng tadi.


Resipi Apam Gula Hangus Kuih Traditional

4:19:00 PTG
Kali ini saya hendak kongsikan salah satu resipi kuih traditional iaitu resipi Kuih Apam Gula Hangus. Resipi ini saya jumpa di Google dan nampak ada ramai yang sudah mencubanya. Jadi saya pun mencuba dan hasilnya sangat memuaskan. Cara membuat apam ini sangat mudah dan bahan-bahannya juga senang untuk didapati. Selain guna mixer, boleh juga gunakan blender ataupun whisk untuk membancuh bahan-bahan.

Apam Gula Hangus atau dipanggil Apam Karamel. Bila diterjemahkan Apam Karamel kepada Bahasa Inggeris adalah Steamed Caramel Cakes. Tapi berbeza dengan Kek Gula Hangus dari nisbah sukatan bahannya.




Bahan gula hangus
1 cawan gula pasir ( saya kurangkan jadi 3/4 cawan)
1 cawan air panas 

Bahan ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan kisar
2 biji telur 
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam

Cara penyediaannya
1- Panaskan gula dalam kuali sampai gula jadi perang dan mencair lepas itu perlahan-lahan tambah air panas yang mendidih.
2 - Kisarkan telur, minyak, marjerin, susu pekat, esen vanila dan garam. Masukkan gula hangus yang dimasak tadi kisarkan sekejap hingga sebati.
3 - Dalam bekas lain masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat lepas itu barulah tuang bahan kisar tadi gaul sehingga sebati.
4 - Oles sedikit minyak pada acuan dan tuangkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan dan kukus selama 30 minit.

Resipi Apam Gula Hangus yang betul-betul gebu dan lembut sangat. Tidak menyesal jika anda buat resipi apam ini. Buat unutk sarapan pagi pekena pula dengan air teh o memang sedap. Selamat mencuba!












Resepi Biskut Coklat Chip Seakan Famous Amos

5:25:00 PTG

Angan-angan nak buat coklat chip tapi beberapa peratusan kurang menjadi dan terus corner buat biskut lain, rasa tetap sedap cuma rupanya kurang menjadi.



Sebelum berjaya kena tempuhi kegagalan dahulu namun Keindahan coklat bersama kekacang tetap masih terasa. Semasa proses buat biskut teringat pula wajah seorang ibu keluarkan dulang biskut dari ketuhar semasa kecil berebut-berebut kami nak merasa.


Resepi biskut ini sangatlah mudah tapi adakala kita kena tempuhi juga kegagalan tambahan lagi jika rupa bentuknya tidak mengikut seperti yang kita harap.



Bahan-bahan

Marjerin 250g (nak sedap pakai pure butter)

1 cawan gula perang

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan Tepung jagung

1 biji telur

Vanilla essence

1 sudu kecil soda bikarbonate

1 sudu kecil baking powder

1 cawan coklat chips

Sedikit kacang badam hancur

6 sudu besar minyak

Cara-cara

-Gaul marjerin dan gula perang (tips : jangan pukul sampai gebu, cukup sebatikan adunan sahaja pakai senduk)

-Masukkan telur dan vanilla essence

-Masukkan tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonate, baking powder (ayak semua ni dulu) dan masukkan minyak gaulkan sebati.

-Akhir sekali masukkan coklat chips. (sejukkan coklat chips dalam peti ais dulu bagi keras sikit kalau tidak nanti lembik kena aduanan)

-Perap adunan dalam peti ais selama 30 minit.

*Masa bakar letak secubit saja adunan sebab nanti kembang dan kena jaga jarak musim PKP ni. kalau tidak biskut akan melekat.

Bakar dalam oven suhu 150/20minit guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Bakar Menggunakan Air Fryer atau Ketuhar

4:09:00 PTG

Ramai prihatin terhadap kesihatan ahli keluarga mereka terutama dari segi pemakanan dan lebih baik jika ia dari dapur kita sendiri. Dalam posting ini penulis akan kongsikan resepi Ayam bakar menggunakan air fryer atau ketuhar



Sebelum tu pastikan peralatan pembakar anda mempunyai besi penapis minyak ayam kerana tanpa penapis minyak ini hidangan anda mungkin akan dipenuhi dengan minyak ayam. Resepi cukup ringkas bahan juga mudah didapati dan hasilnya juga sama seperti ayam bakar di restoran.


Bahan-bahan

Ayam (separuh ayam)

5 ulas bawang merah kecil

4 ulas bawang putih

1 inci halia

3 sudu serbuk kari ayam/ikan

1 sudu serbuk cili

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil perasa (maggi cukup rasa)

Daun kari (optional)



Caranya

Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Sediakan ayam campur semua bahan dan perap sekurangnya 1 jam. Bakar dalam air fryer atau ketuhar dengan suhu panas 200 celcius selama 20 minit. Pusingkan ayam tersebut dengan suhu yang sama sekitar 10 minit (Bergantung jenis peralatan pembakar).


Resepi Ayam Madu Yang Sedap Dan Mudah Untuk Anda Cuba

11:35:00 PG

Resepi Ayam madu yang boleh korang cuba semasa musim PKP 2.0 dengan hanya menggunakan bahan asas sahaja.





Kita gunakan brown sugar(gula perang) adalah lebih baik dari gula putih biasa. Kalau tiada oven ia juga boleh dipanggang menggunakan kuali non stick juga boleh dibakar menggunakan haba arang.

Tanpa berlengah lagi kita terus ke persediaan bahan supaya anda boleh mula ikuti satu persatu sehingga hidangan selesai.

Bahan-Bahan :

Ayam 
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1inci halia (ditumbuk)
Maggi cukup rasa
4 sudu gula perang
2 sudu serbuk cili 
2 sudu madu

Cara penyediaan:

- Tumbuk bawang putih dan halia, sediakan bekas atau mangkuk letak ayam yang dicuci bersih. Lepas itu ambil bahan yang ditumbuk gaul bersama ayam tadi.

- Masukkan pula maggi cukup rasa agak-agak 2 sudu sebab saya tak letak garam, letak gula perang dan serbuk cili gaul sebati dulu sebelum masukkan madu dan akhir sekali boleh masukkan madu gaul lagi.

- Perap lebih kurang 3-4 jam, lagi lama perapan lagi sedap dan kemudian boleh mula panggang guna kuali non stick atau alternatif lain sehingga masak.






 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)